SM Sains Kepala Batas

SM Sains Kepala Batas

Share

SMSKB PEA2091 - Kualiti Pemangkin Kecemerlangan

Sekolah Menengah Sains Kepala Batas telah dirasmikan pembukaannya pada 29 Mac 2009 oleh Yang Berbahagia Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5.

11/06/2026

Selamat kembali ke kampung halaman Negeri Kelantan Muallim Shukri. Jangan lupa kami di penang nanti.

11/06/2026

Tahniah Cikgu Abdul Wahab atas perlantikan PK Hem di SM Sains Tuanku Syed Putra, Perlis dan selamat maju jaya dari warga SAKBA.

06/06/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Warga SAKBA dengan penuh rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemain ragbi seramai 7 orang murid sekolah yang telah terpilih mewakili SAKBA dan seterusnya mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan Ragbi MSSM 2026 yang akan berlangsung pada 6 hingga 13 Jun 2026.

Semoga semua pemain yang terpilih akan terus berdisiplin, bersemangat tinggi, serta memberikan aksi terbaik di pentas kebangsaan.

Kami mendoakan agar pasukan ini berjaya membawa pulang kejayaan yang membanggakan sekolah.

PYTHON SAKBA BOLEH! πŸ”₯πŸ’ͺ

SENARAI PEMAIN SAKBA KE MSSM RAGBI 2026

Tingkatan 5

1. AZ IMAN ZAEFRUL BIN AZMILA
2. FARIS DANIAL BIN MOHD FAIZAL
3. MUHAMMAD FARID BIN MOHD ASWAD

Tingkatan 4
4. NIK MUHAMMAD ADNAN BIN NIK POL
5. HAIL AHMAD DARWISY BIN HAIRULNISHYAM
6. MUHAMMAD ALIF SYAHMI BIN AZROUN

Tingkatan 3
7. MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHAMAD ASWAD

Photos from SM Sains Kepala Batas's post 28/05/2026

🌟 SAMBUTAN HARI GURU 2026 🌟
πŸ“š β€œGuru Bitara Nadi Negara”

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru 2026 peringkat SM Sains Kepala Batas telah berlangsung dengan meriah dan penuh makna pada :

πŸ“… Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan Seri Bertam
🎭 Tema: Hobi

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PIBK SAKBA, AJK Kelab Keluarga, semua murid batch Endeavour 2226, guru-guru, AKP, murid-murid serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

✨ Bertemakan hobi, sambutan kali ini telah diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan murid, sukaneka, upacara potong kek serta pelbagai detik indah yang pastinya akan menjadi kenangan buat seluruh warga SAKBA.

Sambutan ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada seluruh warga pendidik SAKBA yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membimbing, mendidik serta membentuk anak-anak SAKBA.

Selepas selesai majlis di Dewan Seri Bertam, turut diadakan Majlis Makan Tengah Hari yang ditaja penuh oleh PIBK SAKBA 2026 serta Majlis Perpisahan di Penang Golf Resort bagi meraikan jasa dan pengorbanan:

🌹 Pn Aznah binti Mohamad (Pembantu Tadbir)
🌹 Pn Ruzaida binti Mustafa (Pembantu Tadbir)

Terima kasih atas segala bakti, dedikasi dan khidmat yang dicurahkan sepanjang berkhidmat. Jasa kalian akan sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah sekolah. ❀️

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.
Terima kasih cikgu! πŸ’





Seni kaligrafi, terapi kesihatan mental pelajar sekolah 21/05/2026

BENGKEL SENI KALIGRAFI ISLAM

Anjuran USM dan Unit Bimbingan Kaunseling, program Bengkel Seni Kaligrafi Islam telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SAKBA) bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang keindahan seni khat serta manfaatnya terhadap emosi dan kesihatan mental pelajar khususnya Batch Stellar.

Melalui program ini, para pelajar dapat meningkatkan fokus, kreativiti dan ketenangan diri di samping menghayati seni warisan Islam dengan lebih mendalam.

Tahniah dan terima kasih kepada USM dan Unit Bimbingan Kaunseling serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini.

https://berita.rtm.gov.my/fokus/perspektif/senarai-berita-fokus/perspektif/senarai-artikel/seni-kaligrafi-terapi-kesihatan-mental-pelajar-sekolah/




Seni kaligrafi, terapi kesihatan mental pelajar sekolah SAUDARA PENGARANG Dalam era moden yang serba pantas, pelajar sekolah semakin terdedah kepada pelbagai tekanan yang kompleks, merangkumi tuntutan akademik, cabaran sosial, serta ketidakstabilan emosi.

Photos from SM Sains Kepala Batas's post 16/05/2026

✨ KEJAYAAN MURID SAKBA ✨

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring SAKBA atas pencapaian cemerlang dalam Pusingan Kelayakan Kejohanan Bola Jaring SBP Zon Pulau Pinang, Kedah, & Perlis pada 15 Mei 2026 bertempat di Amanjaya Sports Arena, Sungai Petani Kedah bawah kelolaan SM Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMADJ).

πŸ† Pasukan SAKBA telah membuktikan semangat juang dan kerjasama yang luar biasa sehingga berjaya meraih gelaran JOHAN.

🌟 Istimewa juga buat murid yang menerima Anugerah Khas:

β€’ Aleysya Nadhira Binti Mohd Nizam – Pemain Terbaik
β€’ Nur Elena Nabila Binti Muhammad Khairul – Penyerang Terbaik

Kejayaan ini menjadi bukti bahawa warga SAKBA sentiasa unggul dalam akademik, kokurikulum, dan sahsiah. Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk melangkah lebih jauh, Together Towards Excellence! πŸ’ͺ

15/05/2026
15/05/2026

🌸 SELAMAT HARI GURU 2026 🌸

16 Mei 2026

β€œGuru Bitara, Nadi Negara”

Marilah kita sama-sama meraihkan dan menghargai jasa semua warga pendidik yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk anak bangsa menjadi insan berjaya. ✨

Jom pakat-pakat wish dan tinggalkan ucapan β€œSelamat Hari Guru” di ruangan komen kepada semua guru dan warga pendidik di seluruh Malaysia khususnya warga pendidik di SAKBA. πŸ’β€οΈ

Terima kasih cikgu… jasa kalian sentiasa dikenang. πŸ“šπŸŽ

:

Photos from SM Sains Kepala Batas's post 07/05/2026

🌟 KEJAYAAN MURID SAKBA 🌟

Tahniah diucapkan kepada pasukan Gamelan Melayu SAKBA atas kejayaan cemerlang meraih ANUGERAH EMAS dalam :

🎢 PERTANDINGAN MUZIK GAMELAN MELAYU SBP PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

πŸ“… 5 – 6 Mei 2026
πŸ“ Yayasan Warisan Johor & Sekolah Tun Fatimah

πŸ… Pencapaian: ANUGERAH EMAS
✨ Berada dalam kelompok Top 8 daripada 44 buah sekolah seluruh Malaysia!

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, disiplin dan usaha gigih para pemain serta guru pembimbing dalam memartabatkan seni warisan budaya Melayu.

Syabas dan tahniah buat seluruh pasukan kerana terus mengharumkan nama SAKBA di pentas kebangsaan! πŸ’™πŸ’›





Photos from SM Sains Kepala Batas's post 07/05/2026

🌟 KEJAYAAN MURID SAKBA 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid SAKBA atas kejayaan meraih GOLD MEDAL dalam pertandingan:

πŸ† INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION AND DESIGN COMPETITION 2026
πŸ“… 27 April 2026
πŸ’» Mod Penyertaan : Online

Senarai murid terlibat:
✨ Muhammad Khairil Shazwan bin Shahrul (5 Barium)
✨ Wan Mirza Muslim bin Wan Shaifulaizam Rizal (5 Barium)
✨ Hadif Harzan bin Mat Yunus (5 Barium)
✨ Muhammad Aidil Najwan bin Asri (5 Titanium)

Kejayaan ini membuktikan bahawa murid SAKBA mampu bersaing dan menyerlah di peringkat antarabangsa melalui kreativiti, inovasi dan semangat kerja berpasukan.

Syabas dan teruskan melakar kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah! πŸ’™πŸ’›





Want your school to be the top-listed School/college in Kepala Batas?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00