25/06/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
24-25 Jun 2026 : Minggu Transformasi Siswa (MTS) telah berlangsung dengan jayanya bagi menyambut kehadiran pelajar-pelajar baharu ke keluarga besar Kolej Komuniti Kluang.
Program yang berperanan sebagai minggu orientasi ini bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran kolej, memahami budaya pembelajaran serta membina keyakinan diri sebelum memulakan sesi pengajian.
Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah mengikuti pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat seperti:
๐ Taklimat berkaitan hal ehwal akademik dan pelajar
๐ Pengenalan kepada peraturan kolej, peperiksaan, keusahawanan dan maklumat berkaitan program yg dipelajari
๐ Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi memupuk kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan
๐ Aktiviti sukaneka yang menceriakan suasana serta mengeratkan hubungan sesama pelajar
Diharapkan program ini dapat menjadi platform terbaik untuk para pelajar baharu membina semangat, jati diri dan persahabatan yang kukuh sepanjang tempoh pengajian mereka.
โจ Selamat datang dan selamat memulakan perjalanan sebagai warga Kolej Komuniti Kluang. Semoga terus cemerlang dalam akademik dan sahsiah!
24/06/2026
๐ HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI I 2026/2027 & TAKLIMAT IBU BAPA BERSAMA PENGARAH KOLEJ KOMUNITI KLUANG ๐
23 Jun 2026 : Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I 2026/2027 telah berlangsung dengan meriah di Perpustakaan Kolej Komuniti Kluang.
Pelbagai urusan pendaftaran telah dilaksanakan bagi memastikan kemasukan pelajar baharu berjalan dengan teratur dan sempurna. Kehadiran para ibu bapa serta penjaga turut memeriahkan suasana dan menjadi bukti sokongan padu terhadap perjalanan pendidikan anak-anak.
Turut diadakan sesi Taklimat Ibu Bapa Bersama Pengarah Kolej Komuniti Kluang yang bertujuan memberikan penerangan mengenai hala tuju kolej, program pengajian, kemudahan yang disediakan serta peranan ibu bapa dalam menyokong kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar sepanjang tempoh pengajian.
Pihak kolej merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga, pelajar baharu serta warga kerja yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
๐ Selamat datang kepada semua pelajar baharu ke keluarga besar Kolej Komuniti Kluang. Semoga perjalanan pembelajaran anda di sini menjadi pengalaman yang bermakna dan cemerlang.
24/06/2026
Kolej Komuniti Kluang mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menyertai Sebutharga Membekal, Memasang, Menghantar, Mengujiguna dan Mentauliah Peralatan Akademik Unit Terapi Kecantikan di Kolej Komuniti Kluang.
Tarikh Mula Tawaran : 24.06.2026
Taklimat & Lawatan Tapak : 29.06.2026 (11.00 pagi) di Dewan Kuliah Kolej Komuniti Kluang
Tarikh Tutup : 06.07.2026
24/06/2026
Kolej Komuniti Simpang Renggam mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menyertai Sebutharga Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujiguna dan Mentauliah Peralatan PDP di Kolej Komuniti Simpang Renggam.
Tarikh Mula Tawaran : 24.06.2026
Taklimat & Lawatan Tapak : 29.06.2026 (11.00 pagi) di Kolej Komuniti Simpang Renggam
Tarikh Tutup : 06.07.2026
20/06/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
20 Jun 2026 : Kolej Komuniti Kluang telah berpeluang menyertai pameran sempena Program Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Mahkota 2026 yang berlangsung di Jalan Persiaran Dato' Haji Ismail Hassan, Kluang.
Sepanjang program berlangsung, reruai Kolej Komuniti Kluang telah menerima kunjungan daripada masyarakat setempat yang berminat untuk mendapatkan maklumat berkaitan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang TVET dan program-program yang ditawarkan.
๐ก Antara aktiviti yang dijalankan:
โ
Pameran dan promosi program pengajian
โ
Hebahan pengambilan pelajar baharu
โ
Khidmat nasihat pendidikan dan kerjaya
โ
Perkongsian peluang pembelajaran sepanjang hayat
Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah ke reruai Kolej Komuniti Kluang serta pihak penganjur atas peluang dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini dapat membantu lebih ramai masyarakat mengenali peranan Kolej Komuniti serta membuka lebih banyak peluang pendidikan dan kemahiran kepada generasi masa depan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kemasukan ke Kolej Komuniti Kluang, boleh berhubung terus dengan Pegawai Pengambilan wasap.my/60137699023/kemasukanKKKJ
17/06/2026
๐ TAHNIAH & SYABAS! ๐
Warga Kolej Komuniti Kluang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nur Zulaikha binti Amin dan Nur Fatin Asima binti Azizi, pelajar Program Sijil Terapi Kecantikan dan Spa, atas penyertaan cemerlang dalam kategori Aqua Fantasy, SFX Makeup sempena Malaysia International Vocational Awards (MIVA) 2026 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 15 Jun 2026.
โจ Pencapaian Membanggakan
Nur Zulaikha binti Amin โ Top 3
Nur Fatin Asima binti Azizi
Penyertaan dalam pertandingan berprestij ini membuktikan keberanian, kreativiti, kemahiran serta profesionalisme pelajar dalam bidang terapi kecantikan dan spa. Kejayaan meraih kedudukan Top 3 merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti usaha gigih serta dedikasi yang ditunjukkan sepanjang persediaan dan pertandingan.
Bagi yang belum berjaya meraih kemenangan, ketahuilah bahawa setiap pengalaman adalah satu langkah ke hadapan dalam membina kemahiran dan keyakinan diri. Teruskan berusaha, kerana kejayaan sebenar lahir daripada kesungguhan untuk terus belajar dan berkembang.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kolej untuk terus mengejar kecemerlangan dan mengharumkan nama institusi pada masa hadapan.
Syabas dan semoga terus melakar lebih banyak kejayaan! ๐นโจ
17/06/2026
๐ฏ TAHNIAH & TERIMA KASIH
Alhamdulillah, penyertaan Pasukan Dart Kolej Komuniti Kluang Johor (KKKJ) dalam Ledang Community College Dart Tournament 2026 yang telah berlangsung pada 15 hingga 16 Jun 2026 di Kolej Komuniti Ledang telah berjaya disempurnakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah mewakili KKKJ dengan penuh komitmen, semangat kesukanan dan dedikasi sepanjang kejohanan berlangsung. Kehadiran serta penglibatan semua peserta telah mencerminkan imej positif dan profesionalisme warga Kolej Komuniti ๐ช๐ฏ
๐ Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kolej Komuniti Ledang selaku penganjur atas penganjuran kejohanan yang tersusun, meriah dan berjaya menghimpunkan warga Kolej Komuniti dan Politeknik yang terlibat dalam suasana persaingan yang sihat serta penuh ukhwah.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan dan memperkukuhkan jaringan kerjasama antara institusi.
Tahniah kepada semua peserta dan syabas kepada pihak penganjur atas kejayaan program ini. ๐โจ
๐ฏ๐
15/06/2026
๐ข HEBAHAN: SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN LALUAN ASIMILASI SESI I 2026/2027
Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar Sijil Kolej Komuniti yang telah membuat permohonan ke program diploma melalui permohonan ke Laluan Asimilasi bagi Sesi I 2026/2027.
โ
Semakan keputusan boleh dibuat pada:
๐
15 Jun 2026 (Isnin)
๐ Mulai jam 5.00 petang
๐ Layari pautan berikut untuk membuat semakan:
https://ambilan.mypolycc.edu.my/semakantawaran/polycc/index.asp
Jangan lepaskan peluang untuk melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi dan terus membina masa depan yang cemerlang bersama Politeknik dan Kolej Komuniti.
13/06/2026
Kolej Komuniti Kluang mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menyertai Sebutharga Membekal, Menghantar, Memasang, Mengujilari, dan Mentauliah Penggantian CCTV, Access Door, dan PABX serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kolej Komuniti Kluang.
Tarikh Mula Tawaran : 13.06.2026
Taklimat & Lawatan Tapak : 16.06.2026 (10.00 pagi) di Kolej Komuniti Kluang
Tarikh Tutup : 23.06.2026
13/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
12 Jun 2026 : Kolej Komuniti Kluang telah mengadakan lawatan ke Pejabat Parlimen Kluang bagi urusan penerimaan sumbangan daripada Ahli Parlimen Kluang, YB Wong Shu Qi, kepada Kolej Komuniti Kluang.
Wakil Kolej Komuniti Kluang diketuai oleh Pn. Norhidayah binti Md Saleh (Timbalan Pengarah), bersama Pn. Shaheela binti Abu Bakar (Pegawai Perhubungan Awam), Pn. Farah Diana binti Isa (Ketua Program Kecantikan & Spa) serta Pn. Siti Nur Adzliyana binti Azahari (Pensyarah Program Kecantikan & Spa).
Lawatan ini bertujuan untuk menguruskan penerimaan sumbangan yang disalurkan oleh YB Wong Shu Qi sebagai tanda sokongan terhadap usaha Kolej Komuniti Kluang dalam memperkasakan pendidikan dan pembangunan kemahiran komuniti setempat.
Selain urusan penerimaan sumbangan, Pn. Norhidayah binti Md Salleh turut menyampaikan cenderahati berupa produk hasil tangan pensyarah dan pelajar Program Kecantikan & Spa Kolej Komuniti Kluang sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan kepada pihak Pejabat Parlimen Kluang. Produk tersebut mencerminkan kreativiti, kemahiran serta kualiti hasil kerja warga Program Kecantikan & Spa dalam melahirkan graduan TVET yang berdaya saing.
Pihak Kolej Komuniti Kluang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Wong Shu Qi atas sumbangan serta komitmen yang diberikan. Diharapkan jalinan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak akan terus diperkukuhkan demi manfaat pelajar dan komuniti setempat.