𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐝𝐡𝐮 ‘𝐀𝐢𝐧
📚 Ustaz Nasharuddin Awang
📅 Sabtu, 13 Jun 2026
🕰 8.30 pagi – 11.30 pagi
📍 Tadika Nur Addin
( https://maps.app.goo.gl/fYiATwjt8amXUetAA )
𝙎𝙖𝙗𝙙𝙖 𝙍𝙖𝙨𝙪𝙡𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙎𝘼𝙒:
𝙈𝙚𝙣𝙪𝙣𝙩𝙪𝙩 𝙞𝙡𝙢𝙪 𝙞𝙩𝙪 𝙬𝙖𝙟𝙞𝙗 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙈𝙪𝙨𝙡𝙞𝙢.
(𝙃𝙖𝙙𝙞𝙨 𝙍𝙞𝙬𝙖𝙮𝙖𝙩 𝙄𝙗𝙣 𝙈𝙖𝙟𝙖𝙝)
📌 Dengan menuntut ilmu ini, bukan sahaja memperbaiki amal ibadah, bahkan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita menghidupkan majlis ilmu.
Share. Like. Comment.
Taska dan Tadika Nur Addin
Kami merupakan Taska & Tadika Islam yang beroperasi di Taman Sutera, Kajang, Selangor. Boleh hubungi, 019 - 280 8601 (Cikgu Fauzana).
🎀 Aktiviti Tadika Nur Addin
1. Tutup Aurat & Cergas
Aktiviti fizikal ini mengalakkan anak-anak melakukan pergerak seperti berskip menuju ke pakaian mereka, kemudian memilih pakaian yang sepadan kemudian memakai dengan pantas.
2. Dia Pakai Apa?
Aktiviti ini membantu anak-anak membezakan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang tidak menutup aurat. Selain itu memupuk sikap s**a bekerjasama dan bertolak ansur sewaktu aktiviti kumpulan.
3. Kerusi Beratur Satu Satu Hura Hurrey!
Anak-anak belajar membilang mengikut turutan dari nombor satu sehingga nombor 30 mengikut bilangan kerusi. Selain itu mereka melakukan aktiviti fizikal iaitu berjalan di atas kerusi sambil menghitung bilangan kerusi.
4. Kraf Pakaian Menutup Aurat
Khalifah Nur Addin dapat mengenalpasti pakaian lelaki dan wanita yang menutup aurat. Mereka menghasilkan karya sendiri sendiri bertemakan pakaian. Contohnya menjemur pakaian di ampaian.
5. Cerakinkan Huruf Hijaiyah
Aktiviti membantu anak-anak mengenal huruf, menyebut huruf tunggal dan huruf yang bersambung dengan betul.
04/06/2026
𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐝𝐡𝐮 ‘𝐀𝐢𝐧
📚 Ustaz Nasharuddin Awang
📅 Sabtu, 13 Jun 2026
🕰 8.30 pagi – 11.30 pagi
📍 Tadika Nur Addin, Taman Sutera
(https://maps.app.goo.gl/fYiATwjt8amXUetAA)
𝙎𝙖𝙗𝙙𝙖 𝙍𝙖𝙨𝙪𝙡𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙎𝘼𝙒:
𝙈𝙚𝙣𝙪𝙣𝙩𝙪𝙩 𝙞𝙡𝙢𝙪 𝙞𝙩𝙪 𝙬𝙖𝙟𝙞𝙗 𝙖𝙩𝙖𝙨 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙈𝙪𝙨𝙡𝙞𝙢.
(𝙃𝙖𝙙𝙞𝙨 𝙍𝙞𝙬𝙖𝙮𝙖𝙩 𝙄𝙗𝙣 𝙈𝙖𝙟𝙖𝙝)
📌 Dengan menuntut ilmu ini, bukan sahaja memperbaiki amal ibadah, bahkan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita menghidupkan majlis ilmu.
Share. Like. Comment.
15 Mei 2026
Aktiviti bersama anak-anak Tadika Nur Addin sewaktu sambutan Hari Guru Nur Addin 2026 tempoh hari.
Dalam kotak hijau tersebut, terdapat kad yang tertulis rutin harian Tadika Nur Addin dari pagi waktu perhimpunan sehingga waktu balik.
Aktiviti ini menguji daya ingatan anak-anak Tadika, apakah mereka ingat hafalan harian mereka.
15 Mei 2026
Aktiviti bersama anak-anak Taska Nur Addin Ceria sewaktu sambutan Hari Guru Nur Addin 2026.
Dalam kotak kuning tersebut, terdapat gambar haiwan dan gambar anggota badan. Jika anak-anak dapat gambar haiwan, mereka perlu buat bunyi haiwan tersebut. Jika anak-anak dapat gambar anggota badan, mereka perlu tunjuk pada badan mereka.
𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗡𝘂𝗿 𝗔𝗱𝗱𝗶𝗻 (𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲/𝗭𝘂𝗹𝗵𝗶𝗷𝗷𝗮𝗵 𝟭𝟰𝟰𝟳)
Tahun Baru Hijrah 1448H akan tiba tak lama lagi, seluruh warga Nur Addin telah berkumpul bagi menyusun hala tuju, memperkukuhkan budaya kerja dan memperbaharui niat dalam amanah mendidik generasi.
Dalam pertemuan kali ini, Pengurus Nur Addin, Fauzana Hambali , mengingatkan bahawa pendidikan bukan sekadar mengajar, tetapi merupakan amanah besar untuk membentuk anak-anak yang beradab, berilmu dan mengenal Allah SWT.
Beliau turut menekankan kepentingan setiap guru dan kakitangan memahami visi Nur Addin serta mengekalkan budaya kerja yang berteraskan ihsan, amanah dan kasih sayang dalam mendidik anak-anak.
Sempena tahun baru Hijrah yang bakal tiba, kami berazam untuk terus memperbaiki diri, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memberikan yang terbaik buat setiap anak yang Allah SWT amanahkan kepada kami.
# 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙞𝙣𝙖 𝙜𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙐𝙡𝙪𝙡 𝘼𝙡𝙗𝙖𝙗 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪𝙞 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙧𝙗𝙞𝙮𝙖𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙚𝙧𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝘼𝙨-𝙎𝙪𝙣𝙣𝙖𝙝.
📸 𝙼𝚎𝚍𝚒𝚊 𝙽𝚞𝚛 𝙰𝚍𝚍𝚒𝚗
01/06/2026
𝐃𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮! 👑
Nur Addin Islamic Education Centre merafakkan sembah tahniah sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku, mengurniakan kesihatan yang walafiat, dan sentiasa memayungi pemerintahan Tuanku dengan keamanan serta kemakmuran bagi seluruh rakyat Malaysia.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku!
📸 𝙼𝚎𝚍𝚒𝚊 𝙽𝚞𝚛 𝙰𝚍𝚍𝚒𝚗
26/05/2026
𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙍𝙖𝙮𝙖 𝘼𝙞𝙙𝙞𝙡𝙖𝙙𝙝𝙖 🌟
Nur Addin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh warga kerja Nur Addin, Ibu Ayah dan warga Taman Sutera.
Jom semak amalan yang boleh kita buat.
1️⃣ Solat Sunat Aidiladha
Bangun awal pagi dan tunaikan Solat Sunat Tahajud, memakai pakaian bersih atau baru, dan menuju ke masjid atau surau untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya serta mendengar khutbah.
2️⃣ Aktiviti Sembelihan (Korban)
Selepas selesai Solat Sunat, aktiviti gotong-royong menyembelih haiwan korban akan dijalankan di kawasan masjid, surau, atau kawasan lapang komuniti. Ambil bahagian untuk membantu, agar cepat selesai proses pembahagian daging.
3️⃣ Ziarah-Menziarahi
Walaupun suasananya tidak meriah seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha tetap disambut dengan amalan kunjung-mengunjung keluarga terdekat dan menikmati hidangan berasaskan daging segar seperti sup daging, rendang, dan gulai.
📍 Jangan lepaskan peluang melakukan ibadah sunat untuk terus bertakbir setiap kali selepas solat fardhu sehinggalah masuknya waktu Maghrib pada Hari Raya Keempat (30 Mei 2026). Selepas waktu Asar hari tersebut, ibadah korban dan laungan takbir raya pun berakhir.
📸 Media Nur Addin
✏️ Aktiviti Taska Nur Addin Ceria
1. Mana Satu yang Sama?
Aktiviti ini membantu kanak-kanak mengenal bentuk bulatan dan memadankan bulatan dengan saiz yang sama. Ianya juga boleh meningkatkan daya fokus kanak-kanak.
2. Ais Ais Krim Saya!
Aktiviti ini membantu kanak-kanak mengenal warna dan bentuk aiskrim. Mereka juga dapat menghasilkan capan aiskrim menggunakan span mengikut kreativiti sendiri.
3. Cari Bola Tutup Mata
Aktiviti ini membantu kanak-kanak untuk bersifat berani melakukan aktiviti sambil menutup mata. Mereka juga belajar menggerakan tangan dengan berhati-hati dan menggunakan deria sentuhan tanpa melihat.
🧑🍳 Aktiviti Tadika Nur Addin
1. Roti Sapuan Coklat
Khalifah Nur Addin dapat meneroka pelbagai aktiviti yang melibatkan alatan dapur seperti menggunakan sudu untuk menyapu jem coklat ke atas roti dan memotong roti pelbagai saiz. Selain itu, mereka mempamerkan adab menyediakan makanan antaranya membasuh tangan, dan adab sebelum dan selepas makan. Mereka menunjukkan emosi gembira dan seronok menyediakan makanan sendiri.
2. Mencari Logo Halal
Khalifah Nur Addin mempelajari cara menulis perkataan Halal dengan betul. Selain itu, mereka melakukan aktiviti mencari logo halal pada bungkusan makanan yang disediakan guru.
3. Menghitung Bilangan
Aktiviti ini membantu Khalifah Nur Addin membilang dan menulis maklumat dengan betul jumlah jalur besi pada pintu pagar mengikut warna iaitu merah, kuning dan hijau.
4. Si Buta Mencari Makanan
Mata Khalifah Nur Addin ditutup dan mereka akan mengambil apa sahaja kad jenis makanan yang ditampal didinding. Selepas mata dibuka, mereka perlu menyebut, makanan tersebut halal atau haram dimakan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Taman Sutera
Kajang
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 18:00 |
| Tuesday | 07:00 - 18:00 |
| Wednesday | 07:00 - 18:00 |
| Thursday | 07:00 - 18:00 |
| Friday | 07:00 - 18:00 |