17/06/2026
*KELAS ASAS PERSEMBAHAN SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI*
Semua ahli yang baru memasuki peringkat tamat atau ingin mula berjinak dalam demo silat amat digalakkan untuk menyertai kelas ini.
Anda akan diajar teknik asas persembahan silat seperti:
- Teknik jatuhan
- Teknik serangan
- Penggunaan suara
- Jenis-jenis persembahan
- dan lain-lain teknik asas persembahan
Butiran program seperti di bawah:
Tarikh: *27 Jun 2026*
Hari: *Sabtu*
Waktu: *9 pagi - 12 tengah hari*
Lokasi: *Pejabat Korporat Pusaka Hanafi Pulau Pinang*
Syarat Penyertaan:
*Ahli Pusaka Hanafi Pulau Pinang*
*Ahli peringkat tamat*
*Daftar selewatnya 21 Jun 2026*
Isi google form di link diberi untuk penyertaan:
https://forms.gle/duVe66FGmFFw734u8
16/06/2026
Terima kasih kepada seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi UiTM Bertam atas penganjuran program Mahrajan Awal Muharram 1448H โ Pusaka Hanafi Berqasidah.
Tahniah atas komitmen dan usaha yang dicurahkan dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini. Semoga ukhuwah terus terjalin dan syiar Islam terus mekar di bumi Pulau Pinang.
PusakaHanafiUiTMBertam
๐ค Tahniah & syabas!
16/06/2026
Salam Maal Hijrah 1448H / 2026 Masihi
Semoga hadirnya tahun baharu Islam ini membawa sinar harapan dan kekuatan yang baharu dalam setiap langkah kehidupan kita. Maal Hijrah bukan sekadar pertukaran angka pada takwim, tetapi sebuah perjalanan jiwa โ meninggalkan kelemahan, memperbaiki kekurangan, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Mudah-mudahan kita terus dipimpin untuk memperkukuh ukhuwah, memantapkan disiplin, serta menanam azam yang lebih teguh demi menjadi insan yang lebih bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.
โHijrah yang sebenar bukan pada langkah kaki yang berpindah, tetapi pada hati yang berubah menuju kebaikan.โ
Ikhlas daripada,
Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia
Cawangan Pulau Pinang
13/06/2026
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Dengan penuh rasa dukacita dan hiba, kami menerima khabar pemergian Allahyarham Hamdan bin Ahmad (Sir Hamdan) yang telah kembali ke rahmatullah di Tanah Suci Mekah pada hari ini.
Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat handai serta seluruh warga Silat Cekak Pusaka Hanafi, khususnya di negeri Pulau Pinang. Allahyarham dikenali sebagai seorang insan yang sentiasa merendah diri, komited, dan tidak pernah jemu menyumbangkan tenaga serta masa dalam persilatan di negeri ini.
Antara jasa dan sumbangan Allahyarham yang akan sentiasa dikenang ialah:
โข Penggerak utama perkembangan dan pergerakan Silat Cekak Pusaka Hanafi di SMK(A) Al-Irsyad.
โข Sentiasa hadir dan memainkan peranan penting dalam menjayakan pelbagai aktiviti persatuan serta program persilatan di peringkat negeri dan kebangsaan.
โข Terlibat sebagai ahli persembahan silat dalam pelbagai program promosi dan kempen pengambilan ahli baharu, memperkenalkan keindahan serta keaslian Silat Cekak Pusaka Hanafi kepada masyarakat.
โข Menyumbang khidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Kejohanan Wajadiri Kebangsaan Silat Cekak Pusaka Hanafi 2017 di Pulau Pinang, memastikan kejohanan berlangsung dengan jayanya.
Pemergian di Tanah Suci Mekah adalah satu kemuliaan yang diimpikan oleh ramai umat Islam. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah beliau, mengampunkan segala dosa dan kesalahannya, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan para solihin dan para syuhada.
Doa buat Allahyarham
ุงููููููู
ูู ุงุบูููุฑู ูููู ููุงุฑูุญูู
ููู ููุนูุงูููู ููุงุนููู ุนูููููุ ููุฃูููุฑูู
ู ููุฒูููููุ ููููุณููุนู ู
ูุฏูุฎูููููุ ููุงุฌูุนููู ููุจูุฑููู ุฑูููุถูุฉู ู
ููู ุฑูููุงุถู ุงููุฌููููุฉู.
"Ya Allah, ampunilah beliau, rahmatilah beliau, sejahterakanlah beliau, maafkanlah segala kesalahannya, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkanlah kuburnya dan jadikanlah kuburnya sebagai salah satu taman daripada taman-taman syurga."
Al-Fatihah buat Allahyarham Hamdan bin Ahmad (Sir Hamdan).
Jasamu dikenang, baktimu disanjung, pemergianmu diratapi. Semoga Allah SWT mengurniakan syurga tertinggi buatmu dan menghimpunkanmu bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
*Gambar : Sir Hamdan membacakan Doa Pembukaan semasa Majlis Perasmian Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Kebangsaan pada 11 Mac 2017 di Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang.
13/06/2026
Assalamualaikum wbt
Salam Satu Suara Satu Hati
Salam Malaysia Madani
Salam Pusaka Hanafi Di Hatiku
Terima kasih kepada pihak penganjur atas peluang yang diberikan kepada Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Pulau Pinang untuk menjayakan demonstrasi silat sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2026. ๐ญ
Warisan dipelihara. Jati diri diperkasa.
warisanbangsamelayu
12/06/2026
NANTIKAN!
Persembahan istimewa Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Cawangan Pulau Pinang sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia.
๐
13 Jun 2026
๐ Kolej Tingkatan 6 Desa Murni, Sungai Dua
HariTanpaTembakauSedunia
09/06/2026
๐ฟ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐!
๐ญ ๐๐ข ๐๐๐๐๐ฅ๐ข๐ค ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ง: ๐๐๐ง๐๐ง๐ ๐๐ง๐ข ๐๐๐ญ๐๐ ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐ข๐ค๐จ๐ญ๐ข๐ง & ๐๐๐ฆ๐๐๐ค๐๐ฎ
Ayuh bersama-sama memeriahkan ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ค๐๐ฎ ๐๐๐๐ฎ๐ง๐ข๐ ๐๐๐๐ sempena ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ก ๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐ข๐ก๐๐ญ (๐๐๐๐) Peringkat Negeri Pulau Pinang yang sarat dengan pelbagai aktiviti kesihatan, saringan percuma, pameran interaktif dan pertandingan menarik!
๐
๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ญ๐ฎ)
โฐ ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐ข โ ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐
๐ ๐๐จ๐ฅ๐๐ฃ ๐๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐ซ๐ง๐ข, ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ฎ ๐๐ข๐ง๐๐ง๐
โจ ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ข ๐๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ญ๐ข ๐๐ง๐๐:
โ
Forum: ๐๐จ๐ง๐ ๐ค๐๐ซ ๐๐๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ง โ ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐จ๐ค๐จ๐ค & ๐๐๐ฉ๐
โ
๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง & ๐๐๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐ฆ๐
โ
๐๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐๐๐ซ๐ก๐๐ง๐ญ๐ข ๐๐๐ซ๐จ๐ค๐จ๐ค & ๐๐๐ญ๐๐ ๐ข๐ก๐๐ง
โ
๐๐๐ง๐๐ฆ๐ซ๐จ๐๐ข๐ค, ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก & ๐๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐๐๐ซ๐ ๐๐ฌ๐๐ง
โ
๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง & ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ข ๐๐ ๐๐ง๐ฌ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง/๐๐ฐ๐๐ฌ๐ญ๐
โ
๐๐ ๐-๐๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ & ๐๐จ๐ง ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐๐ค๐ญ๐ข๐
โ
๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐ง ๐๐ข๐ง๐๐ ๐๐ข๐ก๐๐ญ & ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ฅ
โ
๐๐๐ฅ๐ฅ๐ง๐๐ฌ๐ฌ ๐ข๐ง ๐๐ก๐๐๐ฅ๐ฌ (๐๐จ๐)
โ
๐๐ฎ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ง๐๐ง & ๐๐ข๐ง๐ฎ๐ฆ๐๐ง
โ
๐๐๐๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐ฎ๐๐ก & ๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐ง๐๐ซ๐ข๐ค
๐ Dan pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda!
๐ ๐-๐๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ซ๐ญ๐๐๐ง disediakan kepada semua.
๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ก๐๐๐ข๐ซ ๐ฅ๐๐ฒ๐๐ค ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐ฆ๐๐ซ๐ค๐๐ก ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐ง๐๐ ๐๐ซ๐ข.
Ayuh kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang bahaya tembakau dan v**e serta membina komuniti yang lebih sihat dan bebas ketagihan.
๐ข ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐๐ข๐ฃ๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐ก๐๐๐ข๐ซ!
Bawa keluarga, rakan-rakan dan komuniti setempat untuk sama-sama menikmati pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat.
06/06/2026
KAMI PILIH PUSAKA HANAFI๐ฅ
World Record Holder โ The Largest Silat Lesson
PUSAKA HANAFI PULAU PINANG
Seni silat merupakan khazanah bangsa Melayu yang telah dipopularkan sejak zaman dahulu lagi. Ia bukan sekadar satu seni membela diri, malah menjadi simbol ketabahan , keberanian, disiplin, serta jati diri masyarakat Melayu. Dalam arus kemodenan masa kini, tanggungjawab memelihara dan meneruskan warisan yang tidak ternilai ini terletak di bahu generasi masa kini agar ia terus kekal hidup dan dihormati oleh dunia.
Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi bukan hanya bertujuan mempelajari teknik mempertahankan diri, bahkan mampu membentuk individu yang berdisiplin, berkeyakinan tinggi, menghormati orang lain serta mempunyai semangat persaudaraan yang utuh. Nilai-nilai murni yang diterapkan menjadikan silat sebagai satu wadah pendidikan yang lengkap dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi fizikal, mental dan rohani.
Ingin sertai kami ? Dm untuk makluman lanjut !
01/06/2026
Menjunjung kasih, merafak sembah penuh takzim.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan dalam memayungi rakyat serta memartabatkan negara tercinta.
Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.
Ikhlas daripada
Yang Dipertua,
Barisan Ahli Majlis Eksekutif Negeri
serta seluruh warga Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Pulau Pinang.