Pra Tahfiz & Transit Khalifah Intelek

Pra Tahfiz & Transit Khalifah Intelek

Share

Jom Daftar di Pra Tahfiz dan Transit Khalifah Intelek sekarang! Untuk kanak-kanak 5 hingga 15 tahun

Photos from Pra Tahfiz & Transit Khalifah Intelek's post 15/06/2026

🌟 Aktiviti Anak-Anak Transit 🌟

Alhamdulillah, setiap hari anak-anak di transit bukan sahaja mengisi masa dengan aktiviti yang menyeronokkan, malah turut belajar nilai-nilai murni (khalifah character)seperti disiplin, kerjasama dan berdikari.

Daripada menyiapkan kerja sekolah, membaca buku, aktiviti kreatif, sehingga solat berjemaah dan bermain bersama rakan-rakan, setiap detik menjadi pengalaman yang bermakna buat mereka.

Melihat senyuman dan semangat anak-anak adalah kebahagiaan terbesar buat kami. Semoga mereka terus membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, berilmu serta berakhlak mulia..Aamiin2

Photos from Pra Tahfiz & Transit Khalifah Intelek's post 21/05/2026

Alhamdulillah, Program Khalifah Hajj 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Sepanjang program ini, anak-anak didedahkan dengan pengalaman simulasi ibadah haji serta penghayatan kisah dan pengajaran di sebalik setiap ibadah yang dilakukan. Melihat kesungguhan dan semangat anak-anak sepanjang program berlangsung merupakan satu kenangan yang amat bermakna buat kami.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diterapkan menjadi asbab dalam membentuk peribadi anak-anak yang soleh, berakhlak mulia dan cintakan agama.

Jutaan terima kasih kepada semua guru serta ibu bapa yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Program Khalifah Hajj 2026 🀍

Photos from Pra Tahfiz & Transit Khalifah Intelek's post 19/05/2026

πŸ“šβœ¨ Read Aloud Session bersama anak-anak Pra Tahfiz setiap hari menjadi waktu yang penuh bermakna dan menyeronokkan. Melalui sesi ini, anak-anak belajar mendengar, memahami cerita, menambah kosa kata serta membina keyakinan diri untuk berkomunikasi.

Selain menghidupkan suasana pembelajaran yang ceria, aktiviti ini juga membantu menyemai minat membaca dan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil. 🌸🀍

15/05/2026

🌷 Selamat Hari Guru 🌷

Terima kasih kepada semua guru yang mendidik dengan penuh kasih sayang, sabar membimbing dan sentiasa percaya pada potensi setiap anak 🀍

Seorang guru bukan sekadar mengajar membaca dan menulis, tetapi turut membentuk keyakinan, emosi dan masa depan anak-anak 🌱

Terima kasih atas setiap penat lelah, doa dan pengorbanan yang mungkin tidak semua orang nampak, tetapi sangat bermakna dalam kehidupan seorang anak.

β€œGuru Bitara, Nadi Negara”
16 Mei 2026 ✨

07/03/2026

π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Ž 𝑡𝒖𝒛𝒖𝒍 𝑨𝒍-𝑸𝒓𝒂𝒏 buat seluruh umat Islam.

Semoga kita semua terus istiqamah dalam membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan kalam Allah ini dalam kehidupan seharian.

Moga keberkatan Al-Quran sentiasa bersama kita dan menjadi cahaya yang membimbing langkah kita di dunia dan akhirat. πŸ€²πŸŒ™

04/03/2026

πŸŒ™ Kasih Ramadan – Khalifah Kindness Project
Tabungan ini adalah hasil usaha anak-anak sendiri bersama sokongan ibu ayah yang menggalakkan mereka untuk belajar bersedekah sejak kecil.

Daripada tabungan kecil inilah, kami berjaya mengumpulkan sebanyak:

✨ RM10,690.50

Jumlah ini merupakan sumbangan daripada anak-anak di semua centre TKI:

β€’ TKI Sg. Dua – RM2,416.65
β€’ TKI Bertam Avenue – RM1,399.90
β€’ TKI Bertam Perdana HQ – RM2,305.85
β€’ TKI Bertam Putra – RM1,471.00
β€’ TKI Tasek Gelugor – RM2,825.10
β€’ Transit PraTahfiz – RM272.00

Tabungan ini akan disumbangkan kepada
πŸ•Œ Masjid Al-Imam As-Syafie, Bandar Putra Bertam

πŸ“Œ Pembahagian sumbangan:
β€’ 50% – Program Ihya’ Ramadan Masjid
β€’ 50% – Pembangunan Masjid

Bagi kami, ini bukan sekadar jumlah wang.
Ini adalah pelajaran tentang empati, sedekah dan kasih sayang kepada masyarakat.

Anak-anak belajar bahawa walaupun sedikit, apabila dikumpulkan bersama, ia boleh memberi manfaat yang besar kepada orang lain.

Terima kasih kepada semua ibu ayah yang sama-sama membimbing anak-anak untuk belajar erti memberi sejak kecil 🀍

πŸŒ™ Sekiranya ibu ayah mempunyai kelapangan masa sepanjang Ramadan, anda juga dialu-alukan untuk datang berbuka puasa di Masjid Al-Imam As-Syafie, Bandar Putra Bertam.

Semoga setiap sumbangan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua.





Photos from Pra Tahfiz & Transit Khalifah Intelek's post 20/02/2026

✨ Anak-anak dididik untuk bersosial melalui pelbagai aktiviti berkump**an yang dijalankan sepanjang waktu cuti sekolah.

Di sini, anak-anak bukan sekadar bermain β€” mereka belajar berkomunikasi, bekerjasama, berkongsi, serta membina keyakinan diri dalam suasana yang positif dan menyeronokkan.

Aktiviti berkump**an membantu:βœ… Merangsang perkembangan sel-sel otak dan daya fokusβœ… Meningkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi sosialβœ… Membina sikap kepimpinan dan keyakinan diriβœ… Melatih semangat kerjasama dan toleransiβœ… Mengajar anak mengawal emosi dan menyelesaikan masalahβœ… Membentuk sahsiah dan perkembangan emosi yang sihat

Inilah pengalaman pembelajaran sebenar yang membantu perkembangan anak secara menyeluruh β€” dari aspek intelek, emosi dan sosial ❀️

Photos from Pra Tahfiz & Transit Khalifah Intelek's post 18/02/2026

✨ Di Transit Khalifah Intelek, bagi sesi PETANG p**a pembentukan sahsiah dan amalan ibadah sentiasa menjadi keutamaan.

Setiap hari, anak-anak akan menunaikan solat terlebih dahulu sebelum bergerak ke kelas KAFA sebagai usaha membiasakan diri dengan amalan solat serta mendidik mereka untuk menjaga solat lima waktu dalam kehidupan seharian.

πŸ•Œ Pada setiap hari Jumaat p**a, anak-anak akan menunaikan solat secara berjemaah bersama-sama bagi memupuk semangat kebersamaan, disiplin dan penghayatan ibadah.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab pembentukan peribadi anak-anak yang soleh dan solehah, insyaAllah 🀍

18/02/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Ramadan Kareem βœ¨πŸŒ™

Ramadan hadir lagi membawa rahmat dan keberkatan 🀍
Malam ini, jangan lupa niat puasa sebelum tidur ya.

Mulakan dengan hati yang tenang,
dengan niat kerana Allah SWT.

Semoga Ramadan kali ini mendidik hati kita dan anak-anak menjadi Khalifah kecil yang lebih sabar dan penyayang πŸŒ™πŸ€

12/02/2026

✨ SESI PAGI PRA TAHFIZ – KHALIFAH INTELEK ✨

Di Transit Khalifah Intelek, setiap pagi anak-anak Pra Tahfiz memulakan hari dengan Solat Sunat Dhuha sebelum kelas bermula 🀲🏻

🌿 Membentuk jiwa tenang & akhlak mulia🌿 Memohon keberkatan dan kemudahan menuntut ilmu🌿 Melatih disiplin serta membina sahsiah diri🌿 Membuka pintu rezeki & rahmat Allah

πŸ’« Didikan berteraskan iman untuk melahirkan generasi soleh, cemerlang dunia & akhirat.

πŸ“Œ Bermula dengan keberkatan, membina Khalifah masa depan.

Want your school to be the top-listed School/college in Kepala Batas?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 1, Lorong Bentara 5, Bertam Perdana Kepala Batas P**au Pinang
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00