Majlis Perwakilan Pelajar UIS

Majlis Perwakilan Pelajar UIS

Share

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Selangor (UIS)

Photos from Majlis Perwakilan Pelajar UIS's post 10/06/2026

[PEMAKLUMAN PERMOHONAN PENDAFTARAN PELAJAR ASASI KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA]

Assalamualaikum wrt wbt.
Salam Sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Dimaklumkan kepada seluruh pelajar Asasi Universiti Islam Selangor (UIS) bahawa permohonan pendaftaran ke Program Ijazah Sarjana Muda kini telah dibuka.

Pelajar yang telah menamatkan pengajian Asasi dan berhasrat untuk menyambung pengajian di UIS boleh mengemukakan permohonan melalui Sistem WADAH UIS di https://wadah.uis.edu.my

Para pelajar disarankan untuk membuat permohonan seawal mungkin bagi melancarkan urusan pemprosesan. Tempoh semakan dan kelulusan permohonan dianggarkan mengambil masa sekitar tujuh (7) hari bekerja.

Pelajar juga dinasihatkan agar sentiasa menyemak emel yang didaftarkan bagi memastikan sebarang makluman atau surat tawaran daripada pihak universiti dapat diterima dan diambil tindakan dengan segera.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

🧕🏻 AUFA NUR’ATIRAH
📲 Exco Akademik dan Intelektual
http://www.wassap.my/01168626930

Sekian, terima kasih.

“Mahasiswa Pemacu Transformasi”

EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

Sumber: Bahagian Pemasaran, UIS (9 Jun 2026)

Photos from Majlis Perwakilan Pelajar UIS's post 05/06/2026

[PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN SESI I 2026/2027]

Tarikh: 5 Jun 2026

Assalamualaikum wrt wbt.
Salam sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Dimaklumkan kepada seluruh mahasiswa Universiti Islam Selangor (UIS) bahawa Permohonan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi Sesi I 2026/2027 telah dibuka bermula 1 Jun 2026 sehingga 30 Julai 2026.

Sehubungan dengan itu, mahasiswa yang berhasrat untuk memohon pinjaman PTPTN adalah disarankan untuk membuat permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Mahasiswa juga dinasihatkan untuk mengimbas kod QR yang disediakan serta memastikan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan adalah *lengkap sebelum mengemukakan permohonan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

🧕🏻 AUFA NUR’ATIRAH :
📲 Exco Akademik & Intelektual
http://www.wassap.my//011-68626930

Sekian, terima kasih.

“Mahasiswa Pemacu Transformasi”

Yang menjalankan tugas,
EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

Sumber: Seksyen Tajaan & Kebajikan BHEP, UIS (4 Jun 2026)

05/06/2026

[MEMO: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM ASASI SESI II (SENIOR) & SESI III (KOHORT LAMA) TAHUN AKADEMIK 2025/2026]

Tarikh: 5 Jun 2026

Assalamualaikum wrt. wbt.
Salam sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Tahniah diucapkan kepada seluruh mahasiswa atas usaha dan ketekunan yang telah dicurahkan sepanjang sesi pengajian ini. Setiap keputusan yang diperoleh merupakan sebahagian daripada perjalanan dalam menimba ilmu dan membina masa depan.

Keputusan Peperiksaan Akhir kini telah dikeluarkan pada 5 Jun 2026 dan mahasiswa boleh membuat semakan melalui portal masing-masing.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

🧕🏻AUFA NUR’ATIRAH :
📲- Exco Akademik & Intelektual
http://www.wassap.my//011-68626930

Sekian, terima kasih.

”Mahasiswa Pemacu Transformasi”

Yang menjalankan tugas,
EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR
Sumber: Seksyen Peperiksaan & Pengijazahan, BPA (5 Jun 2026)

Photos from Majlis Perwakilan Pelajar UIS's post 04/06/2026

[MEMO: PEMAKLUMAN JADUAL PEMANDU VAN KEBAJIKAN PELAJAR BAGI BULAN JUN 2026]

Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Salam sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Pihak Bahagian Pengurusan Insan (BMI) telah mengeluarkan Jadual Pemandu Van Kebajikan Pelajar bagi Bulan Jun 2026 menerusi portal pelajar MyLMS (student portal).

Untuk makluman, perkhidmatan van kebajikan ini hanya dibenarkan untuk kes kecemasan sahaja, seperti keperluan segera ke klinik atau hospital berhampiran. Pelajar yang memerlukan bantuan dalam situasi sebegini boleh terus menghubungi pemandu yang disenaraikan.

Temujanji hospital atau rawatan yang telah dijadualkan lebih awal tidak termasuk dalam skop perkhidmatan ini.

Sekian, terima kasih.



”MAHASISWA PEMACU TRANSFORMASI”

Yang menjalankan tugas,
EXCO KEBAJIKAN & KAUNSELING
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

03/06/2026

[DAULAT TUANKU]

TARIKH : 4 JUN 2026

Assalamualaikum Wrt Wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-55 Tahun.

Semoga sinar kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan kelembutan Tuanku terus menjadi cahaya yang menyinari rakyat jelata. Dengan penuh takzim, dipanjatkan doa agar Tuanku sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kesejahteraan dan kemuliaan sepanjang zaman.

Daulat Tuanku!

Sembah takzim daripada:
Majlis Perwakilan Pelajar UIS 2026/2027

Sekian, terima kasih.

”Mahasiswa Pemacu Transformasi”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

01/06/2026

[DIRGAHAYU TUANKU]

TARIKH : 1 JUN 2026

Assalamualaikum Wrt Wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Tuanku.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam memimpin, serta kebahagiaan bersama keluarga diraja. Semoga pemerintahan Tuanku terus membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara.

Sembah takzim daripada:
Majlis Perwakilan Pelajar UIS 2026/2027

Sekian, terima kasih.

”Mahasiswa Pemacu Transformasi”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

26/05/2026

[SALAM AIDIL ADHA 1447H]

Tarikh: 26 Mei 2026

Assalamualaikum wrh wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Dihari yang penuh keberkatan ini mengingatkan kita tentang erti pengorbanan Nabi Ibrahim A.s. dan keikhlasan Nabi Ismail A.s. dalam menunaikan perintah Allah. Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi sebuah penghayatan mendalam tentang nilai ketaatan, kesabaran, dan kasih sayang yang menjadi asas kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat.

Dikesempatan ini, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Selangor ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Korban dan Haji buat seluruh umat Islam. Semoga dengan ini menjadikannya peluang besar untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada kami,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Islam Selangor.

Sekian, terima kasih.

“Mahasiswa Pemacu Transformasi”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

25/05/2026

[SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH 9 DZULHIJJAH 1447H]

Tarikh: 25 Mei 2026

Assalamualaikum wrh wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Tanggal 9 Dzulhijjah 1447H ini adalah hari yang sangat istimewa kerana doa dianggap paling mustajab, agama Islam disempurnakan, dan amalan seperti berzikir, beristighfar, membaca al‑Quran serta berselawat digandakan pahalanya. Manakala, Puasa sunat Arafah ini dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.

Semoga dengan ini menjadikannya peluang besar untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada kami,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Islam Selangor.

Sekian, terima kasih.

“Mahasiswa Pemacu Transformasi”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

Photos from Majlis Perwakilan Pelajar UIS's post 20/05/2026

[PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN ORANG KELAINAN UPAYA (BKOKU) DAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (PPK) TAHUN 2026]

Assalamualaikum wrt wbt,
Salam sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Sukacita dimaklumkan bahawa tuntutan Bantuan Kewangan Orang Kelainan Upaya (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK) bagi pelajar sedia ada bagi tahun 2026 kini dibuka.

📌 Permohonan boleh dibuat melalui:

🔗 Sistem Bantuan Orang Kurang Upaya (SisPo):
https://bkoku.mohe.gov.my/

📌 Tempoh permohonan adalah seperti berikut:

TARIKH BUKA: 18 MEI 2026 (ISNIN), 10.00 PAGI

TARIKH TUTUP: 19 JUN 2026 (JUMAAT), 11.59 MALAM

Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pelajar yang berkaitan untuk mengambil maklum dan membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan proses berjalan dengan lancar.

📌 Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

📲 Faiqatul (Senator OKU): 019-6742408

☎️ Talian BKOKU: 03-8870 6347

✉️ E-mel: [email protected]

🔍 Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
https://bkoku.mohe.gov.my/

Sekian, terima kasih.

”Mahasiswa Pemacu Transformasi”

Yang Menjalankan Tugas,
SENATOR ORANG KELAINAN UPAYA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

16/05/2026

[🌷SELAMAT HARI GURU🌷]

Tarikh: 16 Mei 2026

Sempena sambutan Hari Guru 2025, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Selangor (UIS) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik UIS yang telah banyak berjasa dalam mendidik dan membimbing mahasiswa.

MPP UIS menzahirkan rasa terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar, bimbingan serta kesabaran para pendidik dalam mencorak masa depan kami. Sesungguhnya jasa kalian terlalu besar dan tidak terhitung nilainya.

Sekian,terima kasih.

“Mahasiswa Pemacu Transformasi”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR
SESI 2026/2027

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Kajang
43000