Giatmara Negeri Sabah
Page Rasmi GIATMARA Negeri Sabah.
12/06/2026
12 Jun 2026, Jumaat
Lawatan Kerja Rasmi Ketua Setiausaha KKDW
Ybhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad
YBhg Dato' Sri KSU KKDW dalam siri lawatan kerja di Sabah bermula pada hari ini telah berkesempatan melawat dua (2) buah rumah penerima Program Perumahan Rakyat Sabah (PPRS) yang terletak di Kampung Gayang, Parlimen Tuaran diiiringi KPE GIATMARA dan Pengarah GMN Sabah serta rombongan. Beliau seterusnya meneruskan lawatan ke GIATMARA Sepanggar di mana YBhg Dato' Sri berkesempatan melihat sendiri proses pelaksanaan latihan sepenuh masa serta Kursus Jangka Pendek (SCT) yang sedang berlangsung disana.
Rombongan telah dibawa melawat Bengkel Kursus Masakan dan Pramusaji yang sedang melaksanakan modul Chowder Soup With Garlic Bread. Lawatan ini memberi gambaran langsung mengenai standard pelaksanaan latihan kemahiran dalam bidang masakan di GIATMARA Sepanggar.
Lawatan diteruskan ke Cafe TRIG GM Sepanggar, dikenali sebagai GEMERSIK COFFEE di mana Kursus SCT Asas Barista sedang dijalankan. Turut membantu pelaksanaan kursus tersebut ialah Saudara Ahmad Zakwan, yang juga merupakan penerima Geran Program Peningkatan Pendapatan (PPP) KKDW 2025 dalam bidang Barista. Lebih manis, YBhg Dato’ Sri turut mencuba membuat art coffee latte.
Seterusnya rombongan dibawa ke tingkat 1 melawat bengkel Kursus Confectionery and Bakery (CNB) yang sedang melaksanakan Modul 7 - Decoration Cake. Lawatan ini membolehkan rombongan melihat perkembangan kemahiran pelatih dalam bidang penyediaan produk bakeri dan hiasan kek.
Selepas lawatan bengkel, rombongan dijemput ke Dewan Serbaguna GM Sepanggar bagi sesi Taklimat Ringkas sebagai Salam Perkenalan GIATMARA Malaysia kepada YBhg Dato’ Sri KSU. Taklimat ringkas tersebut telah disampaikan oleh KPE GIATMARA.
KPE GIATMARA turut menyampaikan cendera kenangan kepada YBhg Dato’ Sri, yang merupakan produk hasil dari GIATMARA Kuala Lumpur dan GIATMARA Sepanggar sendiri, sebagai tanda penghargaan dan kenangan lawatan.
Majlis lawatan kerja berakhir dengan sesi beramah mesra bersama pelatih-pelatih GIATMARA Sepanggar dan anggota kerja GIATMARA Negeri Sabah. Sesi bergambar bersama turut diadakan sebagai tanda kenangan sempena lawatan julung kali ini.
12 June 2026
GIATMARA Negeri Sabah
10/06/2026
09/06/2026
*LAWATAN PENGERUSI GIATMARA MALAYSIA KE GIATMARA KOTA KINABALU*
9 Jun 2026 | Kota Kinabalu, Sabah
Pengerusi GIATMARA Malaysia, Datuk Musa bin Syeikh Fadhir telah mengadakan lawatan kerja ke GIATMARA Kota Kinabalu bagi meninjau keberkesanan pelaksanaan latihan kemahiran yang ditawarkan kepada para pelatih.
Sepanjang lawatan tersebut, rombongan telah dibawa meninjau sesi latihan bagi Kursus Teknologi Automotif, Teknologi Motosikal serta Graphic Design and Advertising. Lawatan ini memberi peluang kepada pihak pengurusan tertinggi GIATMARA untuk melihat secara dekat kemudahan latihan, hasil kerja pelatih serta pendekatan pembelajaran yang dilaksanakan di pusat latihan berkenaan.
Dalam sesi taklimat, Pengurus GIATMARA Kota Kinabalu, En. Harun bin Buhari telah menerangkan perkembangan dan keadaan semasa di GIATMARA Kota Kinabalu, termasuk pencapaian, cabaran dan perancangan pusat pada masa hadapan.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Prof. (Adj.) Dato’ Dr. Norsabrina binti Mohd Noor dan Datuk Hj. Gulam Muszaffar bin Gulam Mustakim, Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA; Ts. Ahmad Hamdi bin Ibrahim, CEO GIATMARA; Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Usahawan; Pengarah GIATMARA Negeri Sabah; serta barisan pengurusan GIATMARA Negeri Sabah.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan GIATMARA dalam memastikan kualiti latihan kemahiran sentiasa berada pada tahap terbaik bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri dan negara.
08/06/2026
Terima kasih YB Datuk 🫡
Program Sinergi AKRAB dari Kemahiran ke BIZTALK Berinovasi 2026
Tarikh: 8.6.2026
Tempat: Sabah Oriental Hotel
08/06/2026
AKRAB 2026
GIATMARA Negeri Sabah is LIVE | TikTok Sinergi AKRAB 2026. | Check out GIATMARA Negeri Sabah's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from GIATMARA Negeri Sabah.
08/06/2026
Perkongsian Photo
Program Sinergi AKRAB dari Kemahiran ke BIZTALK Berinovasi 2026
Tarikh: 8.6.2026
Tempat: Sabah Oriental Hotel
More to come .... stay tune ...
4 HARI LAGI …
Program : SINERGI AKRAB
Tarikh : 8 Jun 2026
Tempat : Sabah Oriental Hotel
Jumpa di sana 🥰
04/06/2026
Risalah Skim PADURI MADANI
Memperkasa usahawan wanita! 👩💼
Melalui Belanjawan 2026, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperkenalkan Skim Paduri Madani—inisiatif pembiayaan RM230 juta khusus untuk melonjakkan golongan B40 di seluruh negara.
Terbuka kepada pemohon disenarai hitam/muflis tanpa memerlukan cagaran, anda boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM30,000 demi mengubah taraf ekonomi dan perniagaan.
📲 Baca di portal DBook Penerangan👇🏻
https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=risalah-skim-paduri-madani
🔗 Laman Rasmi
https://www.penerangan.gov.my/
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Tingkat 2, Lorong Likas Plaza, Jalan Tuaran, Likas
Kota Kinabalu
88400
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |