Maahad Muhammadi Perempuan

Maahad Muhammadi Perempuan

Share

This is the official Facebook Fanpage of Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu.

Photos from Maahad Muhammadi Perempuan's post 20/06/2026

[18/06/2026]
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

18 Jun 2026, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-24 telah berlangsung di Dewan Asma’, Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) dengan lancar dan teratur.

Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran mengikut tingkatan bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai pembuka acara.

Seterusnya, majlis diserikan dengan ucapan Y.Brs. Tuan Mudir MMP serta ucapan perasmian oleh Y.Brs. Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Dalam ucapan tersebut, beliau menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara pihak sekolah, ibu bapa dan guru dalam memperkukuh kecemerlangan pelajar.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2025 bagi kategori STAM, SPM dan SMU, serta anugerah pelajar terbaik mengikut tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sebagai tanda penghargaan atas pencapaian mereka.

Mesyuarat Agung PIBG kemudiannya berlangsung dengan penuh tertib dan mencapai objektif dalam memperkukuh hubungan serta jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di astaka MMP dalam suasana mesra dan harmoni, sekali gus menyemai harapan agar hubungan erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuh pada masa akan datang.

🪐 Dapatkan link telegram galeri mmp di bio .yik

17/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.

Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk memperbaiki diri, memperbanyak amal, dan mendekatkan hati kepada Allah SWT. Semoga setiap langkah kita dipenuhi keberkatan, ketenangan, dan rahmat-Nya.

17/06/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 & MAJLIS KESYUKURAN PERDANA MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan segala hormatnya, seluruh ibu bapa dan penjaga dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-24 serta Majlis Kesyukuran Perdana Maahad Muhammadi Perempuan.

📅 18 Jun 2026 (Khamis)
🕘 9.00 pagi

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai dalam memperkukuhkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa demi kecemerlangan anak-anak serta keberkatan seluruh warga sekolah.

Sekian, terima kasih.

Photos from Maahad Muhammadi Perempuan's post 16/06/2026

[14/06/2026]
SAMBUTAN HARI GURU 2026

14 Jun 2026 – Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah menganjurkan Sambutan Hari Guru 2026 yang bertemakan “Kalau Aku Bukan Guru”. Sambutan yang dinanti-nantikan setiap tahun ini berjaya menghimpunkan seluruh warga sekolah dalam suasana yang meriah dan penuh penghargaan terhadap jasa para pendidik.

Seawal pagi, pelbagai acara sukaneka telah diadakan khusus untuk para guru. Gelak tawa dan sorakan warga sekolah mengiringi setiap pertandingan seperti tangkap belut, baling belon menggunakan kain, boling kelapa dan radio buruk. Keunikan acara tersebut bukan sahaja menceriakan sambutan, malah mengeratkan hubungan mesra antara guru dan pelajar.
Kemuncak majlis dimulakan dengan gimik perasmian yang menyaksikan perarakan para guru ke pentas dengan pelbagai gaya dan penampilan yang menarik. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan wakil pelajar, wakil guru serta ucapan perasmian oleh pengetua yang menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan insan bergelar guru dalam mendidik anak bangsa.
Sambutan hari guru kali ini turut diserikan dengan pelbagai persembahan istimewa seperti persembahan Kalam Jamaie, nasyid pelajar dan persembahan khas daripada guru-guru lelaki yang berjaya menghiburkan para hadirin. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada warga sekolah.

Majlis melabuhkan tirai dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang sukaneka, anugerah guru pilihan berdasarkan undian pelajar serta anugerah pakaian guru paling menarik. Sambutan yang berlangsung dengan penuh kemeriahan ini bukan sahaja menjadi medan menghargai jasa guru, malah mencipta kenangan indah yang akan terus terpahat dalam ingatan seluruh warga sekolah.

“GURU BITARA, NADI NEGARA”

🪐 Dapatkan link telegram Galeri MMP di bio .yik .

Photos from Maahad Muhammadi Perempuan's post 16/06/2026

🚒 LATIHAN KEBAKARAN 2026 🚒

Dianjurkan oleh unit Hem Maahad Muhammadi Perempuan
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga Maahad Muhammadi Perempuan atas kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan latihan kebakaran.
Latihan ini bertujuan memupuk kesedaran, disiplin serta meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.
Keselamatan bermula dengan ilmu dan tindakan yang betul.

Photos from Maahad Muhammadi Perempuan's post 14/06/2026

[10/6/2026] OPS BUKU TEKS & PENILAIAN KECERIAAN KELAS

Aktiviti yang telah dijalankan pada pukul 11.00 pagi iaitu Penilaian Keceriaan Kelas manakala pada pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang telah berlangsungnya Ops Buku Teks.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang penjagaan buku teks serta mewujudkan persekitaran kelas yang bersih, ceria dan kondusif untuk pembelajaran.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

🪐 Dapatkan link telegram Galeri MMP di bio .yik

Photos from Maahad Muhammadi Perempuan's post 13/06/2026

[10/6/2026] KURSUS PEDAGOGI

Kursus Pedagogi ini telah dijalankan di Dewan Asma' pada pukul 8 hingga 9 pagi. Kursus ini juga dijalankan bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dengan sebaiknya demi melahirkan pendidik yang lebih berkualiti dan berkesan.

🪐 Dapatkan link telegram Galeri MMP di bio .yik

Photos from Maahad Muhammadi Perempuan's post 10/06/2026

[8/6/2026]
CERAMAH PALESTINE

Maahad Muhammadi Perempuan telah mengadakan Ceramah Palestine yang bermula seawal jam 8.00 pagi di medan thobur.

Dapatkan link telegram Galeri MMP di bio .yik

Photos from Maahad Muhammadi Perempuan's post 09/06/2026

[8/6/2026] HALA TUJU PENDIDIKAN SELEPAS MENENGAH RENDAH

Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) telah menganjurkan satu ceramah bertajuk “Hala Tuju Pendidikan Selepas Menengah Rendah” yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya (UBKK) dan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran kepada para murid dari pukul 12.00 tengah hari hingga 1.30 petang. Ceramah ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang pelbagai pilihan pendidikan dan hala tuju selepas tamat menengah rendah. Program tersebut berlangsung dengan lancar serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Diharapkan ceramah ini dapat memberi manfaat kepada para murid.

Dapatkan link telegram Galeri MMP di bio .yik

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Jalan Merbau, Off Jalan Maahad
Kota Bharu
15300

Opening Hours

Monday 07:45 - 14:00
Tuesday 07:45 - 14:00
Wednesday 07:45 - 14:00
Thursday 07:45 - 14:00
Sunday 07:45 - 14:00