SMK Pendidikan Khas Setapak

SMK Pendidikan Khas Setapak

Share

Special Education School in Kuala Lumpur. Most of the students are visual impaired (blind and low vision).

26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H โœจ๐ŸŒ™

Seluruh warga SMK Pendidikan Khas Setapak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. ๐Ÿค

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang dibawa dalam Aidiladha terus menyatukan hati kita dalam membina insan berilmu, berakhlak dan berbakti kepada masyarakat. ๐Ÿ•Œ๐Ÿ„โœจ

โ€œPengorbanan yang ikhlas akan melahirkan insan yang kuat jiwa dan mulia akhlaknya.โ€

Ikhlas daripada
Warga SMK Pendidikan Khas Setapak ๐Ÿ’š







Photos from Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur's post 24/05/2026
23/05/2026

โœจ CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2026 โœจ

SMK Pendidikan Khas Setapak mengucapkan Selamat Bercuti sempena cuti pertengahan penggal serta sambutan Hari Raya Aidiladha dan Hari Wesak kepada seluruh murid, guru dan warga sekolah. ๐Ÿ’š๐ŸŒธ

Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“… Tarikh Cuti:
๐Ÿ—“๏ธ 23 Mei 2026 โ€“ 05 Jun 2026

โœจ Rehatkan minda, tingkatkan semangat dan kembali ke sekolah dengan lebih ceria serta bersemangat untuk meneruskan sesi pembelajaran. ๐Ÿ“š๐Ÿ’ช

Selamat bercuti dan sentiasa jaga keselamatan walau di mana anda berada. โค๏ธ

Ikhlas daripada
Warga SMK Pendidikan Khas Setapak

๐ŸŒŸSetapak Sejiwa, Menyinari Dunia ๐ŸŒŸ

Photos from SMK Pendidikan Khas Setapak's post 21/05/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’จKejohanan Merentas Desa SMK Pendidikan Khas Setapak Kali Ke-15 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ

๐Ÿ“… 21 Mei 2026 (Khamis)
๐Ÿ•ข 7.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Taman Tasik Danau Kota

Kejohanan ini telah melibatkan penyertaan semua murid yang menunjukkan semangat, kesungguhan dan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga sekolah, guru-guru, ibu bapa, PIBG, Kelab Sokongan Ibu Bapa (KISB) serta para sukarelawan guide runner yang hadir membantu, mengiringi murid hingga ke garisan penamat dan bersama-sama menjayakan kejohanan merentas desa kali ini dengan begitu baik.

Segala kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat kami hargai. Semoga ukhuwah dan semangat kebersamaan ini akan terus terjalin dalam program-program akan datang. ๐Ÿคโœจ


Photos from SMK Pendidikan Khas Setapak's post 20/05/2026

MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT WP KUALA LUMPUR
๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น

๐ŸŒน TAHNIAH & SYABAS ๐ŸŒน

Sekalung tahniah diucapkan kepada PUTRI DIAN SERI BINTI MOHAMIZAN atas kejayaan meraih TEMPAT KE-4 dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Kategori Perempuan Menengah sempena Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah JPWPKL 2026.

Lebih membanggakan, peserta yang mewakili sekolah merupakan murid pendidikan khas yang berjaya bersaing dengan peserta-peserta lain daripada sekolah terkemuka sehingga memperoleh pencapaian yang sangat membanggakan. Kejayaan ini membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan apabila disertai dengan usaha, kesungguhan dan semangat yang tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada pihak pentadbiran sekolah, ibu bapa, guru-guru pembimbing serta seluruh warga sekolah atas doa, sokongan dan pengorbanan yang diberikan sepanjang perjalanan pertandingan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh murid untuk terus mencintai dan mendalami Al-Quran.

โ€œAl-Quran Pemacu Generasi Madaniโ€





[PODCAST] SEMBANG INKLUSIF BERSAMA AISYA HUMAIRAH โ€“ EPISOD 1: CAHAYA DARI SYURGA | 20 MEI 2026 | PNM 20/05/2026

๐ŸŽฅSEMBANG INKLUSIF :
Episod 1: Cahaya Dari Syurga

โ€œSetiap jiwa ada ceritanya, setiap suara ada kekuatannya.โ€ โœจ๐ŸŽ™๏ธ

Sertai kami dalam sesi sulung Sembang Inklusif bersama murid SMK Pendidikan Khas Setapak, Aisya Humairah, Penerima Anugerah Gemilang OKU.

Dengar sendiri bagaimana โ€œCahaya Dari Syurgaโ€ ini melihat dunia dengan cara yang luar biasa. Sebuah penceritaan yang bakal menyentuh mata hati dan memberi perspektif baharu buat kita semua.

Masa untuk kita lebih cakna, lebih empati dan lebih inklusif.
๐Ÿ“Œ Episod 1: Cahaya Dari Syurga
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
๐Ÿ•™ Masa: 10:00 pagi
๐Ÿ“บ Platform:

[PODCAST] SEMBANG INKLUSIF BERSAMA AISYA HUMAIRAH โ€“ EPISOD 1: CAHAYA DARI SYURGA | 20 MEI 2026 | PNM [EPISOD 1: CAHAYA DARI SYURGA]"Kadang-kadang, senyuman itu hanyalah sebuah topeng di sebalik tawa yang menyimpan seribu rahsia..."Selamat datang ke episod su...

Photos from SMK Pendidikan Khas Setapak's post 20/05/2026

๐Ÿ“š PEPERIKSAAN SPM 2026 : KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF KERTAS 2 (2216/2) ๐Ÿ“š

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 20 Mei 2026
โฐ Masa : 3 Jam 30 Minit
๐Ÿ“ Tempat : SMK Pendidikan Khas Setapak

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon SPM 2026 yang menduduki peperiksaan Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 2 (2216/2) pada hari ini.

Semoga semua calon diberikan ketenangan, dipermudahkan menjawab setiap soalan serta memperoleh keputusan yang cemerlang. Teruskan berusaha dengan penuh yakin dan semangat. ๐ŸŒŸ๐Ÿ“–

โ€œUsaha, doa dan tawakal menjadi kunci kejayaan.โ€

Ikhlas daripada,
Warga SMK Pendidikan Khas Setapak




Photos from SMK Pendidikan Khas Setapak's post 19/05/2026

๐Ÿšจ LATIHAN KEBAKARAN PERINGKAT SMK PENDIDIKAN KHAS SETAPAK 2026 ๐Ÿšจ

๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น

๐Ÿ“… Tarikh: 19 Mei 2026
โฐ Masa: 8.30 pagi โ€“ 9.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dataran SMKPK Setapak
๐Ÿข Anjuran: Unit Keselamatan Sekolah
๐Ÿ”ฅ Kolaboratif : Anggota dari Balai Bomba Cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Alhamdulillah, Latihan Kebakaran Peringkat Sekolah SMK Pendidikan Khas Setapak telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang lancar, teratur dan selamat. Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang tindakan yang perlu diambil ketika menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran.

Sebaik sahaja loceng kecemasan dibunyikan, semua murid, guru dan warga sekolah bergerak keluar dari bangunan mengikut laluan kecemasan yang telah ditetapkan sebelum berkumpul di Dataran SMKPK Setapak. Kehadiran murid turut diambil bagi memastikan semua warga sekolah berada dalam keadaan selamat.

Latihan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan, disiplin serta kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan mematuhi prosedur keselamatan semasa kecemasan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada anggota bomba dari Balai Bomba Wangsa Maju, semua guru, murid serta warga sekolah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang program dijalankan. Semoga usaha ini dapat melahirkan warga sekolah yang lebih peka, bersedia dan prihatin terhadap aspek keselamatan.

Setapak Sejiwa, Menyinari Dunia.



19/05/2026

๐ŸŽฅPERKONGSIAN STARPARKTV PSS

Saksikan konten Tuan Pengetua Encik Hamizar meneka suara guru dan AKP sempena Sambutan Majlis Hari Guru Dan Hari Pekerja bagi Tahun 2026.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00