SMK Sultan Ismail Jb

SMK Sultan Ismail Jb

Share

Info berkaitan SSIJB;
Puan Suriyah binti Mohamed Lahir
Pengetua SMK Sultan Ismail JB (3hb Feb 2025 hgga kini)
Sebelum ini beliau merupakan pengetua di;
1.

SMK Taman Tun Aminah JB (Ogos 2019-Jun 2020)
2. SMK Bandar Baru Uda JB (Jun 2020-Feb 2025)

Photos from SMK Sultan Ismail Jb's post 25/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Glider Design SMK Sultan Ismail, JB atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Glider Design dalam International STEM X-plorace 2026 yang berlangsung di SMK Dato’ Syed Esa, Batu Pahat pada 22–24 Mei 2026. ✨✈️

🏆 Muhd Adam Haris
🏆 Emier A***n
🏆 Yaashwin Ragupathy

Kejayaan ini membuktikan semangat inovasi, kreativiti dan kerjasama yang cemerlang dalam bidang STEM. Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan! 💙💛

24/05/2026

🌟 Selamat Datang Pelajar Baharu Tingkatan 6 SMK Sultan Ismail 🌟

Tahniah kerana melangkah ke alam prauniversiti di Tingkatan 6 SSI — pilihan terbaik untuk membina masa depan gemilang. ✨
“Selangkah ke menara gading” bermula di sini bersama warga The Majestic SSI.

📅 Tarikh Pendaftaran: 8 Jun 2026
📍 Tempat: Dewan Sultan Ismail

Semoga perjalanan anda di Tingkatan 6 dipenuhi ilmu, disiplin, integriti dan kecemerlangan. Bersedia untuk mencipta kejayaan bersama SSI! 💙💛

Photos from SMK Sultan Ismail Jb's post 22/05/2026

🏟️🔥 Padang menjadi saksi, semangat menjadi inspirasi! 🔥🏟️

Bukan sekadar mengejar kemenangan,
tetapi membina keberanian, disiplin dan semangat setia kawan. 💪✨

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Sultan Ismail Kali Ke-62 berlangsung penuh warna, sorakan dan aksi luar biasa! 🏃‍♂️🏃‍♀️🏅

SSI PERKASA — Bersatu Dalam Sukan, Cemerlang Bersama! 💚💙💛❤️




21/05/2026

✨ Penyerahan Bantuan Kasih Johor Fasa 4 (Anak Yatim) ✨

Seramai 24 orang pelajar SMK Sultan Ismail, Johor Bahru telah menerima Bantuan Kasih Johor Fasa 4 berjumlah RM200 seorang bagi meringankan beban serta menyokong kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim.

Semoga bantuan ini memberi manfaat dan menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam pelajaran serta kehidupan. Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan berterusan kepada anak-anak yang memerlukan. ❤️

21/05/2026

🎉 Tahniah dan syabas diucapkan kepada Law Yu Qi (4 Zircon) atas kejayaan meraih Tempat Ke-5 dalam Minecraft Education Challenge 2026 Kategori Menengah Atas Peringkat Negeri! 👏👏👏

Kejayaan ini membuktikan kreativiti, pemikiran kritis serta semangat inovasi yang tinggi dalam menghadapi cabaran teknologi dan pendidikan digital. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga sekolah untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. 🌟💻🎮

Photos from SMK Sultan Ismail Jb's post 19/05/2026

🏆 TAHNIAH & SYABAS! 🏆

Pada 9–10 Mei, Muhammad Iman bin Khairil Adzhar (2P) telah menyertai Pertandingan Cup Stacking Johor Peringkat Antarabangsa dan berjaya mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang membanggakan.

Beliau berjaya meraih Tempat Ke-4 Keseluruhan bagi Kategori Bawah 15 Tahun, selain turut membawa pulang 2 pingat:

🥉 Tempat Ke-3 – Kategori Relay Team
🏅 Tempat Ke-4 – Kategori Cycle

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan usaha gigih yang ditunjukkan membuahkan hasil. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Tahniah Muhammad Iman! Terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah, negeri serta negara. 💙💛🔥

Photos from SMK Sultan Ismail Jb's post 19/05/2026

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih pihak kebirus atas segala usaha, sokongan dan sumbangan sempena Sambutan Hari Guru yang telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.

Keprihatinan serta kerjasama yang diberikan amat dihargai dan menjadi penyuntik semangat buat seluruh warga pendidik dalam meneruskan amanah mendidik anak bangsa.

Semoga hubungan baik dan kerjasama erat pihak kebirus akan terus berkekalan demi kecemerlangan bersama.

Sekian, terima kasih.
Selamat Hari Guru. 🌹📚

Photos from SMK Sultan Ismail Jb's post 19/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PERTANDINGAN BOWLING TRIO SEMPENA HARI GURU PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2026

Tarikh : 16 Mei 2026
Tempat :
Lite Superbowl, Pelangi Leisure Mall

Pasukan The Majestic SSI diwakili oleh:
1. Pn Norazuraini binti Ishak
2. Pn Norinah binti Abdul Rahman
3. En. Jamaludin bin Othman

Tahniah kepada
Pn Norinah binti Abdul Rahman
Naib Johan Kategori Perempuan

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

15/05/2026

🌷 Selamat Hari Guru 2026 🌷

“Guru Bitara, Nadi Negara” bukan sekadar tema, tetapi lambang pengorbanan, dedikasi dan kasih sayang seorang pendidik yang sentiasa mengorak langkah membentuk generasi masa hadapan.

Terima kasih kepada semua guru atas setiap ilmu yang dicurahkan, kesabaran yang tidak pernah bertepi, serta semangat yang sentiasa menjadi inspirasi buat anak bangsa. Jasa kalian tidak ternilai, bakti kalian sentiasa terpahat di hati.

Daripada Barisan Pentadbir
SMK Sultan Ismail, JB

✨ “Terima kasih cikgu, jasamu selamanya terukir di hati.” 💙



Photos from SMK Sultan Ismail Jb's post 15/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program SPM 2026, demi mencapai sasaran GPS 1.57 pada 14 Mei 2026, Khamis bertempat di Dewan Sultan Ismail yang menghimpunkan kekuatan luar biasa antara pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan anak-anak pelajar SMK Sultan Ismail dalam satu semangat perjuangan yang sama.

Program ini bukan sekadar perkongsian motivasi dan hala tuju akademik, tetapi menjadi simbol kesatuan hati, doa dan harapan seluruh warga sekolah demi melihat anak-anak terus melakar kecemerlangan dalam SPM 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat, JK PIBG serta ibu bapa yang hadir dan memberikan sokongan penuh menjayakan program ini. Kehadiran dan komitmen semua pihak amat bermakna dalam membina kekuatan emosi, spiritual dan motivasi anak-anak.

Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan ini dipermudahkan oleh Allah SWT serta menjadi asbab kejayaan anak-anak memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2026.

👇 link gambar
https://www.facebook.com/share/p/15ryH5txJh6/?mibextid=wwXIfr





.57SPM2026

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan SEK SULTAN ISMAIL
Johor Bahru
80100