Akademi Bakat ABS

Akademi Bakat ABS

Share

Join us in empowering the next generation of innovators, entrepreneurs, and responsible global citizens.

Discover how our programs can shape your child's future today! Akademi Bakat ABS adalah insiatif di dalam Kump**an Pendidikan ABS yang fokus kepada pembangunan budaya santun, hafaz & faham surah-surah tertentu dalam Al Quran dan menanam 6 nilai preneurship dalam diri setiap murid. Supaya mereka membesar menjadi manusia yang beriman dan berakhlak baik.

10/06/2026

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasukan Akademi Bakat ABS yang telah berjaya disenaraikan dalam TOP 10 & seterusnya terpilih ke Fasa 3: Latihan Intensif Program Cabaran Keusahawanan Sosial Belia (FUSE x SERY 2026).

Para peserta akan menyertai FUSE Bootcamp 2026 yang akan berlangsung seperti berikut:

📍 Tempat: Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
📅 Tarikh: 12 – 14 Jun 2026

Program ini menghimpunkan peserta terpilih dari seluruh negara untuk menjalani latihan intensif yang memfokuskan kepada pembangunan kepimpinan, keusahawanan sosial, inovasi, kerja berpasukan & pembangunan projek impak komuniti.

Sekalung tahniah kepada Tuan Muda:

1. Ahmad Nafiz bin Ahmad Omar (Ketua)
2. Muhammad Al-Fateh Rasyad bin Nor Ramzani
3. Dhiya'ur Rahman bin Mohd Syahir
4. Areez Sharique bin Zulkifli
5. Eusoff Ihtisham bin Mohammad Fadzli

Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan buat Akademi Bakat ABS & menjadi bukti komitmen serta usaha para peserta dalam membangunkan idea & projek yang memberi impak kepada masyarakat.

Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman yang berharga, memperkasa potensi diri serta membuka lebih banyak peluang kejayaan pada masa hadapan.




Photos from Akademi Bakat ABS's post 10/06/2026

DAY 3: RANGKUMAN HARI TERAKHIR KEM SI GADIS PEMBERANI!

Jika hari kedua kita membina momentum emosi & fizikal yang padat, hari ketiga p**a menjadi saksi kepada sebuah pengakhiran program yang manis & menyentuh jiwa para peserta.

Rangkuman Hari Terakhir:
✨ Solat Subuh berjemaah: (Surah As-Sajdah)
✨ Homemade Kitchen: Finger Food
✨ Sesi Refleksi : Masing-masing berikrar untuk p**ang sebagai anak yang lebih baik.

Mereka datang dengan rasa malu-malu, tetapi p**ang membawa sekeping jiwa baru - sebagai srikandi masa hadapan yang berani dan kental menghadapi dunia luar!

Terima kasih kepada Maahd Tahfiz Az-Zahrah atas peluang kerjasama & fasiliti yang diberikan.

Ada rezeki, panjang umur, kita jumpa lagi di KEM SI GADIS PEMBERANI tahun hadapan!




Photos from Akademi Bakat ABS's post 08/06/2026

DAY 2: RANGKUMAN KEM SI GADIS PEMBERANI!

Jika hari pertama adalah fasa suaikenal, hari kedua p**a merupakan lubuk pengisian emosi, fizikal & mental yang paling padat.

Rangkuman Hari Kedua:
✨ Tazkirah Taharah: Kunci Ibadah Wanita
✨ Riadah pagi & impak kerjasama dalam Complicated Rope Game
✨ Tiga slot hebat bersama penceramah jemputan (Topik Malala, Pesan Ayah & Suara Viral)
✨ Cooling down & riadah di Sungai Congkak
✨ Tazkirah Malam: Menjadi Srikandi Dunia Moden
✨ Candle of Life – Sesi luahan emosi & refleksi diri

Satu hari yang sangat luar biasa buat semua peserta. Mereka benar-benar membuktikan bahawa mereka adalah srikandi masa hadapan yang serba boleh!




Photos from Akademi Bakat ABS's post 04/06/2026

DAY 1: RANGKUMAN KEM SI GADIS PEMBERANI! 🌸🎒✨

Alhamdulillah, tirai Hari Pertama Kem Si Gadis Pemberani telah dibuka secara rasmi semalam! Pengembaraan membina jati diri anak-anak gadis bermula dengan penuh pengisian.

Rangkuman Aktiviti Hari 1:
✨ Pendaftaran & Taklimat Pecah Bendungan
✨ Suai kenal gamat melalui Human Bingo
✨ Gotong-royong memasang khemah (Auto-berdikari!)
✨ Slot 1: Asal Usul Kejadian Hawa (Kupas fitrah wanita)
✨ LDK 1: Kebangkitan Awal
✨ Sesi kreatif membuat panji & headband kump**an

Baru hari pertama dah nampak masing-masing mula tonjolkan sifat kepimpinan, keberanian & sisterhood yang kuat. Good job girls! Sedia untuk cabaran Hari Ke-2?




02/06/2026

‼️LAST CALL: PENDAFTARAN KEM SI GADIS PEMBERANI DITUTUP MALAM INI! 🌸💪

Hari ini peluang TERAKHIR untuk daftarkan anak gadis anda (11–16 tahun) ke kem bina jati diri paling awesome yang akan bermula ESOK (3–5 Jun 2026) di Hulu Langat!

Mahu anak gadis anda tampil berani, kental emosi & bijak memimpin? Slot eksklusif kami sedia menanti mereka:

• Viral Voice : Seni Mencipta Gelombang
• Pesan Ayah Tentang Dunia
• Malala : Adakah Dia itu Aku?
• ⁠Night Walk : Candle Of Life

Jangan biarkan mereka terlepas peluang keemasan ini. TINGGAL 5 KEKOSONGAN SAHAJA LAGI!

📲 Hubungi / WhatsApp urus setia sekarang di talian 011-1315 7749 sekarang atau klik link pada komen pertama untuk mendaftar.




Photos from Akademi Bakat ABS's post 31/05/2026

BARISAN PENCERAMAH HEBAT DI KEM SI GADIS PEMBERANI! 👑✨

“Not just a girl, I’m the voice.”

Menghitung hari menjelang 3 Jun ini, jom kita kenali barisan penceramah jemputan luar biasa yang bakal mengisi 3 slot utama di Kem Si Gadis Pemberani. Mereka sedia membimbing, menyuntik inspirasi & membina jati diri anak-anak gadis kita sepanjang kem ini berlangsung!

SLOT 1 – Malala: Adakah Dia Itu Aku?

Mengangkat inspirasi daripada ketabahan tokoh muda dunia, slot ini akan mengupas bagaimana anak-anak gadis boleh membina keberanian untuk bersuara demi kebaikan & mendepani cabaran zaman.

Penceramah: DMY Farah Fakhira
Profil: Daie Muda YADIM & Naib Presiden (HEWD) PKPIM

SLOT 2 – Pesan Ayah Tentang Dunia

Keberanian seorang anak gadis bermula daripada pelindung pertamanya, seorang Ayah. Slot ini sangat penting bagi membina benteng emosi, kekuatan mental (resilience), serta persediaan rapi menghadapi realiti dunia luar.

Penceramah: Tuan Kamarul Azami
Profil: Perunding Latihan IQ Class Management & Penerima Anugerah Pingat Bakti Belia Selangor 2025

SLOT 3 – Suara Viral: Seni Mencipta Gelombang

Zaman digital memerlukan anak muda yang bijak mengemudi kandungan media sosial. Bukan sekadar mengikut arus, tetapi tahu bagaimana mahu memimpin, melakukan advokasi & mencipta gelombang kebaikan.

Penceramah: Cik Noor Syazana
Profil: CEO Hamare Group & Penulis Buku ‘Bagaimana LGBT Mencari Syurga’

Mudah-mudahan gabungan ilmu daripada barisan panel mantap ini dapat melahirkan generasi “Si Gadis Pemberani” yang bukan sahaja bijak, malah berjiwa kental & berimpak tinggi.

Jumpa anda di sana!

*link pendaftaran pada profile / komen pertama




30/05/2026

Pelajar lain naik kelas guna lif bangunan atau tangga simen, tapi anak-anak naturepreneur di sini ada lif istimewa - tangga bukit semulajadi!

Setiap kali mahu turun ke kawasan kebun Abtopia & balik semula ke kelas, mereka perlu ‘tekan butang’ guna kekuatan kaki sendiri. Memang auto jadi cergas, kardio harian pun terjaga!

Inilah keunikan konsep sekolah alam & usahawan yang diamalkan di Akademi Bakat ABS. Tiada dinding yang mengurung kreativiti & setiap keunikan alam adalah guru yang mengajar erti usaha serta ketabahan.




Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot 3098, Sungai Merab
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00