11/06/2026
PENDAFTARAN PELAJAR SEMESTER 1 SESI 2026
Alhamdulillah, proses pendaftaran pelajar Semester 1 bagi sesi 2026 telah berlangsung dengan lancar pada ketetapan berikut:
π
Tarikh: 8 Jun 2026
π Hari: Rabu
π Masa: 9.00 pagi β 1.00 petang
π Tempat: Dewan Syafie
Seramai 42 orang pelajar telah berjaya mendaftar bagi memulakan sesi pengajian Semester 1. Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu.
Semoga perjalanan pengajian pada semester ini dipermudahkan, diberkati serta dipenuhi dengan kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah.
βSentiasa Terbaik Pasti Mumtazβ
24/05/2026
Ihtimam Asrama 2 dan Penilaian Dorm Terbaik bulan April 2026 telah diadakan pada Ahad, 26 April 2026 di asrama dan di Dewan Al-Syafie. Seawal jam 7.30 pagi semua kepimpinan asrama telah digerakkan untuk menjalankan pemeriksaan dorm bersama warden asrama. Antara aspek yang ditekankan adalah kebersihan, kekemasan dan keceriaan dorm.
Selepas dorm-dorm selesai diperiksa, semua murid asrama berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat Ketua Warden (KW) dan pengumuman dorm terbaik bagi bulan April. Dalam sesi ini KW memberi teguran berkaitan kad keluar masuk asrama (kad pink), isu kebersihan dorm dan turut memberi markah tambahan kepada ahli dorm yang menunjukkan komitmen serta sikap yang baik menepati 4 elemen SUMUR. Pengiraan penilaian dorm terbaik telah dibuat secara digital dengan bantuan kepimpinan asrama.
Tahniah diucapkan kepada dorm Qurtubi (aspura) dan dorm Badar (aspuri) kerana dinobatkan sebagai dorm terbaik bagi bulan April 2026. Sebelum program berakhir tabung Dana Kasih Asrama (DKA) digerakkan bagi mengumpul sumbangan daripada warga asrama untuk kebajikan murid asrama yang mengalami masalah kewangan. Terima kasih kepada semua warden yang hadir menjayakan program ini.
16/05/2026
π¦ππππ ππ§ πππ₯π ππ¨π₯π¨ 2026
Jawatankuasa PIBG merakamkan ucapan Selamat Hari Guru buat Bonda Pengetua dan semua pentadbir jua para guru/ asatizah SMKA Maahad Hamidiah.
Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati jasa bakti para guru/asatizah mendidik anak-anak bangsa demi agama, negara dan ummah.
"Guru Bitara, Nadi Negara"
Ikhlas :
YDP dan semua Jawatankuasa PIBG Sesi 2026
13/05/2026
Pertandingan ADNI peringkat negeri telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mei 2026 bertempat di SMK Dato' Abu Bakar Baginda.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada peserta yang mewakili sekolah ke pentas negeri dengan pencapaian seperti berikut:
π Naib Johan Tilawah al-Quran (L)
β’ Muhammad Aqil bin Mohd Aswad
π Naib Johan Tilawah al-Quran (P)
β’ Nurul Zahirah bt Mohd Zukri
π Naib Johan Khat (P)
β’ Zara Afeefa bt Muhammad Fadhlan
*Peserta tilawah perempuan terpilih ke peringkat kebangsaan (simpanan)
Terima kasih juga kepada semua guru pembimbing, jurulatih daerah serta semua ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam membentuk kemenjadian anak-anak MaHISS.
Tidak lupa tahniah diucapkan kepada kontinjen Daerah Hulu Langat atas pencapaian keseluruhan:
β‘οΈ Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Rendah
β‘οΈ Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Menengah
β‘οΈ Johan Keseluruhan ADNI Peringkat Negeri
12/05/2026
PROGRAM HAWRA'
Slot Hawra' pada kali ini disampaikan oleh jemputan khas iaitu Ustazah Annisha Anuar dengan tajuk pilihan beliau iaitu "Adab Dulu Baru Ilmu".
Program Hawra' dilaksanakan pada waktu Solat Jumaat sebagai pengisian kepada pelajar puteri MaHISS.
Semoga program seumpama ini dapat membantu dalam pembentukan sahsiah dan jati diri yang lebih cemerlang.
30/04/2026
https://t.me/+LbgkNpo2HaJjMzg1
Assalamualaikum wbt πΉ
Dimaklumkan kepada semua ibu bapa / penjaga pelajar Tingkatan 6 yang telah menerima tawaran kemasukan ke SMKA Maahad Hamidiah, dimohon untuk menyertai pautan βlinkβ Telegram rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan sesi persekolahan, pendaftaran dan hebahan penting daripada pihak sekolah.
25/04/2026
Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada para pemain tenis SMK Agama Maahad Hamidiah atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Tenis MSSD Hulu Langat 2026.
πΎ KEJOHANAN TENIS MSSD HULU LANGAT 2026 πΎ
π 21 β 24 April 2026 | Selasa β Jumaat
π° Tempat : Gelanggan Tenis UPM, Serdang
Pengurus Pasukan : En. Muhammad Uweis al-Qarni bin Abdul Rohaman
π KEPUTUSAN KEJOHANAN π
πΉPerseorangan Lelaki B18
π₯ Gangsa
πΉ Bepasangan Lelaki B18
π₯ Perak
π₯ Tempat Ketiga
πΉ Perpasangan Perempuan B18
π₯ Tempat Ketiga
π SMK Agama Maahad Hamidiah turut dinobatkan sebagai Naib Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Menengah.
Syabas dan tahniah kepada semua pemain , pengurus pasukan serta guru pengiring atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
25/04/2026
π³ KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD HULU LANGAT 2026 π³
Pada 16 April 2026 (Khamis), pasukan boling tenpin SMK Agama Maahad Hamidiah yang dibimbing oleh En. Mohd Zainaphi bin Zainal dan En. Muhammad Uweis al-Qarny bin Abdul Rohaman , telah menyertai Kejohanan Boling Tenpin MSSD Hulu Langat 2026 yang berlangsung di Ampang Superbowl, Bangi Gateway.
Kejohanan ini berjaya memberikan pendedahan kepada suasana pertandingan sebenar di samping meningkatkan kemahiran, semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan murid.
Tahniah diucapkan kepada Adam bin Azmil yang terpilih mewakili Daerah Hulu Langat ke peringkat MSSS.
Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai atlet boling tenpin yang cemerlang pada masa akan datang.
25/04/2026
πΉ KEJOHANAN MEMANAH MSSD HULU LANGAT 2026 πΉ
π
20 hingga 24 April 2026
π SK Saujana Impian
π― Anjuran : Unit Pembangunan Bakat PPD Hulu Langat
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan memanah sekolah atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Memanah MSSD Hulu Langat 2026 di bawah bimbingan:
π¨βπ« En. Mohd Nazmi Azmir bin Mahamud
π©βπ« Pn. Norain binti Mohd Shah
π
Pencapaian pasukan:
π₯ Pingat Emas Berpasukan Lelaki B15
π₯ Pingat Emas Berpasukan Perempuan B18
π₯ Pingat Perak Berpasukan B15
π₯ Pingat Gangsa Individu B18
π Johan Keseluruhan Sekolah Menengah
Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi para atlet serta jurulatih dalam mengharumkan nama sekolah. Semoga kecemerlangan ini terus menjadi inspirasi kepada semua warga sekolah.