31/05/2026
SELAMAT HARI WESAK 2026
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh warga pendidik, murid, ibu bapa dan masyarakat yang meraikannya.
Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini menjadi inspirasi untuk terus menyemai nilai-nilai kasih sayang, toleransi, keharmonian dan saling menghormati dalam kehidupan bermasyarakat. Kepelbagaian yang kita miliki merupakan kekuatan yang menyatukan kita dalam membina komuniti yang aman, sejahtera dan progresif.
Marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan, memupuk sikap saling memahami serta menghargai perbezaan demi kesejahteraan negara yang tercinta.
“Kepelbagaian diraikan, perpaduan diperkukuh, keharmonian dipelihara.”
Ikhlas daripada,
Haji Azman bin Ab Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah
Dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kuala Lumpur
,
31/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌
Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Sentul mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuh nilai pengorbanan, keikhlasan serta menyemai semangat ukhuwah dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat.
Marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan dan ketaatan yang menjadi teras dalam membentuk insan berjiwa mulia demi agama, bangsa dan negara.
“Pengorbanan yang ikhlas melahirkan kekuatan ummah yang bersatu.”
Ikhlas daripada,
Haji Azman bin Ab Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah
Dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kuala Lumpur
,
14/05/2026
✨ 𝐈𝐛𝐮/𝐁𝐚𝐩𝐚/𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐀𝐮𝐭𝐢𝐬𝐦𝐞, 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐚𝐢𝐤 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐧𝐝𝐚! ✨
Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 kini dibuka semula bermula 15 Mei 2026 hingga 15 Julai 2026 bagi membantu meringankan kos pembelajaran anak-anak autisme.
Melalui inisiatif ini, bantuan sebanyak 𝐑𝐌𝟏,𝟎𝟎𝟎 secara one-off diberikan kepada anak autisme yang layak bagi menyokong akses kepada pembelajaran dan intervensi awal yang berkualiti.
📌 Syarat kelayakan utama:
✔️ Warganegara Malaysia
✔️ Anak autisme pemegang Kad OKU JKM berumur bawah 18 tahun
✔️ Pendapatan per kapita isi rumah tidak melebihi RM5,000
✔️ Mengikuti pembelajaran di pusat pembelajaran bertauliah
📍Jangan lepaskan peluang ini untuk membantu perkembangan dan masa depan anak-anak istimewa kita.
Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia
17/04/2026
Football, Friends & Colouring Fun Nationwide Online Drawing & Colouring Contest
STAEDTLER STAEDTLER
08/04/2026
Holiday class 2026 - SHADOW