23/05/2026
Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Haq- MTANH
Madrasah yang menawarkan sistem Hafazan dan melahirkan generasi Al-Quran berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. MISI :
1. AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DI JUNJUNG
2.
Di samping,membentuk peribadi pelajar yang sentiasa menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah. MENJADIAKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI SUMBER PANDUAN HIDUP
3. AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI JAMINAN UNTUK KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
4. MENIMBULKAN KESEDARAN TERHADAP HAKIKAT PENCIPTAAN MANUSIA
23/05/2026
19/05/2026
19/05/2026
[KEM SIMULASI HAJI '26 & SAMBUTAN HARI GURU]
17 Mei 2026,Ahad- Alhamdulillah telahpun selesai Kem Simulasi Haji dan Sambutan Hari Guru yang telah diadakan di Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Haq dengan kerjasama Al Balad Travel Southern Region
Suasana syahdu dan penuh semangat mengiringi pelajar-pelajar maahad dengan berpakaian ihram serba putih, jemaah simulasi haji ini diajar merasai pengalaman ibadah haji yang sebenar:
✅ Niat & Wukuf
✅ Mabit di Muzdalifah
✅ Bermalam di Mina
✅ Melontar Jamrah
✅ Tawaf mengelilingi Kaabah
✅ Sa'i & Bergunting (Tahallul)
Dengan tema 'Langkah Pertama Menuju Baitullah' ini meletakkan objektif utamanya bagi memberikan pendedahan awal berkaitan manasik haji serta memberikan semangat dan keazaman kepada pelajar akan tuntutan melaksanakan ibadah haji ini.
Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pembimbing simulasi, Ustaz Mohd Fadhil Bin Mohd Hasbi Tan serta seluruh barisan mutawif Al Balad Travel & Tours - Southern Region atas komitmen dan konsisten membantu dan menyediakan seluruh kelengkapan sehingga selesai program.
Semoga pelajar-pelajar dapat mengambil manfaat atas ilmu yang diberikan serta didoakan pelajar-pelajar diberi peluang menjadi tetamu Allah serta dikurniakan haji yang mabrur suatu hari nanti.
Majlis ini diteruskan lagi dengan sambutan hari guru bagi meraikan jasa dan pengorbanan asatizah yang tidak jemu menjaga dan mendidik anak-anak maahad. Majlis diisi dengan aktiviti
'My Masterchef' diantara pelajar dan guru-guru dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada barisan asatizah maahad.
Semoga dengan adanya program sebegini,dapat memberi manfaat dan pengalaman yang bermakna buat para pelajar dalam membawa tuntutan syariat.
"Al Quran dan As Sunnah Dijunjung"
05/05/2026
[MAJLIS KUNJUNG HORMAT]
21 April 2026,Selasa - Pihak Maahad telah menerima kunjungan daripada Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM Johor) bersama beberapa delegasi dan Pengaran YADIM Johor bagi sesi kunjung hormat dan ziarah ke seluruh kawasan sekitar Maahad.
Pihak kami merakamkan jutaan terima kasih atas kehadiran dan pekongsian serta cadangan bagi membina hubungan dalam meneruskan kelangsungan institusi tahfiz sebegini. Pastinya dalam membina institusi ini memerlukan sokongan dan dokongan dari seluruh pihak agar lebih cemerlang dan maju membina jati diri generasi huffaz.
Semoga dengan hubungan yang terjalin ini membuka peluang yang lebih baik buat pelajar-pelajar tahfiz pada masa hadapan seiring dengan saranan Al Quran dan As Sunnah.
"Al Quran dan As Sunnah Dijunjung"
05/05/2026
[LENSA | EID'26 (SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1447H]
Alhamdulillah pada bulan April beberapa program yang dapat dilaksanakan meraikan bulan Syawal serta memenuhi beberapa undangan dari[ada pihak luar.
Antara program yang dapat diadakan seperti EID'26 (Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447H)dengan kerjasama Kumpulan Suri T6 dan Kumpulan Mengaji,Majlis Sumbangan Aidilfitri anjuran YAPEIM dan Majlis Rumah Terbuka Felda Kahang Barat.
Program EID'26 merupakan program tahunan yang dapat dijayakan dengan alunan marhaban dan selawat,tausiyah dan persembahan pentomen serta diserikan dengan halwa telinga dendangan lagu raya yang dipersembahkan oleh anak-anak pelajar .
Program yang diadakan ini tidak lain adalah bagi menanam erti syukur dan gembira dalam kita meraikan bulan syawal yang mulia ini dengan berazam agar dapat terus beristiqomah dan berlitizam dalam menambahkan amalan sepertimana di bulan Ramadhan.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja Program EID'25 dan pihak-pihak yang menjemput pelajar meraikan bulan ini bersama-sama seperti pihak YAPEIM,Warga Felda Kahang Barat dan Kumpulan Suri T6 (Kumpulan Mengaji). Siiru ala barakatillah.
"Al-Quran & As-Sunnah Dijunjung"
04/03/2026
[MAJLIS HAFLATUL TAKHRIJ | MAJLIS GRADUASI & KECEMERLANGAN '24/25]
14 Februari 2026 - telahpun berlangsung Majlis Haflatu Takhrij (Majlis Graduasi & Kecemerlangan '24/25) bagi meraikan 12 orang pelajar banin dan 3 pelajar banat yang telah berjaya menamatkan khatam hafazan 30 Juzuk serta meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dari sudut hafazannya.
Yang Berusaha Al Fadhil Ustaz Ahmad Faisal Bin Osman,Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kluang yang merupakan perasmi pada majlis ini telah menyampaikan di dalam ucapannya agar mengambil taujihat dari Imam Asy Syafie tentang usaha dan jalan menuntut ilmu antaranya : الذكاء: Kecerdasan, الحرس (fokus),الاجتهاد (kesungguhan),بلغة (membelanjakan dalam jalan menuntu ilmu),صحبة أستاذ (menuntut dengan guru) dan طول الزمان (menuntut masa yang lama).
Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Haq mengucapkan jutaan tahniah atas kejayaan pelajar-pelajar juga ibu bapa dalam usaha mereka menamatkan khatam hafazan 30 Juzuk ini. Pastinya di sebalik perit dan sedih dalam laluan ini membuahkan hasil yang disemai sebagai bekalan kehidupan di dunia juga saham di akhirat. Semoga kejayaan ini menjadi satu asbab bagi pelajar-pelajar serta ahli keluarganya mendapat keberkatan dan perlindungan Allah swt. Didoakan juga buat pelajar-pelajar lain turut mendapat inspirasi dalam meneruskan perjuangan sebagai ahlul quran sehingga selesai.
"Al-Quran & As-Sunnah Dijunjung"
[SUMBANGAN TAJDID MALAYSIA]
28 Februari 2026-Alhamdulillah kami telahpun menerima kehadiran sebuah NGO daripada Tajdid Malaysia bagi menerima sumbangan khususan buat anak-anak pelajar Maahad.
Antara bantuan yang kami terima seperti stok makanan kering,serbuk minuman, kuih-muih iftar dan permainan Islamik. Semoga dengan jalin erat ini mengukuhkan lagi tali silaturrahim serta didoakan buat para penyumbang agar sentiasa dilimpahi dengan kebaikan di dunia mahupun akhirat.
"Al-Quran & As-Sunnah Dijunjung"
Salam Ramadhan Al Mubarak
Tulus ikhlas daripada Mudir Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Haq
18/02/2026
[MARHABAN YA RAMADHAN 1447H]
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!
Semoga bulan mulia ini menjadi madrasah tarbiah untuk meningkatkan ketakwaan,meraih keredaan Allah SWT dan memperbaiki diri. Ayuh manfaatkan setiap detik dengan amal soleh, tadarus, dan doa serta menjaga kesihatan dan kelapangan masa untuk beribadah dengan penuh kesungguhan.
Mari amalkan doa memasuki bulan Ramadhan,semoga segala amalan diterima Allah swt.
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu)
"Al-Quran & As-Sunnah Dijunjung"
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Lot Ptd 65102, Kg Sahabat Jalan Felda Kahang Barat
Kluang
86000
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 16:30 |
| Tuesday | 08:30 - 16:30 |
| Wednesday | 08:30 - 16:30 |
| Thursday | 08:30 - 16:30 |
| Sunday | 08:30 - 16:30 |