Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu - SRI KK

Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu - SRI KK

Share

Membina generasi masa depan yg cemerlang berteraskan Akademik dan Agama

Photos from Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu - SRI KK's post 10/06/2026

🔰Penyerahan Watikah Pelantikan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (PK HEM) SRI Kota Kinabalu 2026🔰

☺️🤲🏻 Alhamdulillah, telah berlangsung majlis penyerahan Watikah Pelantikan PK HEM SRI KK baharu bagi sesi 2026 yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Lahirul bin Latigu, Pengerusi Sri Kota Kinabalu☺️🙏🏼. Seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Mohd Iqmal Syazwan di atas pelantikan rasmi sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) yang baharu, menggantikan Ustazah Farzana Javir yang telah berpindah tugas.

✨ Sepanjang tiga tahun berkhidmat di SRI KK, Ustaz Mohd Iqmal telah menunjukkan dedikasi yang tinggi melalui pelbagai portfolio penting, termasuk sebagai Ketua Unit Disiplin, Ahli Panitia Agama Islam, serta penglibatan aktif dalam Unit Sukan dan Olahraga.

☺️🤲🏻 Semoga dengan pelantikan ini, ustaz dapat menggalas amanah dengan penuh integriti dan dedikasi bersama gandingan barisan kepimpinan serta para guru yang berdedikasi tinggi, pastinya akan memacu SRI KK ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang. Tidak dilupakan juga Ustazah Farzana, terima kasih atas pertemuan, pengajaran, pengalaman dan kenangannya! Doa yang terbaik daripada kami, pihak SRI KK mengiringi kejayaan Ustazah Farzana walau dimanapun berada 🤲🏻

Bersama-sama kita berganding bahu demi mencapai visi yang sama✊🏻

“Srikk Fi Roohi”

Unit Media Srikk

30/05/2026

🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai! 🌾

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan (30 Mei) dan Hari Gawai (1 Jun) kepada seluruh warga Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu, terutamanya kepada ibu bapa, para pelajar, dan rakan-rakan guru serta warga FB yang meraikannya!

Walaupun kita berbeza latar belakang dan budaya, keharmonian dan semangat perpaduan tetap menjadi tunjang kebersamaan kita, khususnya di SRIKK 🤗

Keindahan kepelbagaian inilah yang menyatukan kita semua sebagai sebuah keluarga SRIKK yang besar. Semoga perayaan tahun ini membawa keberkatan, rezeki serta kegembiraan yang Allah redhai 🤲🏻

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”
“Gayu Guru Gerai Nyamai, Senang Lantang Nguan Menua”




- 3rd Eid Adha

27/05/2026

Salam Aidiladha daripada Warga SRIKK ✨

"​Hari Raya Korban bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi tentang erti keikhlasan, ketaatan, dan pengorbanan dalam kehidupan kita seharian."

​Kami barisan tenaga pengajar dan seluruh warga Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua ibu bapa, pelajar, dan umat Islam di mana jua anda berada 🤲🏻

​Semoga raya kali ini dipenuhi dengan rasa syukur dan kegembiraan bersama yang tersayang 🤲🏻✨️

Berhati-hati di jalan raya bagi yang pulang ke kampung! 🚗
Ibu bapa jangan lupa pesan pada anak-anak, cuti sekolah ni jaga solat, selawat, dan rajin-rajin ulang kaji ya! 😉


Photos from Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu - SRI KK's post 22/05/2026

🔰 MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN & PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SRIKK 2026 🔰

​Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat seluruh warga SRIKK, ibu bapa, serta penjaga yang dihormati.

​Sesi persekolahan akan berehat seketika bagi memberi laluan kepada Cuti Pertengahan Tahun. Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa dan para pelajar:

​📅 Cuti Pertengahan Tahun​
Tarikh: 23 Mei 2026 sehingga 7 Jun 2026

​📅 Peperiksaan Pertengahan Tahun
​Tarikh: 8 Jun 2026 sehingga 16 Jun 2026

​✨ Pesanan Mesra Buat Murid SRIKK:
Sepanjang tempoh percutian ini, jangan lupa untuk:
1. ​Menjaga Solat & Amalan Harian: Teruskan istiqamah dengan solat, selawat, dan pembacaan Al-Quran.
2. ​Ulang Kaji Pelajaran: Manfaatkan waktu terluang untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan yang akan bermula sejurus cuti berakhir.
3. ​Persiapan Raya: Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta!

​Semoga percutian ini membawa keberkatan dan memberi suntikan motivasi kepada anak-anak didik SRIKK agar kembali ke sekolah dengan semangat yang lebih membara untuk menghadapi peperiksaan nanti.

Pesanan Ikhlas daripada Mudir Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu - SRI KK
Pandu cermat dan selamat bercuti! 😊

“Srikk Fii Roohi”

Unit Media Srikk

Photos from Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu - SRI KK's post 20/05/2026

🔰SAMBUTAN HARI GURU SRI KOTA KINABALU 2026 🔰

​Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu (SRIKK) bagi tahun 2026 yang berlangsung pada 19 & 20 Mei kholas✨✊🏼 Alhamdulillah.

​Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana di bawah pimpinan Ustaz Muhammad Fadzli Bin Hamzah, barisan pengurusan dan guru-guru Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu - SRI KK , serta semua murid atas kerjasama luar biasa sepanjang program dua hari ini. Bermula dengan kemeriahan sukaneka sehinggalah ke kemuncak penyampaian "Title Guru", semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah ✨

​✨Selamat Maju Jaya Ustazah Siti Norfarzana (PK HEM) ✊🏼

​Sambutan kali ini bertukar hiba sewaktu slot ucapan khas daripada PK HEM, Puan Siti Norfarzana Binti Javir yang akan berpindah dan meninggalkan pihak SRIKK sesi 2026 ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan, dan kasih sayang Ustazah Farzana dalam menjaga kebajikan serta sahsiah murid-murid SRIKK selama ini. Kami pihak SRIKK mendoakan yang terbaik kepada Ustazah Farzana agar terus cemerlang dan dipermudahkan urusannya kelak. Jasamu tetap di hati! 😭❤️

​"Guru Bitara Nadi Negara"
Terima kasih guruku!
Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik seluruh guru khususnya guru SRIKK dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Aamiin, InshaAllah✊🏼

​"Srikk Fii Roohi"

​Unit Media Srikk


fans

16/05/2026

GURU BITARA, NADI NEGARA 🇲🇾
16 MEI ✨️

​Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik di seluruh Malaysia, khususnya buat semua Guru SRIKK.

​Tugas seorang guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas, TETAPI mereka adalah arkitek sosial yang membentuk acuan masa depan negara. Di tangan merekalah lahirnya generasi yang berilmu, berinovasi, dan berakhlak mulia.

​Terima kasih Cikgu atas segala ilmu yang dicurahkan, kesabaran yang tidak bertepi, dan pengorbanan dalam memacu negara ke arah kegemilangan. Teruskan semangat mendidik dengan hati! Bismillah ✊🏻

​Ikhlas daripada,
Mudir Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu - SRI KK



“Srikk Fii Roohi”

Unit Media Srikk

15/05/2026

"AL-KAHFI & MATHURAT PAGI" 🌙

​Salam Jumaat yang penuh barakah. Mulakan pagi Jumaat kita dengan keyakinan penuh kepada pertolongan Allah (Surah Ali 'Imran: 160).

​Jom kita manfaatkan hari ini dengan:
✨️ Membaca Surah Al-Kahfi & Mathurat Pagi
✨ ️Memperbanyakkan Selawat
✨️ Memotong kuku & sunnah Jumaat yang lain

Moga Allah kabulkan doa-doa kita di waktu mustajab
hari ini dan buka pintu-pintu rahmat dan kemenangan buat anak-anak SRIKK kita 🤗 ​Oh ya! Esok 16 Mei 2026 merupakan Hari Guru 👨🏻‍🏫👩🏻‍🏫Jangan lupa titipkan doa buat murabbi dan guru-guru kita yang telah banyak berjasa ya. ❤️

​Salam Jumaat Barakah!

“Srikk Fii Roohi”

Unit Media Srikk

to TT Nuhawani

14/05/2026

Rehearsal persembahan sempena Hari Guru ✊🏻

MashaAllah hebatnya anak-anak SRIKK bukan hanya diasah dengan didikan Agama dan Akademik yang hebat daripada para Pendidik SRIKK, bakat dan kesenian anak-anak juga kita cungkil bersama! Setara dengan Pendidikan anak bangsa masa ini!

“Srikk Fii Roohi”

Unit Media Srikk

14/05/2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum dan selamat pagi warga SRIKK🤗

Kata-kata hikmah pagi ini kita sajikan dengan indahnya janji Allah SWT dalam Surah Al Imran ayat 160 ✨

​Seringkali kita rasa penat dengan urusan harian, tapi ingatlah janji Allah: "​Jika Allah berkehendak untuk bantu kita, tiada satu halangan di dunia ini yang mampu kalahkan kita. Jadi teruskan semangat menjalani urusan harian kita dengan sebaiknya. Bismillah ✊🏻

“Srikk Fii Roohi”

Unit Media Srikk

Photos from Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu - SRI KK's post 13/05/2026

🔰 PROGRAM INTERVENSI SRIKK-UMS, 2026🔰

“Gaya Hidup Sihat, Minda Cerdas”🤗💪🏻

📌 9 Mei 2026 (Sabtu)
📌 8.00 am - 12.00 pm
📌 Sri Kota Kinabalu
📌 Mahasiswa UMS

✨ Program ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal ringan, ceramah pemakanan sihat serta refleksi kendiri.

🗓️ Aktiviti program merangkumi:
• Senam ringan / aerobik
• Ceramah pemakanan sihat
• Mini cabaran “Aktif Sehari”
• Refleksi kendiri

✨ Objektif program:
• Meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat
• Menggalakkan penglibatan dalam aktiviti fizikal
• Membentuk tabiat harian yang lebih sihat dalam kalangan murid

✨ Program ini melibatkan seramai 6 orang murid tahun 4 Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu dan dilaksanakan menggunakan kaedah pra dan pasca ujian bagi melihat perubahan sebelum dan selepas intervensi.

“Srikk Fii Roohi”
- membina generasi sihat, cerdas dan seimbang 🌱✨

Unit Media Srikk

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No 115 Blok M
Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00