SK BANGI - RASMI

SK BANGI - RASMI

Share

SK Bangi terletak di dalam pekan Bangi Lama, bersebelahan dengan MPOB dan Stesen Komuter Bangi

Photos from SK BANGI - RASMI's post 07/06/2026

Selamat Kembali ke sekolah 8 Jun 2026 untuk penggal ke 2 sesi persekolahan semu anak anak SKB


PEMAKAIAN DAN JADUAL 2026 07/06/2026

Ingatan mesra

07/06/2026

Surat siaran setahun berlalu untuk makluman dan perhatian semua dari

Photos from SK BANGI - RASMI's post 07/06/2026

Jadual UPSA untuk semua murid tahap 2 manakala murid tahap 1 tertakluk kepada Penilaian Bilik Darjah

👇👇👇

PBD bermaksud Pentaksiran Bilik Darjah. Ia adalah satu kaedah penilaian berterusan di sekolah yang menilai perkembangan, kemajuan, dan penguasaan murid secara menyeluruh sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung

03/06/2026

📢 MAKLUMAN KELAS BIMBINGAN MATRIKS TAHUN 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada murid-murid Tahun 4 yang terlibat sahaja, kelas bimbingan akan berjalan seperti biasa untuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Diharap semua 25 orang murid yang ditaja dapat hadir kerana sarapan disediakan bersama makan tengah hari



03/06/2026
26/05/2026

Salam Aidiladha buat semua warga mukabuku

Berikut kami kongsikan antara doa yang boleh dibaca pada Hari Arafah :

1. Ya Allah kurniakanlah padaku kejayaan terbesar, selamat daripada api neraka dan masuk ke syurga firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah kepadaku syafaat Rasulullah.

4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah, keluarganya dan para sahabat di syurga Firdaus.

5. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam syurga Firdaus dengan orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadahku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

26/05/2026

Assalamualaikum wbt 🤍

Sempena Hari Arafah yang penuh keberkatan, marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit waktu untuk bacaan Yasin dan doa buat Cikgu Shima yang sedang diuji kesihatan.

📖 Pimpinan oleh Ustaz Salleh

Pada hari yang mulia ini, saat doa-doa diangkat dan langit penuh rahmat, semoga setiap bait bacaan dan doa yang kita titipkan menjadi asbab kekuatan, ketenangan serta kesembuhan buat Cikgu Shima 🤲

Kadang Allah hadirkan ujian supaya kita saling mendoakan. Moga setiap doa yang lahir dari hati yang ikhlas, Allah pandang dan makbulkan ❤️

23/05/2026

📢 MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026📢

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga SK Bangi.

Dimaklumkan bahawa Cuti Pertengahan Tahun 2026 akan bermula pada:

🗓 23 Mei 2026 (Sabtu)
hingga
🗓 7 Jun 2026 (Ahad)

🏫 Sekolah akan dibuka semula pada 8 Jun 2026 (Isnin).

Sepanjang cuti ini, diharapkan murid dapat:
✨ Berehat secukupnya
✨ Meluangkan masa bersama keluarga_
✨ Membaca dan mengulang kaji pelajaran
✨ Menjaga keselamatan dan kesihatan diri
Terima kasih atas kerjasama semua ibu bapa dan penjaga.

🌸 Selamat Bercuti & Jaga Diri 🌸

SUCCESS • KNOWLEDGE • EXCELLENCE

Photos from SK BANGI - RASMI's post 17/05/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


SK Bangi, Jalan Aman 10
Kajang
43000