KESEDARAN DBKL

KESEDARAN DBKL

Share

Persatuan Kakitangan Islam DBKL

27/05/2026

🌙✨ SALAM AIDILADHA 1447H ✨🌙

Dalam keikhlasan pengorbanan, tersimpan kemuliaan sebuah ketakwaan.
Aidiladha mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan hati yang tulus pasti bernilai di sisi-Nya.

Semoga Hari Raya Aidiladha 1447H ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa serta mengeratkan ukhuwah sesama insan.
Marilah kita menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam setiap langkah kehidupan.

🕌 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
🐄 10 Zulhijjah 1447H | 27 Mei 2026
🤍 “Pengorbanan Membina Keikhlasan, Ketakwaan Menyuburkan Kemanusiaan”

Ikhlas daripada:
Persatuan Kakitangan Islam DBKL (KESEDARAN)

Visit TikTok to discover videos! 23/05/2026

✨ Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT ✨

KESEDARAN terus komited menjadi platform memperkukuhkan nilai-nilai Islam, menyemai budaya ilmu serta membina warga kerja yang bukan sahaja cemerlang dalam tugas, malah istiqamah dalam perjuangan amar makruf nahi mungkar.

🤝 Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli, jawatankuasa serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan mesyuarat ini.

Semoga setiap usaha kecil yang digerakkan menjadi asbab keberkatan, kekuatan ukhuwah dan saham akhirat buat kita semua.

“Bekerja Dengan Amanah, Berdakwah Dengan Hikmah”





Visit TikTok to discover videos! Watch, follow, and discover more trending content.

Photos from KESEDARAN DBKL's post 21/05/2026

✨ Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT ✨

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kakitangan Islam DBKL (KESEDARAN) Kali Ke-36 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh harmoni, semangat ukhuwah pada :

13 Mei 2026 (Rabu)
🕘 10.00 pagi – 12.15 tengahari
📍 Dewan Serbaguna, Tingkat 14, Menara PT80.

Program ini bukan sekadar medan memenuhi agenda persatuan, malah menjadi wadah memperkukuhkan silaturrahim, menyatukan hati serta memperkasa peranan dakwah dalam kalangan warga kerja DBKL demi melahirkan persekitaran kerja yang lebih berintegriti, berakhlak dan diberkati Allah SWT.

KESEDARAN terus komited menjadi platform memperkukuhkan nilai-nilai Islam, menyemai budaya ilmu serta membina warga kerja yang bukan sahaja cemerlang dalam tugas, malah istiqamah dalam perjuangan amar makruf nahi mungkar.

🤝 Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli, jawatankuasa serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan mesyuarat ini.

Semoga setiap usaha kecil yang digerakkan menjadi asbab keberkatan, kekuatan ukhuwah dan saham akhirat buat kita semua.

“Bekerja Dengan Amanah, Berdakwah Dengan Hikmah”





Visit TikTok to discover videos! 13/05/2026

📢 Mesyuarat Agung Tahunan KESEDARAN Ke-36 Datang Lagi!!!!!
Kami menjemput seluruh ahli untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan Mesyuarat Agung kita kali ini.Kehadiran anda bukan sekadar pengisi ruang, tetapi bukti kebersamaan dan lambang kesepakatan jitu organisasi kita. Jumpa di sana! 🙌🔥"

Visit TikTok to discover videos! Watch, follow, and discover more trending content.

29/04/2026

*NOTIS MESYUARAT AGUNG KE-36

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Kakitangan Islam DBKL (KESEDARAN) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-36 pada ketetapan berikut;
- Tarikh: 13 Mei 2026 (Rabu)
- ⁠Masa: 10.00pagi
- ⁠Tempat: Tingkat 14, Dewan Serbaguna Menara PT80, Lorong Bonus 1.

Notis Mesyuarat, Borang Usul & Laporan Tahunan 2025 boleh dimuaturun di pautan berikut;
https://drive.google.com/drive/folders/1N7DzYrFIFRea2GytbcTtHCBvtvZrRuKw

Pihak KESEDARAN menjemput semua ahli yang layak untuk menghadir Mesyuarat Agung ini.

Sekian, Terima Kasih.

Setiausaha KESEDARAN
b.p YDP KASEDARAN

Photos from KESEDARAN DBKL's post 05/04/2026

✨ *ALHAMDULILLAH… SATU LAGI LANGKAH MENUJU REDHA ALLAH*✨

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Program Tadarus, Khatam Al-Quran & Insentif Pelajar Cemerlang 1447H/2026M telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada:

📅 13 Mac 2026 (Jumaat)
🕘 9.00 pagi – 12.15 tengahari
📍 Surau Al-Amin, Tingkat 10, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut

Seramai 220 orang peserta telah hadir memeriahkan majlis yang penuh keberkatan ini 💫

Program ini bukan sekadar satu aktiviti, tetapi merupakan manifestasi kecintaan kita terhadap Al-Quran, serta usaha menyemai budaya ilmu dan menghargai kecemerlangan anak-anak Ahli KESEDARAN dalam pelajaran mereka.

🌿 Dalam kesibukan dunia, kita masih diberi ruang oleh Allah untuk:
✔️ Mendekatkan diri kepada Al-Quran
✔️ Menghidupkan hati dengan zikrullah
✔️ Menghargai generasi cemerlang

Inilah nikmat yang tidak ternilai… dan bukan semua orang diberi peluang ini.

Semoga setiap ayat yang dibaca, setiap langkah yang dihadiri, menjadi saksi di hadapan Allah kelak 🤲

🤲 Ya Allah, jadikan kami dalam kalangan hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang Engkau kurniakan… dan istiqamah dalam melakukan kebaikan.







Yang menjalankan amanah,
Biro Penerangan & Publisiti
KESEDARAN DBKL

21/03/2026

*Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M* 🌙

Syawal hadir sebagai madrasah jiwa,
mendidik hati agar kembali kepada fitrah—
mensucikan yang khilaf,
dan menyatukan kembali yang terpisah…

Sesungguhnya, keindahan Aidilfitri bukan pada kemeriahannya,
tetapi pada keikhlasan memaafkan
dan kesungguhan mengikat ukhuwah kerana Allah 🤲

Marilah kita eratkan silaturrahim,
bukan sekadar dengan ucapan,
tetapi dengan hati yang benar-benar tulus dan penuh kasih sayang.

Ikhlas daripada
Persatuan Kakitangan Islam DBKL (KESEDARAN)
1 Syawal 1447H | 21 Mac 2026

07/03/2026

SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H
17 Ramadan 1447H | 7 Mac 2026

Nuzul Al-Quran mengingatkan kita bahawa Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.

Semoga bulan Ramadan ini mendekatkan kita dengan Al-Quran —
membentuk hati yang lebih tenang, akhlak yang lebih mulia dan jiwa yang lebih bertakwa kepada Allah SWT.

Marilah kita menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup, cahaya petunjuk dan sumber kekuatan dalam menghadapi cabaran dunia.

“Al-Quran Petunjuk Sepanjang Zaman.”

Salam Nuzul Al-Quran 1447H.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan ahli Al-Quran yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Ikhlas dari,
Persatuan Kakitangan Islam DBKL

14/07/2025

🌸 *ME Time: Istimewa Usrah Muslimat*

Untuk Muslimat yang ingin memulakan langkah baru, memulihkan luka jiwa dan melangkah dengan hati yang lebih ikhlas dan tenang.

*Hijrah Seorang Hawa: Dari Luka ke Cahaya*

🎤 Bersama:
Naqeebah Leena Idrus
Perunding Motivasi & Hijrah Diri | Personaliti IKIM

📅 2 Ogos 2025 (Sabtu)
📍 Teratak Hj Amran, Kampung Seri Batu, KL
⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat adalah TERHAD!
*Scan QR Code untuk Pendaftaran atau tekan link*
https://forms.gle/sFoRdMWRd6zmz1tV6

Nota:
Usrah tidak sama dengan majlis ilmu biasa.
Di sini ada ukhuwah, muhasabah, terapi nurani serta ruang untuk saling memperbaiki diri🌷💗

Photos from KESEDARAN DBKL's post 30/06/2025

26 Jun 2025 | 29 Zulhijjah 1446H

Keputusan pemilihan Jawatankuasa KESEDARAN sesi 2025-2027

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Kuala Lumpur