Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains

Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains

Share

SRIITS/SRIIKP sebuah institusi pendidikan rendah swasta yang menawarkan sistem pendidikan bersepadu Private School

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains's post 05/06/2026

Sekitar rakaman aktiviti bakat sepanjang bulan Mei 2026.

27/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan terbesar umat Islam. Apabila orang Islam selesai menunaikan rukun Islam yang ke-5, maka diampunkan segala dosa-dosa mereka. Sesungguhnya menyempurnakan haji dengan wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung. seperti sabda Rasulullah saw

الْحَجُّ عَرَفَةُ
Maksudnya: ''Haji itu berada di Arafah.''

Riwayat Ibnu Majah (3015),al-Nasaie (3016),Ibnu Khuzaimah (2822) di dalam Sohihnya,Imam Ahmad (18774) di dalam Musnad
Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wukuf di Arafah dan kaum muslimin di negara lain yang tidak berwukuf.

Oleh itu, hari yang selepasnya dijadikan hari perayaan bagi semua kaum Muslimin di tempat masing-masing, sama ada mereka yang pergi menunaikan haji atau tidak, disebabkan kesemuanya layak mendapat keampunan dosa dan terlepas daripada azab api neraka pada hari Arafah.

Disyaratkan ke atas umat Islam untuk melakukan penyembelihan iatu dengan menumpahkan darah mana-mana binatang yang dibenarkan untuk dikorbankan. Bagi yang menunaikan haji, mereka selanjutnya melontar jamrah, disyariatkan juga ke atas mereka untuk bertahallul daripada perkara yang diharamkan haji, melakukan sunat haji, menunaikan nazar mereka, menyembelih binatang untuk dikorbankan kemudian melakukan tawaf di Baitul ‘Atiq (Kaabah). Kaum muslimin yang lain p**a berkumpul untuk melakukan zikir, takbir dan solat sunat hari raya.

Korban merupakan sunnah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Allah mensyariatkan ke atas Nabi Ibrahim ketika Allah menebus anak Nabi Ibrahim dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dalam hadis riwayat Zaid bin Arqam, dikatakan kepada Rasulullah SAW:

قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا هَذِهِ الْأَضَاحِيُّ قَالَ سُنَّةُ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ قَالُوا مَا لَنَا مِنْهَا قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَالصُّوفُ قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ مِنْ الصُّوفِ حَسَنَةٌ

Maksudnya: ''Apa itu korban?.'' Baginda bersabda, ''Ia sunnah bapa kamu, iaitu Nabi Ibrahim,'' Beliau bertanya lagi, ''Apakah padanya kebaikan kepada kami wahai Rasulullah ?'' Baginda bersabda,''Setiap helai rambut adalah pahala.'' Katanya lagi, ''Bagaimana p**a dengan bulunya?'' Baginda bersabda, ''Setiap helaian rambut daripada bulunya ialah pahala.''

Riwayat Imam Ahmad (19283), al-Baihaqi (19489) di dalam Sunan al-Kubra,Ibnu Majah (3217)

Kredit: https://muftiwp.gov.my/.../679-bayan-linnas-siri-ke-110... See less

18/05/2026

Persembahan sempena Hari Guru daripada Faiqah Zeeya binti Muhamad Fazli dan Nur Insyirah Solehah binti Mohammad Khairul Anwar dari kelas Tahun 5 Abu Ubaidah.

18/05/2026

Ucapan sempena Hari Guru daripada murid-murid Tahun 6 Thalhah😊

16/05/2026

BERBAHAGIALAH GURU: SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA TEMAN PENDIDIK

Satu profesion, satu amanah, satu tanggungjawab. Begitulah besarnya tugas seorang yang digelar pendidik. Bukan bayaran yang dikejar, bukan nama yang dicari dan bukan glamour yang diburu.

Sejak wujudnya manusia di bumi ini, dimulai dengan Nabi Adam AS. hingga ke hari ini, pendidik sememangnya sentiasa diperlukan.
Rasulullah SAW dengan sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatonahnya adalah pendidik terulung yang membina manusia selengkapnya, - minda, emosi dan akhlak hingga mampu membangun generasi terpilih berdasarkan pendidikan Al-Quran lantas membina satu tamadun manusia berteraskan ubudiyyah (penghambaan dan pengadian diri) kepada Allah semata-mata.

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

"Dialah yang mengutuskan di kalangan orang yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis- orang Arab) seorang Rasul daripada kalangan mereka juga, yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat-Nya, mensucikan mereka dan mengajar kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah meskipun mereka sebelumnya dalam keadaan sesat tanpa ilmu, yang nyata." (Surah Jum'ah ayat 2)

Berbahagialah mereka yang mewarisi tugasan sebagai seorang pendidik. Tahniah kepada semua warga guru yang mendidik dan mengajar tanpa penat dan jemu. Tanpa Guru kita mungkin tidak mencapai apa yang kita capai hari ini.

Doakanlah mereka mendapat yang terbaik di alam abadi. Itulah hadiah termahal buat mereka; guru yang tidak mengharapkan sekelumit pun pujian mahupun sanjungan. Hanya mungkin mengharapkan sedikit pemberian duniawi buat bekalan keperluan mereka. Namun yang lebih penting ialah Redho Ilahi Yang Kekal Abadi.

Guru terawal adalah ibu dan ayah.

Selamat hari guru buat ibu, ayah dan semua pendidik.

"Melahirkan Generasi Rabbani berdasarkan AlQuran dan Hadith"

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains's post 11/05/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SAGUHATI KAMIL ZON 2026

Tahniah diucapkan kepada semua peserta KAMIL ZON 2026 yang telah mewakili SRIIKP pada sesi ini.

🤝Pencapaian keseluruhan seperti berikut:

🥇KALAM JAMAEI: JOHAN

🥈TILAWAH AL QURAN (P) : NAIB JOHAN

🥉NASYID: TEMPAT KE-3

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sains's post 11/05/2026

LANTIKAN MUSYRIF DAN MUSYRIFAH (PENGAWAS) BAGI SESI 2026

Pada 11 Mei 2026, seramai 16 orang murid SRI Integrasi Kajang Perdana telah dilantik sebagai Musyrif dan Musyrifah bagi sesi 2026.

SENARAI MUSYRIF DAN MUSYRIFAH SESI 2026

MUSYRIF
1. AHMAD HARRAZ RIZQI BIN AHMAD ZULQURNAIN
2. IRFAN FATEH BIN MOHD KHAIRUL NAZIRI
3. MUHAMMAD AZRI AZEEM BIN MOHD ABU HOLEK
4. MUHAMMAD FATIH BIN MOHD KHAIRUL HAZWAN
5. MUHAMMAD IMAN ZAHIN SYAH BIN IRWANSYAH
6. MUHAMMAD UWAIS AMSYAR BIN SAUFI SAFIAN
7. MUHAMMAD ZAID BIN MUHAMMAD
8. NURI MUHAMMAD RAYYAN BIN NURI JAZULI
9. SHEIKH LUQMAN BIN SHEIKH RAMDHAN

MUSYRIFAH
1. HANIN SAAFIA BINTI SAFERI
2. HILYAH MAHFUZAH BINTI MD MU'ADZ
3. INARAH KAISAH BINTI MAZLAN
4. INSYIRAH KAISAH BINTI MAZLAN
5. NURDAMIA RAYSHA ALEESHA BINTI MOHAMMAD FIRDAUS
6. SITI NASUHA BINTI MOHD NIZAM
7. SYAFAA'ATUL A'DAWIYAH BINTI SYAFIEE

Unit Disiplin (HEM SRIIKP)
11 Mei 2026

"Melahirkan Generasi Rabbani berdasarkan Al-Quran dan Hadith"

08/05/2026

English (6 Thalhah)
Friday (8th May, 2026)
Topic: Life in the Past (Used to & Didn’t use to)

Turning grammar into a station game (gallery walk) because worksheets alone are just too boring 🤭 trying to convince year 6 students that grammar can actually be fun ✨

01/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Islam mengajar umatnya agar menjadi muslim yang rajin bekerja dan membantu orang lain. Insan yang paling mulia di muka bumi ini adalah para nabi. Tugas yang mereka di dunia ini sangat mulia, iaitu berdakwah kepada agama Allah dan mengajarkan risalahnya kepada manusia yang lain. Allah sering mengisahkan kepada kita perjuangan dakwah mereka dalam Al Qur`an.

Namun begitu, di dalam Al Qur`an juga Allah menyebutkan sisi lain dari kehidupan mereka. Mereka juga seperti manusia yang lain pada umumnya, termasuk dalam hal bekerja dan mencari penghidupan.

Nabi kita yang mulia juga pernah bekerja sebagai penggembala kambing. “Tidaklah Allah mengutus seorang nabi melainkan pernah menjadi penggembala kambing.” Para sahabat berkata, “Begitu juga engkau?” beliau bersabda, “Ya, aku pernah menggembala kambing penduduk Makkah
dengan upah sejumlah wang.” (HR Bukhari).

Baginda Rasulullah saw juga berdagang. Beliau pernah melakukan perjalanan bisnes ke negeri Syam untuk menjual barang-barang dagangan milik Khadijah radhiyallahu
‘anha.

Seperkara yang lebih penting lagi bagi seorang muslim adalah
memastikan pekerjaan yang dilakukan bernilai ibadah dengan ciri berikut.
1) Pekerjaan yang halal dan baik
2) Bekerja dengan profesional dan penuh rasa bertanggungjawab
3) Ikhlas dalam bekerja
4) Tidak lalai dari melakukan kewajipan kepada Allah

Oleh itu, umat Islam seharusnya menjadi kuat dan rajin berusaha kerana Islam sangat mendorong umatnya untuk bekerja dan berusaha mencari penghidupan.

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


10, Jalan Kajang Perdana 3/1, Kajang Perdana
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00