Pasti Little Fateh

Pasti Little Fateh

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pasti Little Fateh, Education, 2 Jalan Impian Murni 3/5, Saujana Impian, Kajang.

Photos from Pasti Little Fateh's post 05/06/2026

AKTIVITI CUTI SEKOLAH๐Ÿ•ฅ๐Ÿ—“๏ธ

Alhamdullilah, walaupun cuti sekolah terdapat aktiviti untuk mengisi waktu lapang dI Pasti Little Fateh. Cuti sekolah dimanfaatkan dengan aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti.โ€Sebagai contoh aktiviti: art n craft dan praktikal solat solat harian dan sunat.

OBJEKTIF:
1.Dapat mengeratkan interaksi dua hala antara murid dan guru
2.Melatih koordinasi mata dan tangan


Photos from Pasti Little Fateh's post 25/05/2026

๐ŸŒน SAMBUTAN HARI GURU 2026 ๐ŸŒน
๐Ÿ“ PASTI Little Fateh
๐Ÿ“… 22 Mei 2026 | Jumaat
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah di PASTI Little Fateh pada Jumaat yang lalu. Sambutan ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang sentiasa gigih mendidik, membimbing serta mencurahkan ilmu kepada anak-anak dengan penuh kasih sayang dan dedikasi. ๐Ÿ’
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya persembahan murid, penyampaian hadiah, sesi bergambar serta aktiviti santai yang menceriakan suasana majlis. Wajah ceria dan semangat anak-anak menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna dan penuh kenangan indah. โœจ
Pihak PLF juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga atas doa,sokongan,semangat,serta hadiah serta hadiah yang telah diberikan,sempena Sambutan Hari Guru baru2 ini.Semoga ukhuwah antara guru, murid dan ibu bapa terus erat demi melahirkan generasi soleh dan cemerlang. ๐Ÿค
โ€œGuru HARAKI PEMANGKIN KEKUATAN JEMAAHโ€
Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di PLF dan semua guru2 diseluruh negara,
Terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak2 bangsa. ๐ŸŒท

Photos from Pasti Little Fateh's post 25/05/2026

๐ŸŒŸ PROJEK AULAD: โ€œKERJAYAโ€ ๐ŸŒŸ
Pada 19 Mei 2026 (Selasa) yang lalu, telah berlangsungnya Projek Aulad bertemakan โ€œKERJAYAโ€ di PASTI Little Fateh.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang pelbagai jenis pekerjaan serta menanam cita-cita dan semangat untuk berjaya sejak kecil lagi. ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿš’๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya sesi memperkenalkan profesion, persembahan pakaian kerjaya serta aktiviti interaktif bersama murid. Anak-anak juga berpeluang mengenali tugas dan peranan setiap kerjaya dalam kehidupan seharian.
Semoga Projek Aulad ini dapat memberi pengalaman bermakna serta mencetus inspirasi kepada anak-anak untuk terus belajar dan berusaha mencapai impian mereka pada masa hadapan. โœจ๐Ÿ“š

Photos from Pasti Little Fateh's post 25/05/2026

โœจ SIMULASI HAJI CILIK 2026 โœจ
Alhamdulillah, pada 20 Mei 2026 (Rabu) yang lalu, telah berlangsung program Simulasi Haji Cilik di PASTI Little Fateh dengan penuh meriah dan penghayatan. ๐Ÿ•‹๐Ÿค
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada anak-anak mengenai rukun Islam kelima iaitu ibadah haji melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal dan menyeronokkan. Para murid berpeluang merasai pengalaman seperti memakai ihram, bertawaf, saie serta melontar jamrah dalam suasana yang penuh semangat dan ceria.
Semoga program ini dapat menanam rasa cinta kepada Islam serta memberi kefahaman asas tentang ibadah haji sejak kecil lagi. Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan warga PASTI Little Fateh yang telah bersama-sama menjayakan program ini. ๐ŸŒธ

Photos from Pasti Little Fateh's post 17/05/2026

๐Ÿ†โšฝ๐Ÿ TAHNIAH PERWIRA & SRIKANDI PASTI LITTLE FATEH ๐Ÿโšฝ๐Ÿ†
Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua
Perwira dan Srikandi PASTI LITTLE FATEH yang telah menyertai perlawanan bola sepak dan bola jaring pasti2 bangi yang telah berlangsung pada 16 & 17 Mei 2026 di Arena One Tiger.
Semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan keberanian yang ditunjukkan oleh anak-anak sangat membanggakan. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi pengalaman, disiplin dan semangat juang yang dipupuk menjadi kenangan serta pembelajaran yang sangat berharga. ๐Ÿ’ชโœจ
Terima kasih juga kepada guru-guru, jurulatih serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan semangat sepanjang program berlangsung. Semoga anak-anak terus cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. ๐ŸŒŸ
"Bersukan Membina Ukhwah, Melahirkan Generasi Hebat" โค๏ธ๐Ÿ’™

Photos from Pasti Little Fateh's post 13/05/2026

๐Ÿ“ฃ HEBAHAN AKTIVITI SUKAN PERSAHABATAN ๐Ÿ†โšฝ๐Ÿ
Alhamdulillah, telah berlangsungnya perlawanan Friendly Match Bola Jaring & Bola Sepak yang berlangsung beberapa hari sebelum acara sebenar bakal berlangsung beberapa hari lagi,dengan penuh semangat kesukanan, kerjasama dan ukhuwah antara semua peserta yang terlibat. ๐Ÿคโœจ
Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para pemain menunjukkan bakat dan kemahiran, malah turut mengeratkan hubungan silaturrahim serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan peserta. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Terima kasih diucapkan kepada semua pemain, guru, ibu bapa serta penyokong yang hadir memberikan sokongan dan menjayakan program ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. ๐ŸŒŸ






13/05/2026

๐Ÿ”ฅ Segala info kejohanan kini di hujung jari anda!

๐Ÿ“ฒ Tak perlu tunggu pengumuman manual lagi.
Kini semua maklumat rasmi Kejohanan Sukan PASTI Kawasan Bangi 2026 boleh diakses dengan lebih pantas, mudah dan tersusun melalui platform digital COPAFACIL.COM โšฝ๐Ÿ

๐Ÿ“ก Kejohanan yang menghimpunkan kontinjen terbaik PASTI Kawasan Bangi ini akan menggunakan platform digital bagi memudahkan semua pengurus pasukan, guru, ibu bapa dan penyokong mengikuti perjalanan kejohanan secara langsung.

Antara maklumat yang akan dikemaskini:

โœ… Jadual perlawanan terkini
โœ… Keputusan perlawanan semasa
โœ… Kedudukan kumpulan
โœ… Carta kalah singkir
โœ… Perkembangan kejohanan secara real-time

โฑ๏ธ Ikuti keputusan perlawanan dan kedudukan pasukan secara langsung sepanjang kejohanan berlangsung!

โš ๏ธ Sebarang perubahan jadual atau keputusan rasmi juga akan dikemaskini melalui platform ini.
๐Ÿ“Œ Pastikan anda sentiasa menyemak platform ini sepanjang kejohanan berlangsung.

๐Ÿ“Œ Akses maklumat kejohanan:

โœ… Imbas QR Code pada poster
atau

โœ… Layari pautan berikut:
๐ŸŒ https://copafacil.com/bsbjbangi2026

๐Ÿ“ฒ Simpan pautan ini untuk rujukan sepanjang kejohanan berlangsung!

๐ŸŽ‰ Sokong pasukan pilihan anda dan jangan lepaskan aksi serta persaingan menarik setiap kontinjen sehingga ke perlawanan akhir!

๐Ÿ”ฅ Ayuh bersama-sama meriahkan Kejohanan Sukan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Bangi 2026 yang akan berlangsung di One Tiger Arena, Kajang Selangor.

๐Ÿค Semoga kejohanan ini menjadi medan mencipta pengalaman, ukhuwwah dan kenangan indah buat semua peserta.




23/04/2026

๐Ÿ๐Ÿ”ฅ DEBARAN KIAN MEMUNCAK! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ

Kejohanan Bola Jaring PASTI Kawasan Bangi 2026 semakin hampir! ๐Ÿ’—

Arena bakal bergegar dengan sorakan, semangat juang dan aksi penuh bertenaga daripada adik-adik PASTI kita!

๐Ÿ“ 16 Mei 2026
๐Ÿ“ One Tiger Arena

Namun sebelum aksi sebenar bermulaโ€ฆ
โœจ Sesi Pengundian Kumpulan bakal menentukan perjalanan setiap pasukan!

๐Ÿ—“ 9 Mei 2026 (Sabtu)
Detik penentuan:
Siapa bakal bertemu siapa,
Siapa dalam kumpulan sengit,
Dan siapa bakal mencipta kejutan! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ’ก Lebih daripada sekadar permainanโ€ฆ

Bola jaring mengajar:
๐Ÿค Kerjasama berpasukan
๐Ÿ’ช Disiplin & fokus
โค๏ธ Semangat kesukanan yang tinggi

Setiap hantaran, setiap jaringan...
bukan sekadar mata,
tetapi latihan membina karakter dan keyakinan diri.

๐Ÿ’— Ayuh kita sama-sama:
๐Ÿ“ฃ Memberi sokongan tanpa henti
๐ŸŒŸ Menyemarakkan semangat kesukanan
๐Ÿค Mengeratkan ukhuwah dalam komuniti PASTI

Kepada semua pasukan...
bersiap sedia!
Perjalanan menuju kejayaan bakal bermulaโ€ฆ

๐Ÿ’— ISLAM CEMERLANG PASTI GEMILANG! ๐Ÿ’—


Photos from Pasti Little Fateh's post 23/04/2026

alhamdulillah,pemilihan bola sepak dan bola jaring pasti little fateh telah dijalankan....tahniah pada yang berjaya mengharungi setiap ujian yang di jalankan oleh coach masing2....sirr ala barkatillah...





Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


2 Jalan Impian Murni 3/5, Saujana Impian
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00