11/06/2026
Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD), Universiti Islam Selangor (UIS) komited dalam menyebarluaskan kefahaman hadis dan nilai-nilai Islam kepada masyarakat melalui pendekatan yang mudah, ringkas dan berkesan.
INHAD UIS membawakan siri poster hadis pilihan sebagai medium pendidikan dan dakwah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keindahan ajaran Islam yang menekankan akhlak, kasih sayang dan amalan kebajikan dalam kehidupan seharian.
"Sebaik-baik manusia ialah yang paling baik akhlaknya."
09/06/2026
MAJLIS AMANAT PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UIS DAN SERAHAN SURAT KENAIKAN PANGKAT 21 PEGAWAI AKADEMIK UIS
Bangi, 9 Jun 2026 – Universiti Islam Selangor (UIS) telah mengadakan Majlis Amanat Pengerusi Lembaga Pengarah UIS dan Sesi Serahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Akademik yang bertempat di Auditorium Dr. Zanuddin Jaffar, UIS.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Profesor Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor UIS yang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga UIS atas komitmen yang telah diberikan dalam memperkasakan kecemerlangan UIS.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi amanat oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah UIS. Dalam amanat yang disampaikan, beliau menekankan kepentingan semangat kerja berpasukan, tadbir urus yang baik dan komitmen berterusan dalam memastikan UIS terus berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam yang unggul.
Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada 21 orang pegawai akademik sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan sumbangan mereka dalam bidang akademik dan pembangunan universiti. Sesi berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UIS.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah UIS dan sesi bergambar bersama barisan pengurusan dan warga UIS yang hadir.
-CorpComm
09/06/2026
🌟 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐏𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐌𝟓𝟎𝟎 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐈𝐒!
Ingin melanjutkan pengajian ke peringkat 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐈𝐣𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐫𝐣𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐔𝐈𝐒, tetapi memerlukan bantuan untuk memulakan langkah pertama?
Yayasan KUIS menawarkan Bantuan Yuran Pendaftaran RM500 kepada calon pelajar yang memenuhi syarat berikut:
✅ Asnaf Fakir Miskin dan Fisabilillah
✅ Berasal dari luar Negeri Selangor
✅ Memohon program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di UIS
💰 Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar dalam memulakan perjalanan pendidikan tinggi.
📅 Tempoh Permohonan:
1 Jun 2026 – 15 Jun 2026
⚠️ Terhad kepada 100 pemohon terawal yang layak sahaja!
Jangan lepaskan peluang ini untuk merealisasikan impian melanjutkan pengajian bersama UIS.
📲 Imbas kod QR pada poster untuk membuat permohonan.
08/06/2026
7 JUN 2026 | 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 & 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗣𝗠𝗚𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲)
Universiti Islam Selangor (UIS) telah menjadi tuan rumah kepada Program Perkampungan Menara Gading Selangor 2026 (PMGS 2026) yang berlangsung dengan jayanya sekali gus menandakan berakhirnya program yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Jun 2026.
Program yang merupakan kolaborasi strategik antara Universiti Islam Selangor (UIS), Yayasan Selangor (YS) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) ini telah menghimpunkan seramai 118 peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 6 serta lepasan SPM, STPM dan STAM dari seluruh Negeri Selangor. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai peluang pendidikan tinggi, pembangunan kepimpinan, pembentukan sahsiah serta hala tuju kerjaya.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Abdul Razif bin Zaini, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UIS. Turut hadir ialah Yang Berusaha Puan Hajah Nordiran binti Idris, Pengerusi SALWA Malaysia; Yang Berusaha Encik Muhd Farhat bin Mohd Pisal, Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM); Yang Berusaha Puan Irmadiana binti Sahalan, Ketua Penerangan Majlis Belia Selangor; serta Yang Berusaha Saudara Mohamad Haqime bin Sharuddin, Presiden PEPIAS.
#𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿
08/06/2026
🎓 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐋𝐞𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐓𝐀𝐌?
🏛️ 𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐮𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢?
𝐋𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞 𝐈𝐣𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐫𝐣𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐝𝐢 UIS! 🚀
Buka peluang masa depan lebih cerah dengan program yang diiktiraf MQA dan fleksibel untuk pelbagai latar belakang pelajar.
✨𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 :
📄 Minimum STAM Maqbul layak untuk memohon
📚 23 program Ijazah Sarjana Muda diiktiraf MQA
🏠 Kemudahan kolej kediaman sepanjang pengajian
🚀 Jangan lepaskan peluang untuk melangkah lebih jauh bersama UIS!
📌 Info lanjut : study.uis.edu.my/peringkat-ijazah-sarjana-muda
📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 : 20 - 21 Jun 2026
💻 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶 : wadah.uis.edu.my
05/06/2026
📌 𝐉𝐎𝐌 𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀 𝐄𝐒𝐎𝐊 – 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗨𝗜𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟔 ‼️
Tarikh: 6 Jun & 13 Jun 2026 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Bahagian Pemasaran, Blok Pentadbiran UIS
🌟 Peluang dan ruang menanti anda:
✅ Permohonan & penawaran segera
✅ Perbincangan bersama perunding program
✅ Maklumat bantuan kewangan & penajaan
✨ Sertai kami & jadilah sebahagian daripada komuniti UIS.
☎️Hubungi kami : 03 8911 7072/73
🌐 Info lanjut : www.uis.edu.my
04/06/2026
🎓 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐋𝐞𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐏𝐌, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫?
Peluang masih terbuka untuk membina masa depan yang lebih baik bersama UIS. 🚀
Sama ada anda layak ke program Asasi atau Diploma, kami menyediakan laluan pendidikan yang diiktiraf MQA serta persekitaran pembelajaran yang selesa untuk membantu anda mencapai cita-cita.
✨ 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗠 :
📘 Asasi : Minimum 5 kredit SPM
🎓 6 program diiktiraf MQA
Info lanjut : https://study.uis.edu.my/peringkat-asasi
📗 Diploma : Minimum 3 kredit SPM
🎓 17 program diiktiraf MQA
Info lanjut : https://study.uis.edu.my/peringkat-diploma
𝒀𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈 ‼️
🏠 Kemudahan penginapan dalam kampus sehingga tamat pengajian.
Mungkin ini peluang yang anda tunggu-tunggu. Jangan lepaskan peluang untuk memulakan langkah pertama ke arah kerjaya dan impian yang lebih besar.
📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 : 20 - 21 Jun 2026
💻 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 : wadah.uis.edu.my
04/06/2026
Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada YBrs. Dr. Hajah Nurhani Salwa Binti Jamaluddin atas sumbangan dan bakti yang telah diberikan sebagai Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Dengan Tulus Ikhlas daripada:
Naib Canselor dan Seluruh warga Universiti Islam Selangor.
03/06/2026
🚨🏃♂️ ROOM NO. 13 FUN RUN & MOCK CRIME SCENE INVESTIGATION (CSI) 2026 🕵️♀️🔥
Bersedia untuk pengalaman paling mendebarkan tahun ini!
Gabungan larian santai dan simulasi siasatan jenayah bakal memberikan anda pengalaman luar biasa yang penuh aksi, misteri dan cabaran! ⚡
✨ Menarik menanti anda:
🎖️ Medal Eksklusif
👕 T-Shirt Larian
🥤 Refreshment Disediakan
🎁 Cabutan Bertuah Menarik
🧩 Aktiviti Interaktif & Pengalaman CSI
📅 27 JUN 2026 (SABTU)
🕡 6.45 PAGI – 10.00 PAGI
📍 Perkarangan Blok Akademik 4,Universiti Islam Selangor (UIS)
💵 Yuran Penyertaan Hanya RM25 dan terbuka kepada orang awam.
⚠️ Tarikh tutup pendaftaran: 10 JUN 2026
📲 Daftar di pautan ini : https://forms.gle/tJhkhGRwavPGGhd99
Daftar segera sebelum terlambat!
💬 “Run The Mystery. Solve The Crime.”
🔥 ROOM NO. 13 — MORE THAN JUST A RUN! 🔥
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : 0108984199 (Encik Farhan)
03/06/2026
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucapan Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Ke-55 Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Canselor Universiti Islam Selangor (UIS).
Semoga Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan, mengurniakan kesejahteraan yang berpanjangan dan sentiasa melimpahkan rahmat, taufik dan hidayah-Nya. Semoga Tuanku terus dikurniakan kewibawaan, kemuliaan, kebesaran dan kebahagiaan, serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, fid-dunia wal-akhirah.
Warga UIS turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas naungan dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Canselor UIS serta mendoakan agar universiti ini terus mencapai kecemerlangan dan menjadi institusi pendidikan tinggi Islam yang unggul dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama, bangsa serta negara di bawah naungan Tuanku.
Daulat Tuanku!
Sembah takzim daripada warga Universiti Islam Selangor.