31/05/2026
DARI DESA PINGGIRAN PUTRA KE IPOH - KITA SOKONG FARIS DI MSSM 2026! π£π©
βHebat dan membanggakan!!
βMurid kita, Muhammad Faris Affan bin Norakmal bakal beraksi membawa nama Selangor di Kejohanan Ragbi MSS Malaysia (MSSM) 2026.
πππππ²πΎ
βSaksikan aksi beliau pada 7 hingga 12 Jun 2026 yang bertempat di STAR, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
βSetinggi-tinggi penghargaan dan syabas jua diucapkan kepada barisan guru SEDERAP yang turut terlibat iaitu :
βPengurus Pasukan MSS Selangor : Cikgu Mohamed Fakarudin
βPenolong Pengurus Pasukan MSS Selangor : Cikgu Ezzul Iman
βJurulatih MSS Selangor : Cikgu Wan Muhamad Hafiz
βKepada warga SK Desa Pinggiran Putra, marilah kita titipkan doa dan kata-kata semangat buat Faris agar beliau terus kental dan tangkas di atas padang.
βSemoga kejayaan milikmu! Go Faris, Go Selangor! π΄π‘
β
07/05/2026
Syabas dan tahniah buat pasukan Ragbi MSSD Sepang yang unggul dinobatkan sebagai
JOHAN CUP Kejohanan Ragbi MSS Selangor 2026 !!π₯π₯π₯
Kejohanan ini telah berlangsung dari 4 hingga 7 Mei 2026 di UPM Serdang.
Warga sekolah amat berbangga dengan pelibatan lima orang anak-anak SEDERAP sebagai pemain di dalam pasukan ini iaitu :
MUHAMMAD FARIS AFFAN BIN NOORAKMAL (6 Jati)
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABDUL HADI ( 6 Nyatoh)
MUHAMMAD WAFIY HAZIQ BIN YUSNI AMIR (6 Jati)
MUHAMMAD FAUZAN BIN MOHAMAD NAZA (6 Merbau)
KHAIRUL AMMAR DANISH BIN KHAIRUL AMRI ( 6 Merbau
Semoga kejayaan manis ini menjadi inspirasi buat anak- anak SK Desa Pinggiran Putra untuk meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Diiringkan doa semoga wakil dari SEDERAP ini dapat terpilih ke pentas MSSM kelak.
23/04/2026
Pada 22 hingga 23 April 2026 teah berlangsung Kejohanan Bola Tampar MSSD Sepang 2026 bertempat di Arena BBST, Sepang.
Pasukan Bola Tampar SK Desa Pinggiran Putra telah berjaya memperoleh tempat ketiga Kejohanan Bola Tampar MSSD Sepang 2026!!
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan jurulatih, pengurus pasukan serta semua pihak yang bertungkus lumus dalam merealisasikan kejayaan yang julung- julung kalinya ini.
Teruskan mencipta kejutan, menempa kejayaan dan melangkah gagah wahai anak-anak SEDERAP. Semoga lebih banyak kejayaan gemilang bakal dicipta di masa hadapan! ππͺ
23/04/2026
Alhamdulillah, Alya Zahra Farzana binti Mohamad Zahri mencatatkan pencapaian yang membanggakan dalam Mahrajan Al-Quran dan Khat Sekolah-sekolah (MQKSS) Daerah Sepang apabila merangkul Johan Tilawah kategori Perempuan Sekolah Rendah di SK KLIA pada 16 April 2026.
Insya Allah, Alya akan mewakili daerah ke MQKSS Peringkat Negeri akan datang. Sama-sama kita doakan agar beliau terus diberikan kejayaan.
23/04/2026
Pada 6 hingga 8 April 2026 teah berlangsung Kejohanan Ragbi MSSD Sepang 2026.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Ragbi SEDERAP atas kejayaan cemerlang yang dilakar dalam Kejohanan Ragbi MSSD Sepang 2026! ππ₯
Naib Johan Cup
Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan, tetapi bukti kegigihan, disiplin dan semangat juang yang luar biasa daripada seluruh pasukan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan jurulatih, pengurus pasukan serta semua pihak yang tidak pernah jemu mencurahkan tenaga dan sokongan demi merealisasikan kejayaan ini.
Teruskan melangkah megah, wahai anak-anak SEDERAP. Semoga lebih banyak kejayaan gemilang bakal dicipta di masa hadapan! ππͺ
12/03/2026
ADAB TALK
Tarikh: 12 Mac 2026
Masa:7.15 pagi
Tempat:Dataran perhimpunan
Sasaran:Semua murid tahap 2
Penyampai:Encik Zairi bin Mhd Lauri-PK HEM SEDERAP
Hari ini slot adab talk sesi pagi berkongsi sedikit tentang kekemasan diri. Murid yang hebat bukan sahaja pandai belajar, tetapi juga bersih dan kemas.
Murid yang menjaga kekemasan diri akan kelihatan lebih sihat, lebih yakin dan disenangi oleh kawan-kawan serta guru.
Ada beberapa perkara mudah yang boleh kita lakukan setiap hari:
1.Rambut disikat dan kemas sebelum datang ke sekolah.
2.Kuku dipotong pendek dan bersih supaya tidak menyimpan kuman.
3.Pakaian sekolah bersih dan kemas.
4.Kasut sekolah bersih.
5.Mandi dan gosok gigi sebelum ke sekolah supaya badan segar dan tidak berbau.