11/06/2026
“FIDAA’, QAYYUM DIANCAM PROSIDING AUKU MENJELANG HIMPUNAN GEMPUR RASUAH SABAH 3.0”
Mahasiswa sekali lagi dihukum kerana bersuara.
Tindakan terhadap Qayyum dan Fidaa' membuktikan bahawa AUKU masih menjadi tembok yang membataskan kebebasan mahasiswa untuk menyatakan pandangan, mengkritik dasar, dan memperjuangkan isu rakyat.
Universiti seharusnya menjadi ruang melahirkan pemimpin yang berani berfikir secara kritis dan holistik dalam isu-isu yang serius. Namun, pada hari ini kita melihat, mereka dikekang dengan undang-undang universiti yang bertentangan dengan perlembagaan itu sendiri. Hipokrit.
Suara Mahasiswa menegaskan bahawa perjuangan ini tidak akan terhenti di kampus. Tindakan susulan akan diteruskan sehingga ke Putrajaya bagi menuntut pertanggungjawaban daripada Perdana Menteri dan Kerajaan Madani itu sendiri.
10/06/2026
Tahniah kepada Saudara Rasul atas pemilihan menyertai Misi Sukarelawan ke Melaka!!
Semoga peluang ini menjadi ruang untuk menimba pengalaman, berbakti kepada masyarakat, dan membawa semangat kesukarelawanan yang tinggi. Semoga segala urusan dipermudahkan dan misi yang dijalankan berjalan dengan lancar.
Dari mahasiswa kepada mahasiswa, dari mahasiswa untuk rakyat Malaysia! ✊🏻
04/06/2026
Countdown dimulakan. 30 hari lagi. Sampai jumpa di Gempur Rasuah Sabah 3.0.
Kota Kinabalu.
4 dan 5 Julai 2026.
Sayangi Sabah.
Bersihkan Rasuah.
03/06/2026
POSTER DEMONSTRASI GEMPUR RASUAH SABAH 3.0
Ini adalah gerakan bawah. Daripada mahasiswa untuk rakyat.
Kita tidak rela hasil cukai rakyat dinikmati koruptor-koruptor tua.
Mereka adalah kejahatan nyata, disolek kosmetik pengaruh, nama dan takhta.
Rasuah adalah punca utama segala permasalahan yang ada, bertahun-tahun lamanya.
Kini tiba masa untuk kita satukan tenaga dan keikhlasan. Mari bersama dalam gerakan ini!
“Sayangi Sabah, Bersihkan Rasuah”
03/06/2026
[SOLIDARITI DARI MAHASISWA BUAT MAHASISWA]
Jom jawap soalan SPM ni kejap kawan-kawan !
Siapakah bekas Senator yang telah menampar cucu kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi dalam satu program di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik, Bentong, Pahang pada 20 Mei lalu ?
Sila pilih jawapan A atau B.