21/06/2026
E-DRONE RIVAL TOURNAMENT 2026
Pada hari ini 21 Jun 2026, telah berlangsung satu pertandingan E-Drone Rival Tournament 2026 bertempat di UTM Skudai. Beberapa orang pelajar SMKTBI telah menyertai pertandingan tersebut.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah memenangi pertandingan tersebut.
SPORT CATEGORY:
Cheng Zhe Yu (2 Melati) - 1st place
Peng Ao Zhu (3 Teratai) - 2nd place
PRO CATEGORY:
Chayanond Ratprakthum A/L Charlie Ratprakthum (1 Melati) - 2nd place
Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing yang telah bekerja keras melatih semua pelajar.
ππ»ππ»ππ»ππ
20/06/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudari Sharrvahnie a/p Somasuntaram (3 Teratai) yang telah mendapat JOHAN dalam Pertandingan Pengkarya Muda Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2026 (Bahasa Inggeris) yang lepas seterusnya mendapat Tempat ke-4 dalam Pertandingan Pengkarya Muda Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 (Bahasa Inggeris)
Tahniah juga diucapkan kepada Guru Pembimbing iaitu Pn Prameelah a/p Subramaniam. Terima kasih cikgu π₯°
ππ»ππ»ππ»ππ
20/06/2026
Karnival Bahasa Tamil Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2026 telah berlangsung pada 13 Jun 2026 yang lepas bertempat di SMK Taman Universiti.
Pihak sekolah telah menghantar peserta dalam kategori yang dipertandingkan.
SMKTBI telah dinobatkan sebagai JOHAN dan mendapat piala pusingan keseluruhan.
Pencapaian SMKTBI:
π·Forum - Johan
1. Darwin (5 Iris)
2. Hehmashena (5 Sakura)
3. Sri Priya (5 Melati)
π·Deklamasi Sajak
1. Vasumita (5 Sakura) - Johan
2. Teyvaroshini (4 Sakura) -Tempat ke 4
π·Melafaz Thirukkural
Kayalvili (2 Sakura) - Tempat ke 4
π·Puisi Klasik
Harresh (1 Eranthis) - Tempat ke 4
π·Nyanyian Lagu Motivasi
Resvine (3 Kenanga) - Johan
Oliyarasi (5 Sakura) - Naib Johan
Teyvaroshini (4 Sakura) - Saguhati
Harresh (1 Eranthis) - Saguhati
Kayalvili (2 Sakura) - Saguhati
Neha Maya (5 Sakura) - Saguhati
π·Kuiz Tatabahasa Bahasa Tamil
Sri Priya (5 Melati) - Saguhati
π·Menulis Cerpen
Hemantra (4 Sakura) - Saguhati
Pelajar yang mendapat Johan akan menyertai Karnival Bahasa Tamil peringkat negeri pada bulan Julai.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mewakili sekolah.
Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing yang telah bekerja keras melatih semua peserta.
ππ»ππ»ππ»ππ
20/06/2026
Genta Suara Generasi MADANI
Pertandingan Koir Sekolah Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2026 telah berlangsung pada 9 Jun 2026 yang lepas di Angsana Mall Johor Bahru.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan koir SMKTBI yang telah mendapat tempat kelima dalam pertandingan tersebut.
Terima kasih kepada guru pembimbing yang telah bekerja keras dalam melatih anak-anak koir.
ππ»ππ»ππ»ππ
20/06/2026
Hari Terbuka Siri 2/2026 (Sesi Petang).
Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang telah hadir untuk bersama-sama bertukar idea dalam memajukan akademik dan sahsiah murid-murid di SMK Taman Bukit Indah.
Kehadiran anda amat kami hargai. πππ
20/06/2026
Hari Terbuka Siri 2/2026 (Sesi Pagi).
Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang telah hadir untuk bersama-sama bertukar idea dalam memajukan akademik dan sahsiah murid-murid di SMK Taman Bukit Indah.
Kehadiran anda amat kami hargai. πππ
18/06/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa / penjaga yang telah hadir pada hari ini untuk Hari Terbuka Siri 2 / 2026.
Terima kasih ππΉ
15/06/2026
MAKLUMAN BERKAITAN HARI TERBUKA SIRI 2 TAHUN 2026
Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 10.45 pagi - 12.45 tengah hari (sesi pagi) / 4.30 petang - 6.30 petang (sesi petang)
Tempat: Kelas masing-masing
Semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir untuk bersama-sama berbincang tentang pembelajaran anak-anak bagi meningkatkan lagi prestasi pembelajaran.
Sila patuhi etika pemakaian yang sopan ketika masuk ke kawasan sekolah.
ππ»π
01/06/2026
πβ¨ PROGRAM KONGSI RAYA SMK TAMAN BUKIT INDAH 2026 β¨π
Suasana penuh kemeriahan, warna-warni budaya dan semangat kekeluargaan jelas terpancar sepanjang Program Kongsi Raya yang telah berlangsung dengan jayanya di SMK Taman Bukit Indah.
Program ini bukan sahaja menjadi medan untuk meraikan Aidilfitri dan Tahun Baru Cina, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru dan warga sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Pelbagai juadah disediakan secara gotong-royong, di samping murid hadir dengan pakaian tradisional yang mencerminkan keunikan budaya Malaysia.
Terima kasih kepada semua guru, murid serta ibu bapa yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan program ini. Semoga semangat perpaduan, hormat-menghormati dan kebersamaan yang dipupuk melalui program seperti ini terus mekar dalam kalangan warga SMK Taman Bukit Indah.
Bersama kita meraikan kepelbagaian, mengukuhkan perpaduan dan mencipta kenangan indah sebagai satu keluarga besar SMK TBI. β€οΈ
01/06/2026
π PROGRAM BINA INSAN SMK TAMAN BUKIT INDAH π
Pada 11 Mei 2026 yang lalu, Unit Pendidikan Islam SMK Taman Bukit Indah telah berjaya melaksanakan Program Bina Insan bertempat di Surau Al-Muttaqin. Program ini melibatkan pelajar Islam Tingkatan 4 dan 5 serta guru-guru yang berkelapangan.
Antara pengisian program yang telah dijalankan ialah Solat Tasbih, bacaan Surah Yasin dan sesi tazkirah yang bertujuan untuk memperkukuhkan penghayatan agama, meningkatkan keimanan serta membentuk sahsiah diri yang lebih cemerlang dalam kalangan warga sekolah.
Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, malah turut memupuk nilai ukhuwah, disiplin dan semangat kebersamaan dalam suasana yang penuh harmoni dan keberkatan.
Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan kerohanian.