01/06/2026
Assalamualaikum dan Salam MyBeST Glides Towards Victory,
📲 Diminta semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk log masuk sistem AINS menggunakan ID Delima bagi mengaktifkan akaun AINS murid.
➡️ Pautan sistem AINS :
https://ains.moe.gov.my/login?returnUrl=/
➡️ Cara-cara log in AINS mengunakan Id delima :
https://youtu.be/uiFQzGWuraI
🎁 Murid yang menduduki tiga carta tertinggi rekod bacaan AINS akan mendapat sijil & hadiah.
📒 Pastikan murid mempunyai buku NILAM untuk rekod bacaan sebelum diisi di dalam sistem AINS.
Pusat Sumber SK Beranang
01/06/2026
RUN WITH PENYU 6.0 KINI DIBUKA SEMULA‼️
(Virtual Run Sahaja – Kategori VR-A)
Penganjuran bersama Excell Team Resources (ETR) dan Universiti Malaysia Terengganu
🌐 Daftar sekarang: https://cps4.me/rwp2026-ee08
‼️ PENDAFTARAN DIBUKA SEMULA TERHAD ‼️
Kini hanya untuk Kategori VR-A (Virtual Run) sahaja
👟 Kategori VR-A (e-Certificate sahaja)
✔️ Terbuka kepada murid berumur 7 – 17 tahun
✔️ Penyertaan secara maya (virtual run)
📌 Tarikh tutup pendaftaran: 13 Jun 2026
📣 BERITA BAIK untuk pelajar/murid:
Bagi edisi tahun ini, pihak penganjur telah membuat permohonan kebenaran dan sokongan penganjuran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) bagi membolehkan penyertaan murid.
Sebagai rekod, Run With Penyu 1.0 (2020), 2.0 (2022), 3.0 (2023), 4.0 (2024) & 5.0 (2025) sebelum ini telah mendapat pengiktirafan sebagai program peringkat kebangsaan oleh KPM, yang menyumbang kepada pemarkahan PAJSK.
Pautan Borang Pendaftaran Berkumpulan (Sekolah):
https://bit.ly/BrgDaftarRWP6-EE08
💬 Sebarang pertanyaan:
http://www.wasap.my/60196014778/RunWithPenyu
23/05/2026
📌MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026
23/05/2026
✨ SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
📅 22 MEI 2026
"Guru Bitara Nadi Negara"
Terima kasih kepada semua guru SK Beranang yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk generasi masa depan negara.
Semoga semua insan bergelar guru terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam mendidik anak-anak bangsa.
Terima kasih juga kepada ibu bapa/penjaga atas doa & ingatan tulus kiriman hadiah buat guru-guru 🫶🏻
18/05/2026
📝LADAP MODUL GENERASI PENGGERAK PENDIDIKAN MALAYSIA MADANI 2026
📆9 MEI 2026 (SABTU)
📍BILIK VISI, SKB
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pn Nor Azwana, Guru Besar SK Beranang selaku penceramah Modul Generasi Penggerak Pendidikan Malaysia Madani.
Slot LADAP berjalan dengan cemerlang hasil penyampaian penceramah yang berinformasi, tersusun dan berimpak tinggi. Semoga pengisian yang dikongsikan memberi nilai tambah kepada kompetensi serta profesionalisme warga pendidik dan staff SK Beranang.
Tahniah kepada semua guru dan staff yang hadir menyertai dengan penuh komited.
PPD Hulu Langat Rasmi
15/05/2026
Dukacita dimaklumkan bahawa guru SK Beranang, Allahyarham Shahrol Nizam Bin Othman telah kembali ke rahmatullah pada 15 Mei 2026 (28 Zulkaedah 1447H).
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.