PASTI Al-Amru, Taman Melati

PASTI Al-Amru, Taman Melati

Share

Memberikan pendidikan kepada anak-anak berteraskan Islam.

24/06/2026

𝗧𝗮𝗺𝗿𝗶𝗻 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 (𝗠𝗚𝗣) 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗷𝘂 & 𝗕𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 𝗧𝘂𝗻 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸.

Sedikit rangkuman video Tamrin yang diadakan pada 20 dan 21 Jun 2026. Alhamdulillah, melalui Tamrin ini, para guru dapat menambah ilmu dan pengalaman yang baru.

Photos from PASTI Al-Amru, Taman Melati's post 23/06/2026

Tahniah juga buat pasukan Bola Jaring Al-Amru kerana berjaya ke peringkat suku akhir dan memberi saingan yang sengit kepada pihak lawan.

Kesayangan cikgu semua telah buat yang terbaik pada hari perlawanan, Alhamdulillah. Terima kasih ibu/ayah atas sokongan yang tidak henti kepada anak-anak Bola Jaring kita 💚

Photos from PASTI Al-Amru, Taman Melati's post 22/06/2026

Alhamdulillah...

Ini lah kenangan terindah kami, keluarga Al-Amru pada 17 Mei 2026. Al-Amru sekali lagi dinobatkan sebagai JUARA Bola Sepak pada Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Wangsa Maju.

Rezeki anak-anak Al-Amru tahun ini memegang kembali trofi kejuaraan bola sepak selepas kali terakhir pada tahun 2024.

Tahniah juga kepada Hadeed dan Affan atas penganugerahan 𝙋𝒆𝙢𝒂𝙞𝒏 𝑻𝙚𝒓𝙗𝒂𝙞𝒌, 𝑷𝙚𝒏𝙟𝒂𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑮𝙤𝒍 𝑻𝙚𝒓𝙗𝒂𝙣𝒚𝙖𝒌 dan 𝙋𝒆𝙧𝒕𝙖𝒉𝙖𝒏𝙖𝒏 𝑻𝙚𝒓𝙗𝒂𝙞𝒌 pada Kejohanan tersebut.

Terima kasih jurulatih, cikgu-cikgu, dan ibu/ayah atas kemenangan ini. Tahniah juga kepada 5 pemain yang telah terpilih ke Kejohanan BSBJ PASTIWP.

21/06/2026

Berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk latihan Bola Sepak. Tahniah kepada anak-anak Al-Amru yang telah terpilih ke peringkat Wilayah.

⚽🏐 MASA UNTUK BERAKSI⚡️ 🏐⚽

Gelanggang BSBJ PASTI Wilayah Persekutuan bakal dibuka!

Kontinjen Kawasan mana yang dah ready nak masuk gelanggang??

Cuba komen sikit 💪



Photos from PASTI Al-Amru, Taman Melati's post 19/06/2026

Sesi Temu Murni Penggal 1 (2026)

Alhamdulillah, selesai program Temu Murni Al-Amru hari ini. Terima kasih kepada ibu/ayah yang hadir bagi membincangkan perkembangan anak masing-masing.

Antara tujuan Temu Murni :

1. Berkongsi maklumat mengenai prestasi, kekuatan, dan kelemahan murid.

2. Mengenalpasti masalah dan cabaran yang dihadapi murid di rumah dan PASTI.

3. Merancang tindakan bersama bagi membantu meningkatkan pencapaian dan perkembangan murid.

18/06/2026

Jelajah Carrie Junior 🐘

Yeayyyyy... Anak-anak gembira dapat sabun Carrie Junior dan baucar RM5‼️

Terima kasih team Carrie Junior.. Anak-anak belajar bersihkan diri dengan 9 langkah mudah hari ini 🤩

17/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cikgu Dalila atas penganugerahan 𝑮𝙪𝒓𝙪 𝙇𝒂𝙢𝒂 𝑩𝙚𝒓𝙠𝒉𝙞𝒅𝙢𝒂𝙩 PASTI Wilayah Persekutuan.

Anugerah ini merupakan penghargaan yang amat bermakna atas segala jasa, pengorbanan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam mendidik anak-anak PASTI.

Semoga penghormatan ini menjadi inspirasi untuk terus berbakti dengan penuh keikhlasan serta memperoleh keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t 🤲

🌹📚🌟

17/06/2026

PASTI Al-Amru bukan sahaja meraikan cikgu-cikgu, tetapi turut kongsi kegembiraan dengan anak-anak.

Begitu laaa cara kami, keluarga Al-Amru... Cikgu gembira bila melihat anak-anak gembira.. 😊

Terima kasih juga ibu/ayah Al-Amru 🤗

Photos from PASTI Al-Amru, Taman Melati's post 16/06/2026

Sambutan Hari Guru PASTI Al-Amru 🍓💚

Walaupun Hari Guru telah sebulan berlalu, PASTI Al-Amru tetap meraikan cikgu-cikgu pada hari ini (16 Jun 2026).

Alhamdulillah, anak-anak gembira dengan kehadiran 'uncle pisang' (clown), dapat menyaksikan persembahan silap mata serta mendapat belon setiap seorang.

Terima kasih ibu/ayah atas hadiah yang diberi sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada cikgu-cikgu Amru.

15/06/2026

Kelas : 5 Ali Abi Talib

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Huruf (h, i, j, k, l, m, n)

Aktiviti :
1. Murid menyebut huruf h, i, j, k, l, m, n dengan bimbingan guru.
2. Murid mencari huruf yang diminta guru.
3. Murid padankan huruf yang sama.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No. 2-1, Jalan Taman Melati 10, Taman Melati
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00