17/06/2026
Program Agrohero UPM x MRSM Johor Bahru.
Terima kasih kepada semua fasilitator dari UPM, guru-guru PGG dan pelajar Tingkatan 3 yang menjayakannya.
Semoga kita terus teguh menyemai rasa cintakan bumi kita!
08/06/2026
Warga MRSM Johor Bahru merakamkan ucapan tahniah kepada Pn. Fauziati Ab Wahab, Guru Cemerlang Fizik MRSM Johor Bahru, atas kejayaan kenaikan pangkat daripada Guru Cemerlang DG10 kepada Guru Cemerlang DG12, berkuat kuasa pada 8 Jun 2026.
Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan, dedikasi dan komitmen beliau dalam memperkasa pendidikan serta melahirkan generasi pelajar yang berprestasi tinggi.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MRSM Johor Bahru untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing serta menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan MARA.
Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini.
23/05/2026
A day to remember.
Outstanding Cambridge Learner Awards.
A historic milestone for MRSM JB — for the first time ever, its students have achieved the prestigious Top in the World award for IGCSE English as a Second Language (November 2025 series).
06/05/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 bagi MRSM Johor Bahru.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang mendidik anak bangsa dan memberi inspirasi kepada seluruh warga kerja.