06/06/2026
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Puan Nurul Nadrah binti Abdul Wahid, Pengajar Jururawat ILKKM Kota Kinabalu yang telah lulus dan terampil sebagai Pengacara Profesional (Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3) yang telah dinilai oleh Pegawai Penilai daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya dan berdaya saing pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi!
30/05/2026
๐ข MAKLUMAN
Proses penjanaan Slip Pendaftaran Alumni sedang mengalami sedikit kelewatan dan akan dilaksanakan secara berperingkat. Graduan boleh mula membuat semakan slip mulai 8 Jun 2026.
Kami memohon semua graduan agar kekal bertenang dan bersabar sementara proses ini diselesaikan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].
Pihak Pengurusan Alumni memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
Di kesempatan ini, pihak Alumni turut ingin mengucapkan tahniah dan selamat berkonvokesyen kepada semua graduan! ๐โจ
28/05/2026
SUKAN PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH 2026
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kontinjen ILKKM Kota Kinabalu atas penglibatan dalam Sukan Peringkat Negeri Sabah anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang telah berlangsung pada 22 hingga 23 Mei 2026.
Penyertaan ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kesihatan seluruh negeri Sabah.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Urusetia Kontinjen ILKKM Kota Kinabalu atas komitmen dan pengurusan sepanjang program berlangsung.
Urusetia:
๐ Puan Alice @ Norkhadizah binti Hamdan @ Andan
Semoga semangat kesukanan, disiplin dan kebersamaan ini terus menjadi budaya dalam memperkukuhkan kecemerlangan organisasi.
27/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
โ๐๐๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐๐๐ฒ๐๐ค๐๐ง ๐๐ข๐ญ๐, ๐๐๐ซ๐ฉ๐๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐โโ
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 diucapkan kepada seluruh warga ILKKM Kota Kinabalu serta masyarakat Sabah yang meraikannya.
Semoga sambutan Kaamatan pada tahun ini terus memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan rasa syukur atas hasil kehidupan serta kekayaan warisan budaya yang menjadi kebanggaan negeri Sabah.
Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian budaya, memperkukuhkan persaudaraan dan terus menyemai nilai hormat-menghormati demi masa depan yang lebih harmoni.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Ikhlas daripada
**Mat Shater bin Awang**
Pengarah
ILKKM Kota Kinabalu
27/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐
Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam khususnya warga ILKKM Kota Kinabalu.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT, serta mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan sesama kita.
โPengorbanan Menguatkan Iman, Perpaduan Membina Ummah.โ
Ikhlas daripada
Mat Shater bin Awang
Pengarah
ILKKM Kota Kinabalu
15/05/2026
๐บ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฏ๐๐๐ ๐ฑ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฐ๐ณ๐ฒ๐ฒ๐ด ๐ฒ๐ฒ 2026
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga jururawat atas jasa, pengorbanan serta komitmen yang dicurahkan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.
Sambutan Hari Jururawat Peringkat ILKKM KK telah berlangsung dengan penuh meriah di perkarangan lobi ILKKM KK bersama En. Mat Shater bin Awang serta barisan pengurusan tertinggi ILKKM KK sebagai tanda penghargaan kepada insan-insan hebat dalam profesion kejururawatan.
โJururawat Tonggak Perkhidmatan Kesihatan Berkualitiโ
Terima kasih jururawat, wira dan wirawati kesihatan negara.
12/05/2026
๐๐จ๐ซ๐ฅ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฒ๐ ๐ข๐๐ง๐ ๐๐๐ฒ ๐๐๐๐
Majlis Perasmian World Hand Hygiene Day Peringkat Hospital Queen Elizabeth (QEH) telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Hospital Queen Elizabeth dan turut dihadiri oleh Pengarah ILKKM Kota Kinabalu, En. Mat Shater bin Awang.
Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan kebersihan tangan sebagai langkah utama dalam pencegahan jangkitan serta keselamatan pesakit dan petugas kesihatan.
Kehadiran dan sokongan pelbagai agensi kesihatan mencerminkan komitmen bersama dalam membudayakan amalan kebersihan tangan demi persekitaran penjagaan kesihatan yang lebih selamat dan berkualiti.
โClean Hands Save Livesโ
12/05/2026
๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ข ๐๐๐ฌ๐ข๐ก, ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ค ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ๐ข
Pada 5 & 6 Mei 2026 yang lalu, pasukan Jururawat (Pengajar & Klinikal Instruktur) ILKKM Kota Kinabalu telah melaksanakan Program Komuniti di Rumah Anak Yatim (HOME) dan Jireh Home.
Program ini menjadi ruang untuk menyantuni masyarakat sambil menyemai nilai kasih sayang, empati dan keprihatinan sosial dalam kalangan warga kejururawatan. Setiap senyuman yang terukir menjadi inspirasi dan penguat semangat buat kami untuk terus berbakti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada barisan AJK Komuniti:
โจ Pn. Anizah Anuar
โจ Pn. Sylvia Stephen
โจ Pn. Arnizah @ Nani Abdawah
โจ Pn. Norieh Junit
โจ Pn. Rosaliah Micky
โจ Sn. Ethel Redda Beiti
Sempena Sambutan Hari Kejururawatan Sedunia 2026, dedikasi ini ditujukan khas buat seluruh warga jururawat yang sentiasa komited memberikan khidmat dengan penuh ihsan dan profesionalisme.
๐ โOur Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives.โ