22/11/2024
📣📣📣📣📣📣📣
MAKLUMAN PENGAKTIFAN AKAUN RASMI FACEBOOK PAGE & INSTAGRAM, FAKULTI PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN SUKAN
Ikuti akaun page & Instagram rasmi FPPS untuk update terbaru
⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜
Facebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=61566086534168&mibextid=ZbWKwL
⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜
Instagram
https://www.instagram.com/fpps.ums?igsh=eW1nZWthaGVsMXAw=eW1nZWthaGVsMXAw
⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜⚜
Sekian.
Daripada:
Unit Pentadbiran FPPS
Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan
Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan,
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400
Kota Kinabalu
Sabah
Follow us on Instagram! .ums
05/09/2024
4.09.2024, Bilik Seminar 2, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS).
Melakar Sejarah Pengurusan Pentadbiran Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS, Majlis Pelaksanaan Entiti Baharu FPP kepada Fakulti Pendidikan & Pengajian Sukan (FPPS) dan Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial (FPKS) yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor UMS.
Syukur kehadrat ilahi Majlis Pelaksanaan berjalan dengan lancar dan begitu megah sekali. Jutaan Terima Kasih kepada Datuk Naib Canselor UMS serta para ahli JPU, UMS yang merupakan tetamu kehormat Utama Majlis tersebut.
Tidak kurang hebatnya para pensyarah daripada FPP Blok Pendidikan dan Blok Psikologi yang memeriahkan dan meramaikan majlis serta kakitangan Pentadbiran, Pelaksana yang juga menabur budi jasa bakti.
Semoga Majlis Pelaksanaan Entiti Baharu ini, hubungan silaturahim lebih erat dan kerjasama antara dua pihak dalam Universiti lebih mantap dan mantul..
02/09/2024
2-3 September 2024 (Isnin-Selasa)
Audit Pematuhan Tahun Pertama Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2025 UMS Tahun 2024 ke Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS.
Sesi Auditan berlangsung di BMU FPP (Blok Pendidikan) bermula jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang.
Semoga Sesi Auditan berjalan dengan lancar dan segala kandungan auditan seperti Penemuan/Dapatan atapun best practice akan dijadikan sebagai panduan dan petunjuk untuk pemantapan dan kesediaaan pada masa hadapan.
31/08/2024
31.08.2024, Sabtu.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67. Semoga Tanahair Malaysia aman makmur diserantau dunia dan senantiasa dipeliharaNYA..
27/08/2024
27.08.2024
Well done buat kakitangan Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS yang telah meraih dan merangkul Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti. (AKU).
Semoga dengan Anugerah dan Penarafan tersebut dapat meningkatkan lagi mutu dan perkhidmatan pada masa hadapan.
Tahniah....Syabas.
27/08/2024
Assalammualaikum w.b.t., Salam Sejahtera,
YBhg Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN PROGRAM JOM SIHAT PFRC
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Physical Fitness Rehab Centre (PFRC) ingin menjemput YBhg Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menyertai Program Jom Sihat PFRC yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tajuk : TABATA
Tarikh : 28 Ogos 2024 (Rabu)
Masa : 4:30 petang
Tempat : Wakaf Blok Pendidikan, FPP
Perhatian dan kerjasama pihak YBhg Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Physical Fitness Rehab Centre (PFRC)
Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah
27/08/2024
24.08.2024, SABTU.
Aktiviti Teambuilding dan CSR Kumpulan Pelaksana Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS.
Alhamdulillah, aktiviti terlaksana dengan jayanya. Terima Kasih kepada Dekan FPP kerana meluangkan masa untuk hadir ke sesi tersebut serta merasmikan aktiviti bermoral tersebut.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada para kakitangan pentadbiran FPP yang merupakan entiti yang melaksana dan merealisasikan aktivti. Para Facie yang terdiri dari JAFPIB PKPKP, Ecocampus, anda semua adalah terbaik.
16/08/2024
📢📢📢📢
Salam Sejahtera, sukacita dimaklumkan
penghantaran abstrak dan pendaftaran bagi International Conference on Rural Education [ICRE 2024] dilanjutkan sehingga 30 Ogos 2024
https://icre2024ums.my.canva.site/icre-fpp
--------------------------------------------------------------------------
Sebagai rujukan dan perhatian lanjut.
2024 International Conference on Rural Education (ICRE 2024)
18-19 September 2024
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS
16/08/2024
Assalammualaikum w.b.t., Salam Sejahtera,
YBhg Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN PROGRAM JOM SIHAT PFRC
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Physical Fitness Rehab Centre (PFRC) ingin menjemput YBhg Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menyertai Program Jom Sihat PFRC yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tajuk : Tabata
Tarikh : 14 Julai 2024 (Rabu)
Masa : 4:30 petang
Tempat : Wakaf Blok Pendidikan, FPP
Perhatian dan kerjasama pihak YBhg Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Physical Fitness Rehab Centre (PFRC)
Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah
16/08/2024
PEMAKLUMAN PENGISIAN MAKLUMAT INOVASI BAGI PRODUK PROFIL EDISI KHAS PEMENANG PINGAT EMAS DAN ANUGERAH KHAS DALAM EXCOCIPTA 2024
YBrs. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) dalam proses menghasilkan Produk Profil Edisi Khas EXCOCIPTA 2024.
03. Sehubungan itu, pihak PPIP telah menyediakan pautan bagi tujuan pengumpulan maklumat berkaitan produk inovasi peserta Universiti Malaysia Sabah dalam EXCOCIPTA 2024 (PEREKA, NexGen Venture, dan LAGUCipTa 1.0) yang telah memenangi Pingat Emas dan Anugerah Khas. Dimohon jasa baik pihak YBrs. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan untuk melengkapkan borang tersebut sebelum atau pada 19 Ogos 2024, jam 5 petang melalui pautan dibawah:
i. Pautan Template Product Profile: https://shorturl.at/E4GAP
ii. Pautan Google-Form maklumat peserta: https://forms.gle/5wDnisexYtaxeY636
04. Sebarang pertanyaan lanjut, YBrs. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi En. Putera Faidz Hassanal bin Nordin di talian 014-6729794 @ emel [email protected].
Perhatian dan kerjasama daripada YBrs. Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Pengarah PPIP
15 Ogos 2024
16/08/2024
Alhamdulilah .
Pihak Kedekanan dan Pengurusan FPP mengucapkan Tahniah Kepada PM Dr Peter Voo atas kemenangan pingat (Perak) dan Dr.Fadhil Abdullah (Gangsa) dalam temasya SUKUM 2024👏👏👏👏💪💪💪🌹