19/06/2026
𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐓𝐓𝐀𝐍𝐈 🇹🇭
Mulakan tahun baru Hijrah dengan amalan yang berpanjangan pahalanya. ✨
Jom sertai Infaq Al-Quran Pattani untuk membantu menyediakan naskhah Al-Quran kepada para pelajar tahfiz di Pattani, Thailand. Setiap ayat yang dibaca dan dihafaz, insya-Allah menjadi saham pahala yang berterusan buat para penyumbang.
💚 Rebut keberkatan Jumaat di awal Muharram ini dengan sedekah terbaik.
📌 1 Penama: RM15
📌 1 Naskhah Al-Quran: RM75
"Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya." 🤲🏻
📲 Sertai sekarang:
https://www.wasap.my/+601156578605/QuranPattani
18/06/2026
Hati manusia mudah berubah, maka kita sentiasa memohon kepada Allah agar dikekalkan dalam petunjuk dan keimanan. Semoga Allah menjaga hati kita daripada tersesat setelah diberikan hidayah.
Marilah kita memperbanyakkan doa agar dikurniakan rahmat, kekuatan dan keteguhan hati dalam menjalani kehidupan. Sesungguhnya Allah Maha Luas pemberian dan kasih sayang-Nya. ✨
📖 Surah Ali-'Imran : 8
18/06/2026
𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 🕌
Alhamdulillah, kita telah melangkah ke tahun baru Hijrah. Mulakan lembaran Muharram dengan amalan yang berpanjangan pahalanya.
✨ Rebut peluang Infaq Jumaat bersama KMP Care untuk membantu kelangsungan kelas mengaji dan memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar yang ingin belajar Al-Quran.
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain."
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab keberkatan rezeki, ketenangan hati dan saham akhirat yang berterusan. 🤲
💚 Jom berinfaq hari ini. Walau sedikit, insya-Allah besar nilainya di sisi Allah.
CIMB BANK
8604806064
KMP Academy Sdn Bhd
Ref: KMPCARE
📲 Resit / Pertanyaan:
https://www.wasap.my/+601156578605/infaqjumaat
18/06/2026
🌹 MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL PERDANA 🌹
Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah SWT, Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Perdana telah selesai berlangsung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta bersama-sama menjayakan majlis ini. Semoga segala bacaan Yasin, tahlil dan doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua.
🤲 Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan kita sentiasa berada di bawah naungan rahmat-Nya.
18/06/2026
JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL
Hadiahkan doa terbaik buat yang telah pergi 🤲🏻
Sertai Bacaan Yasin & Tahlil pada:
🗓 Tarikh: 18/06/2026
⏰ Masa: 8.00 malam
📍 Platform: FB, YouTube & TikTok KMP Academy
Hantar nama arwah sebelum 4.30 petang ini ya:
Daftar Sendiri: 👇🏻
https://ezy.la/BorangPendaftaranTahlilKMP
Bantu daftarkan? 👇🏻
https://ezy.la/NamaArwah
Moga setiap doa sampai dan menerangi mereka 🤍