14/06/2026
Tahniah...Puteri SK Convent (M) Kajang telah kembali dengan kejayaan Tempat Ke-2 Kejohanan Catur MSSM
Tahniah adik Nurel Helwa dan Raisha
Terima kasih jurulatih, ibu bapa dan PIBG atas kebersamaan ini.
06/06/2026
Selamat berjuang kepada adik Nurel Helwa dan adik Raisa yang mewakili Selangor dalam Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Miri, Sarawak.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada ibu bapa dan PIBG yang telah memberikan sokongan dan komitmen terbaik.
Semoga Kembali dengan Kejayaan
#,ConjasInvicta
20/05/2026
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2026 πββοΈπββοΈπ
β¨
π Stadium MPKJ Bangi
π
26 April 2026
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah di Stadium MPKJ Bangi. Pelbagai acara sukan telah dijalankan dengan penglibatan aktif murid-murid serta sokongan padu daripada warga sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada PIBG, KSIB serta ibu bapa/penjaga yang turut hadir memeriahkan kejohanan ini. Sokongan anda semua amat bermakna dalam menjayakan program dan menyuntik semangat kesukanan kepada murid.
Semoga kejohanan ini dapat memupuk semangat kerjasama, disiplin dan daya saing yang sihat dalam kalangan muridπ
18/05/2026
KEJOHANAN MINI SUKAN TAHAP 1 2026 πββοΈπββοΈπ
π
17 April 2026
Kejohanan Mini Sukan Tahap 1 telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat melibatkan penyertaan murid-murid Tahap 1. Pelbagai acara sukaneka dan aktiviti fizikal telah dijalankan bagi menggalakkan gaya hidup sihat, semangat kesukanan serta kerjasama dalam kalangan murid.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PIBG, KSIB serta ibu bapa/penjaga yang turut hadir dan memberikan sokongan dalam memeriahkan program ini.
Semoga program ini dapat menjadi pengalaman bermakna dan menceriakan murid-murid.π
18/05/2026
KEJOHANAN CATUR MSSD HULU LANGAT 2026 βοΈβ¨
π
16 April 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil sekolah yang telah menyertai Kejohanan Catur MSSD Hulu Langat 2026. Penyertaan ini telah memberikan pengalaman berharga serta menguji kemahiran strategi, fokus dan ketahanan mental murid.
π Setinggi-tinggi tahniah kepada:
πΉ Nurelhelwa
πΉ Raisa
πΉ Aisyah
yang telah berjaya layak ke peringkat seterusnya.
Semoga terus bersemangat dan mengharumkan nama sekolah pada peringkat yang lebih tinggiπ
18/05/2026
PROGRAM INTERVENSI KURIKULUM TAHUN 1 & PELANCARAN PROGRAM CAKNA ILMU DAN KEMAHIRAN πβ¨
π
14 April 2026
Pihak sekolah telah melaksanakan Program Intervensi Kurikulum Tahun 1 serta melancarkan Program Cakna Ilmu dan Kemahiran Tahun 1 sebagai usaha memperkukuh penguasaan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dalam kalangan murid.
Program ini bertujuan membantu murid meningkatkan kefahaman, keyakinan dan kemahiran pembelajaran melalui bimbingan berfokus serta aktiviti yang menarik dan sesuai dengan tahap perkembangan mereka.
Semoga program ini dapat memberi impak positif dalam meningkatkan pencapaian murid dan melahirkan murid yang berdaya saing serta cemerlang.
18/05/2026
CERAMAH KESIHATAN GIGI π¦·β¨
π
13 April 2026
Satu Ceramah Kesihatan Gigi telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga kebersihan mulut dan gigi serta amalan penjagaan kesihatan yang betul.
Melalui ceramah ini, murid dididik tentang cara memberus gigi dengan tepat, pemilihan makanan yang baik untuk gigi serta langkah pencegahan masalah gigi seperti karies dan gusi berdarah.
Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran murid untuk mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatan diri yang lebih baik.
18/05/2026
KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SEKOLAH 2026 ποΈβ¨
π
11 April 2026
Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda Sekolah Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan bagi membentuk barisan pemimpin murid yang berwibawa, berdisiplin serta mampu menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab.
Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan bagi menerapkan nilai kepimpinan, kerjasama, komunikasi berkesan serta semangat berpasukan dalam kalangan pemimpin muda.
Semoga kursus ini menjadi platform terbaik untuk melahirkan pemimpin murid yang berkualiti dan menjadi contoh teladan kepada warga sekolah.
16/05/2026
Selamat Hari Guru buat semua guru SK Convent M Kajang yang hebat lagi cemerlang..
Teamwork makes the dream work.
19/04/2026
ππΆ KEJAYAAN TEAM NASYID SK CEMERLANG DI MAHRAJAN ADNI PERINGKAT ZON BANGI πΆπ
Tahniah diucapkan kepada pasukan nasyid sekolah atas pencapaian cemerlang meraih tempat kelima dalam Mahrajan Adni Sekolah Peringkat Zon Bangi! πβ¨
Persembahan yang penuh penghayatan, disiplin yang tinggi serta semangat berpasukan yang luar biasa telah membuahkan hasil yang membanggakan. Walaupun persaingan sengit, kalian tetap tampil yakin dan memberikan yang terbaik di pentas. πͺπ€
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. ππ€
Teruskan berjuang, teruskan bersinar!