Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih daripada pihak Tadika Atfal Imtiaz kepada pihak KPTM Bangi atas kesudian menerima buah tangan kecil daripada kami sebagai tanda ingatan dan penghargaan.
Semoga jalinan ukhuwah, kerjasama serta hubungan baik antara kedua-dua pihak akan terus mekar dan memberi manfaat kepada dunia pendidikan anak-anak pada masa akan datang.
Terima kasih atas layanan yang baik, keramahan serta pengalaman berharga yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga segala usaha dipermudahkan dan sentiasa diberkati.
Amiin amiin
Tadika Atfal Imtiaz
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi Teacher Nor 0199567493 untuk temu janji Perkembangan Terkini Tadika Atfal Imtiaz. Berdaftar di bawah JPS & PPD.
Subjek:
- Bahasa Melayu (Bacaan. Tulisan & Ejaan)
- English (Reading, Writing & Spelling)
- Mathematics
- Qira'ati (Baca & Tulis)
- PTI (Feqah, Akhlak)
- Solat
- Hafazan
Kaedah menggunakan Kurikulum Standard Pra-Sekolah Kebangsaan (KSPK). Perkhidmatan
-sesi pagi dan,
-sesi petang ( kelas intensif )
Terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat seramai 13 pelajar dan 1 orang pensyarah.
bangi.
Tadika Atfal Imtiaz
22/05/2026
Bismillah...
18/5/2026 (Isnin)
Terima kasih kepada
Pelajar pelajar dari KPTM Bangi,
Kerana sudi memilih Tadika Atfal Imtiaz untuk menjalankan program tanggungjawab sosial (CSR).
Program ini melibatkan aktiviti santai dan pembelajaran seperti sesi mewarna, permainan interaktif dan aktiviti berkumpulan untuk kanak-kanak.
Program ini di jalan kan pada tarikh seperti di bawah.
Tarikh: 18 Mei 2026
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Simpan sini aktiviti mereka bersama pelajar TAI.
20/05/2026
Comel semua nya...
20/05/2026
Wow menarik nya anak anak taska berkebun...
Alhamdulillah.
“Guru Bitara Nadi Negara”
“Seorang guru bukan hanya mengajar membaca dan menulis, tetapi mendidik hati agar mengenal nilai kehidupan.”
Setiap penat lelah guru hari ini, menjadi kejayaan anak bangsa pada masa hadapan.
Guru yang ikhlas mendidik akan sentiasa hidup dalam doa dan ingatan anak didiknya.
Didikan seorang guru mampu mengubah insan biasa menjadi luar biasa.
Teruslah mendidik dengan kasih sayang,
kerana setiap ilmu yang diberi adalah saham akhirat yang tidak terputus.
Guru bukan sekadar pekerjaan, tetapi amanah untuk membina generasi yang berakhlak dan berilmu.
Walau tidak semua jasa dibalas dengan kata-kata, setiap pengorbanan guru tetap bernilai di sisi Tuhan.
Hebat Melahirkan Generasi Hebat.
.
19/05/2026
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang *Pertandingan Video Ucapan Kreatif sempena Hari Guru* 🎉
Semua video yang dihantar memang sangat kreatif dan comel 😍😍Pihak TAI sangat berbangga atas usaha dan semangat anak-anak dalam menjayakan pertandingan ini 🥰
Terima kasih juga kepada semua ibu ayah yang sentiasa memberi sokongan dan membantu anak-anak menyiapkan video. Segala kerjasama dan usaha ibu ayah amat kami hargai 🤍
📌📌*Pemenang bagi Kategori Pertandingan Video Ucapan Kreatif sempena Hari Guru* :
🥳*Tempat Pertama :* Noura Hyra
🥳*Tempat ke-2 :* Hadiya Maryam
🥳*Tempat ke-3 :* Irfa Tasleem
*SAGUHATI 🥳 :*
Muhammad Nuh
Aniq Zafran
Raina
Irdina
Anaqi
A***n
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang & paling penting, tahniah juga buat semua anak-anak yang telah berani mencuba dan menyertai pertandingan ini. Semua anak-anak memang hebat dan telah memberikan yang terbaik 🥳🥳👏🏻✨
Pengarah Program,
*_Tc Nadia_*🤗
* * ❤️
19/05/2026
Hargailah setiap guru yang pernah mendidik kita. Teguran mereka bukan untuk menjatuhkan, tetapi untuk membentuk masa depan yang lebih baik.
Ilmu yang diberi dengan ikhlas akan menjadi cahaya sepanjang kehidupan.
Jangan pernah jemu menghormati guru, kerana keberkatan ilmu bermula dengan adab dan hormat kepada insan yang mengajar kita mengenal dunia.
Guru ibarat pelita hidup,
Menyuluh jalan penuh cahaya,
Mendidik sabar tidak merungut,
Demi anak bangsa berjaya sentiasa.
Pihak TAI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu ayah atas hadiah buat Teacher2 dan sumbangan makanan sempena Sambutan Hari Guru 15/5/2026.
Terima kasih juga atas keikhlasan ibu ayah sudi berkongsi rezeki melalui sedekah Jumaat. Semoga segala kebaikan dibalas dengan rezeki yang melimpah, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa dalam rahmat Allah 🤲🏻🤍
Berikut merupakan link Google Drive gambar anak-anak sepanjang aktiviti Sambutan Hari Guru pada 15/5/2026 👇🏻
https://drive.google.com/drive/folders/1PLFy9yxLY19j3E-455ew_NpYwmlQXyDW
Jadikan kenangan yang kita tak akan lupa sampai bila²
* * ❤️
Bismillah..
Nanti kan jadual program TAI Jun dan julai serta tarikh Pendaftaran 4,5&6 tahun untuk 2027..
Tiada kata melainkan ibu bapa semua menunggu link untuk daftar.
Ya Allah kepada mu kami berserah.
"Anak anak TAI hebat"
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
No. 38 Jalan Puncak Saujana 4/3, Taman Puncak Saujana
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 06:45 - 17:30 |
| Tuesday | 06:45 - 17:30 |
| Wednesday | 06:45 - 17:30 |
| Thursday | 06:45 - 17:30 |
| Friday | 06:45 - 17:30 |