Maahad Muhammadi Lelaki (MML)

Maahad Muhammadi Lelaki (MML)

Share

Page Rasmi Maahad Muhammadi Lelaki,Kota Bharu,Kelantan. Maahad Kawalan dibawah Yayasan Islam Kelantan. Ditubuhkan pada 1 April 1937M.

Menggunakan Silibus Buuth Al Azhar dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Page ini diselia oleh Unit IT & Badan Redaksi. Maahad Muhammadi Lelaki [MML] merupakan sebuah sekolah menengah agama arab terkemuka di Kelantan yang kini terletak di jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah ini kini berada di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan yang berpusat di Nilam Puri. Selama sekolah ini ditu

Photos from Maahad Muhammadi Lelaki (MML)'s post 24/06/2026

22.6.2026 | Dewan Al-Muhammadi, MML

:- MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SPM & STAM 2026 serta PERJUMPAAN IBU BAPA PELAJAR BERSAMA PENGETUA KALI PERTAMA

Majlis ini menjadi platform penting untuk ibu bapa, pelajar dan pihak sekolah berkongsi maklumat, menilai prestasi semasa serta merancang langkah yang lebih berkesan ke arah kecemerlangan akademik khususnya untuk peperiksaan SPM dan STAM 2026.

Majlis ini turut diisi dengan Ceramah Motivasi oleh Prof. Dr. Huzili Hussin merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Universiti Malaysia Kelantan serta Profesor Psikologi Kaunseling dengan kepakaran dalam Cognitive Behavioural Therapy (CBT) yang telah menyuntik semangat baharu kepada para pelajar agar terus berusaha dengan lebih gigih, berdisiplin dalam pembelajaran, bijak mengurus masa serta sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah SWT dalam setiap usaha.

Semoga keputusan yang diterima menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha, memperbaiki kelemahan dan melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada peperiksaan sebenar nanti.

β€œMAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

Photos from Maahad Muhammadi Lelaki (MML)'s post 23/06/2026

22.6.2026 | Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong

:- Pertandingan Kawad Kaki (Lelaki) MASSAK YIK 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Kor Kadet Polis Maahad Muhammadi Lelaki atas kejayaan cemerlang merangkul πŸ₯‡ Johan Pertandingan Kawad Kaki (Lelaki) MASSAK YIK 2026 serta dinobatkan sebagai penerima πŸ… Anugerah Ketua Platun Terbaik.

Kejayaan ini adalah hasil daripada disiplin yang tinggi, latihan yang konsisten, semangat berpasukan yang utuh serta komitmen para kadet, jurulatih dan guru pembimbing yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan dan mengharumkan nama Maahad Muhammadi Lelaki di peringkat yang lebih tinggi.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan doa sepanjang perjalanan pasukan ini.

β€œMAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

22/06/2026

Alhamdulillah..

Tahniah kepada Pasukan Kor Kadet Polis MML kerana telah berjaya merangkul π‰πŽπ‡π€π ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŠπ€π–π€πƒ πŠπ€πŠπˆ (π‹π„π‹π€πŠπˆ) πŒπ€π’π’π€πŠ 𝐘𝐈𝐊 πŸπŸŽπŸπŸ” dan memenangi 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐋𝐀𝐓𝐔𝐍 π“π„π‘ππ€πˆπŠ..

β€œMAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

22/06/2026

[LIVE] PERTANDINGAN KAWAD KAKI (LELAKI) MASSAK YIK 2026

Pasukan Kor Kadet Polis mewakili Maahad Muhammadi Lelaki.
Doakan kejayaan pasukan MML.

β€œMAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

Photos from Maahad Muhammadi Lelaki (MML)'s post 21/06/2026

15.6.2026 | Maahad Muhammadi Lelaki

:- Lawatan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

Alhamdulillah, Maahad Muhammadi Lelaki berbesar hati menerima lawatan daripada wakil Majlis Sukan Wilayah Persekutuan yang antaranya juga merupakan Alumni Maahad Muhammadi yang hadir menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada pihak sekolah.

Sumbangan yang merangkumi bola tampar, bola sepak, bet ping pong serta peralatan sukan lain ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkasakan pembangunan sukan di sekolah serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan para atlet MML.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

β€œMAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

Photos from Maahad Muhammadi Lelaki (MML)'s post 19/06/2026

𝑰𝑡𝑭𝑨𝑸 𝑱𝑼𝑴𝑨𝑨𝑻

Ilmu mereka, pahala kita.Ayuh bersama menyumbang untuk pembangunan sekolah dan pendidikan anak-anak

"Sedikit Sumbangan, Besar Harapan, Sekolah Terbina, Ummah Terpelihara"

"Maahad Muhammadi Lelaki Gemilang"

Photos from Maahad Muhammadi Lelaki (MML)'s post 18/06/2026

18.6.2026 | SMA Parit Raja (SMAPR), Batu Pahat, Johor

:- Lawatan Penandaarasan Maahad Muhammadi Lelaki ke SMA Parit Raja

Seramai 16 orang guru STAM termasuk pentadir dan 23 orang pelajar STAM telah terlibat dalam lawatan ini.

Semoga perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dapat mengeratkan ukhuwah serta meningkatkan kecemerlangan Maahad Muhammadi Lelaki khusunya dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026.

Terima kasih atas layanan mesra dan kerjasama yang diberikan.

β€œMAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

Photos from Maahad Muhammadi Lelaki (MML)'s post 18/06/2026

18.6.2026 | Dewan Dato’ Nik Abdul Kadir, MML

:- Ceramah Perdana Hijraturrasul 1448H

Tahun baharu Hijrah 1448H dimulai dengan pengisian ilmu yang bermakna. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Fakhrullah Bin Abd Halim (Pegawai Dakwah Halaqat Bachok).

Marilah kita bersama-sama menghayati pengajaran daripada peristiwa Hijrah untuk menjadi umat yang lebih cemerlang.

β€œMAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

Photos from Maahad Muhammadi Lelaki (MML)'s post 17/06/2026

11.6.2026 | Dewan Dato’ Nik Abdul Kadir

:- Majlis Pelancaran dan Perasmian Bulan Hal Ehwal Murid (HEM) 2026

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan ini. Bulan HEM ini dimulai dengan Minggu Budaya Ilmu, Akademik dan Kerjaya dari Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Maktabah, yang berlangsung pada 14 Jun 2026 hingga 18 Jun 2026.

Semoga segala aktiviti yang dirancang sepanjang bulan ini berjalan lancar dan memberi impak positif kepada semua warga Maahad Muhammadi Lelaki.

β€œMAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

Photos from Maahad Muhammadi Lelaki (MML)'s post 17/06/2026

9.6.2026 | Dewan Dato’ Nik Abdul Kadir

:- Majlis Hari Guru (MAHAGURU) MML 2026

Tema klasik dan tradisional telah dipilih untuk MAHAGURU pada tahun ini.

Majlis telah dimeriahkan dengan lakonan daripada pelajar sebagai gimik perasmian, permainan/sukaneka guru, persembahan guru dan pelajar, 10 anugerah (undian pelajar) serta 4 anugerah khas pentadbir.

β€˜GURU BITARA NADI NEGARA’
β€˜PENDIDIK RABBANI MALAYSIA SEJAHTERA’

β€œMAAHAD MUHAMMADI GEMILANG”

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Tok Guru
Kota Bharu
15400

Opening Hours

Monday 07:45 - 14:30
Tuesday 07:45 - 14:30
Wednesday 07:45 - 14:30
Thursday 07:45 - 14:30
Sunday 07:45 - 14:30