Hidayah Centre Foundation

Hidayah Centre Foundation

Share

We strive to achieve this by taking a holistic and systemic approach, with a sense of duty and compassion towards humanity.

Hidayah Centre (HC) telah ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai satu institusi yang berkhidmat untuk menghubungkan komuniti daripada pelbagai etnik dan agama di Malaysia. Khidmat dan aktiviti HC adalah tertumpu kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama, serta saudara baru yang memerlukan bantuan dan bimbingan dalam pelbagai aspek. Pada 29 Februari 2012, The Trustees of Hidayah Centre Foundation Re

Photos from Hidayah Centre Foundation's post 24/06/2026

๐€๐ฉ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐š๐ง ๐’๐ž๐›๐ฎ๐š๐ก ๐Š๐ž๐Ÿ๐š๐ก๐š๐ฆ๐š๐ง

HCF Selangor

Pada 19 April 2026 (Ahad) yang lalu, Program Mosque Tour Guide Mingguan telah berlangsung dengan penuh manfaat dari 9.30 pagi hingga 11.00 pagi di Masjid Kota Kemuning. Program ini terus menjadi usaha berterusan dalam mendekatkan masyarakat kepada masjid serta memperkenalkan keindahan Islam dengan cara yang mudah difahami dan mesra.

Ramai yang melihat masjid sebagai tempat ibadah semata-mata, namun di dalamnya tersimpan ruang untuk memahami, mengenali dan mendekati Islam dengan lebih dekat.

Melalui program ini, peserta didedahkan kepada fungsi masjid, adab, serta peranan masjid sebagai pusat komuniti dan penyebaran ilmu. Pada masa yang sama, sukarelawan turut dilatih sebagai Mosque Tour Guide untuk menyampaikan mesej Islam dengan penuh hikmah dan keterbukaan.

Program ini berjaya merapatkan hubungan antara masjid dan masyarakat, menjadikan masjid sebagai ruang yang lebih inklusif, mesra dan mudah didekati oleh semua lapisan masyarakat.

24/06/2026

๐ŸŒŸ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก๐ŸŒŸ

Hidayah Centre Foundation merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Hajar Opir, Koordinator Kenegaraan Institut Kepimpinan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar atas pelantikan sebagai Ahli Panel Pemeriksa Luar Universiti Selangor (UNISEL).

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran, pengalaman serta komitmen beliau dalam bidang pendidikan dan pembangunan akademik. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang serta terus menyumbang kepada kecemerlangan institusi pendidikan negara.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan mengurniakan kejayaan yang berterusan dalam memartabatkan ilmu serta melahirkan generasi yang berkualiti.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah!

23/06/2026

๐˜ผ๐™ข๐™–๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™—๐™š๐™ง๐™ฅ๐™ช๐™–๐™จ๐™–, ๐™œ๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™ก๐™ช๐™–๐™ง ๐™—๐™ž๐™–๐™จ๐™–.

Jangan lepaskan kesempatan meraih pahala dengan berpuasa pada hari Tasu'a (9 Muharram) dan Asyura (10 Muharram).

โœจ Rasulullah ๏ทบ bersabda:

"Puasa pada hari Asyura, aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu."
(HR Muslim)

Jom hidupkan awal tahun Hijrah dengan ibadah, taubat dan amal soleh.

23/06/2026

"Saya mimpi lelaki berserban putih muka bercahaya"

jom kongsi pahala, layari
www.infaqhidayah.com

Photos from Hidayah Centre Foundation's post 23/06/2026

๐ŸŒ™ ๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐‹๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐Š๐ž๐œ๐ข๐ฅ ๐ค๐ž ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐, ๐“๐ž๐ซ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐‹๐ฎ๐š๐ฌ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ ๐‡๐ข๐๐š๐ฒ๐š๐ก

HCF Selangor

Pada 26 April 2026 (Ahad) yang lalu, Program Mosque Tour Guide Mingguan telah berlangsung dengan penuh pengisian dari 9.30 pagi hingga 11.00 pagi di Masjid Kota Kemuning.

Program ini terus menjadi medium penting dalam mendekatkan masyarakat kepada masjid serta menyampaikan keindahan Islam secara santai dan berkesan.

Kadangkala, satu langkah memasuki masjid mampu membuka seribu pintu kefahaman dan ketenangan jiwa.

Sepanjang program, peserta diberi pendedahan mengenai fungsi masjid, adab berada di dalamnya serta nilai-nilai Islam yang menekankan keamanan, kasih sayang dan keharmonian. Sukarelawan juga terus dilatih sebagai Mosque Tour Guide untuk menyampaikan mesej Islam dengan penuh hikmah.

Program ini berjaya menghubungkan masyarakat dengan masjid, menjadikannya ruang yang lebih mesra, terbuka dan inklusif untuk semua tanpa mengira latar belakang.

Photos from Hidayah Centre Foundation's post 23/06/2026

๐Ÿซฑ๐Ÿปโ€๐Ÿซฒ๐Ÿป ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—–๐—™ ๐—ž๐—˜ ๐—ฌ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ค๐—ช๐—” ๐— ๐—”๐—œ๐—ช๐—ฃ

๐Ÿ“… 22 Jun 2026 (Isnin)
๐Ÿ•’ 10.00 Pagi
๐Ÿ“ Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation (HCF) telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat ke Yayasan Taqwa MAIWP yang melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif HCF, Tn Joannes Lukas serta wakil daripada Bahagian Jalinan Strategik dan Bahagian Outreach dan Mualaf HCF.

Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan potensi kerjasama dalam menjayakan beberapa program utama HCF iaitu Kem Kepimpinan Rakan Hidayah (RH), Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk (DMM) Mega dan Program Ziarah Mualaf yang bertujuan untuk memperkasa pembangunan sukarelawan serta menyantuni golongan mualaf.

Semoga perbincangan ini dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama strategik dan memberi manfaat berterusan dalam memperkukuh usaha dakwah, pembangunan sukarelawan serta kebajikan mualaf.







22/06/2026

๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ด ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘บ๐‘ผ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฏโ—

"Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan,
Allah memudahkannya di dunia dan di akhirat."
(Riwayat Ibnu Majah)

Mari bersama membantu ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐˜„๐—ฎ๐—ต & ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ณ oleh Hidayah Centre Foundation melalui:
www.infaqhidayah.com
www.infaqhidayah.com
www.infaqhidayah.com
atau
Atau melalui perbankan internet.
๐Ÿ“ฅ Maybank: 5622 0962 4421 [The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered]
๐Ÿ“ฅ Bank Islam: 1211 3010 0494 33 [Hidayah Centre Foundation]

22/06/2026

๐ŸŒ™ ๐๐ข๐ฅ๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐ƒ๐ข๐๐ž๐ค๐š๐ญ๐ข, ๐‡๐š๐ญ๐ข ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ก๐š๐ฆ๐ข

HCF Selangor

Pada 3 Mei 2026 (Ahad) yang lalu, Program Mosque Tour Guide Mingguan telah berlangsung dengan penuh harmoni dari 9.30 pagi hingga 11.00 pagi di Masjid Kota Kemuning. Program ini menjadi ruang untuk masyarakat mengenali Islam dengan lebih dekat dalam suasana santai, mesra dan penuh keterbukaan.

Kadangkala, satu lawatan ke masjid mampu mengubah persepsi dan membuka pintu kefahaman yang lebih luas tentang Islam.

Sepanjang program, peserta mengikuti sesi lawatan ke beberapa bahagian masjid seperti ruang wuduk, ruang solat serta penerangan mengenai imam, azan, maksud azan dan Surah Al-Fatihah. Peserta juga diberi peluang bertanya secara terbuka bagi memahami Islam dengan lebih jelas dan santai.

Program ini turut diserikan dengan sesi makan dan sembang santai bersama rakan-rakan Non-Muslim, sekali gus mengeratkan hubungan, membina persefahaman dan memupuk keharmonian dalam masyarakat.

22/06/2026

๐ŸŒŸ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก๐ŸŒŸ

Hidayah Centre Foundation merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada HJ Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim, atas penerimaan Daโ€™wah Religious Outreach Award sempena 50th Golden Jubilee Malaysia Islamic Study Group of the USA and Canada (MISG).

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap komitmen, dedikasi dan usaha berterusan beliau dalam memperkasakan dakwah, membimbing masyarakat serta menyebarkan kefahaman Islam dengan penuh hikmah dan kasih sayang.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pendakwah dan aktivis dakwah untuk terus berkhidmat dengan ikhlas demi membawa sinar hidayah kepada seluruh lapisan masyarakat.

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga Allah SWT terus memberkati segala usaha dan memberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dakwah.

22/06/2026

๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐“๐€๐๐”๐๐† ๐‚๐€๐‡๐€๐˜๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐€๐˜๐€๐‡ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐„ ๐…๐Ž๐”๐๐ƒ๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ (๐‡๐‚๐…)

Tabung Cahaya HCF telah ๐’…๐’Š๐’๐’–๐’๐’–๐’”๐’Œ๐’‚๐’ ๐’”๐’†๐’„๐’‚๐’“๐’‚ ๐’“๐’‚๐’”๐’Ž๐’Š oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) pada 1 ๐‘บ๐’†๐’‘๐’•๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’†๐’“ 2022. Fokus manfaat daripada tabung ini adalah ๐’Œ๐’†๐’ƒ๐’‚๐’‹๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐’‘๐’†๐’๐’…๐’Š๐’…๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ yang merentas pelbagai kaum dan agama di Malaysia ๐Ÿค.

Istimewanya Tabung Cahaya HCF ini adalah setiap sumbangan ke tabung ini ๐’๐’‚๐’š๐’‚๐’Œ ๐’Ž๐’†๐’๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’• ๐’Ž๐’‚๐’๐’‡๐’‚๐’‚๐’• ๐’‘๐’†๐’๐’ˆ๐’†๐’„๐’–๐’‚๐’๐’Š๐’‚๐’ ๐’„๐’–๐’Œ๐’‚๐’Š ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐‘ณ๐‘ฏ๐‘ซ๐‘ต ๐Ÿ‘๐Ÿผ.

Untuk membuat sumbangan, sila layari https://hidayahcentre.org.my/tabungcahaya/

๐‡๐ข๐๐š๐ฒ๐š๐ก ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž ๐…๐จ๐ฎ๐ง๐๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง
๐‘†๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐ผ๐‘ ๐‘™๐‘Ž๐‘š
๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘€๐‘ข๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘“

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Lot 300. 3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00