KAFA Masjid Khalid Al-Walid

KAFA Masjid Khalid Al-Walid

Share

برعلمو برايمان برعمل

Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bermaksud kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula tahun 1 hingga tahun 6 yang berdaftar dengan Agensi Pelaksana (Pihak Berkuasa Agama Negeri) dengan menggunapakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

19/06/2026

Bittaufiq wannajah buat seluruh wakil KAFA Masjid Khalid Al-Walid dalam IHTIFAL ZON 4 sesi 2026. Semoga dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang terbaik.

02/06/2026

Assalamualaikum

PERMOHONAN TAHUN 1 KAFA MKWK SESI 2027

Tarikh Permohonan:
🗓️ 1 hingga 30 Jun 2026

Permohonan boleh dibuat:
✅Scan QR code yang tertera, atau
✅Klik link berikut:
https://forms.gle/i2xa41evJCTDCixEA

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
🧕🏻 Ustazah Mazliza
https://wa.me/60193160586
🧕🏻 Ustazah Nadia
https://wa.me/60195490821

MAKLUMAN‼️
Pihak KAFA tidak menerima permohonan murid dari *SK DTHO* dan *SK Jalan Gurney* kerana bercanggah sesi persekolahan.

📌Kemasukan adalah terhad

23/05/2026

Assalamualaikum wrh. wbt.

Kepada
Ibu bapa / Penjaga Murid KAFA MKWK.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN 2026

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan berhubung perkara di atas.

📌Sekolah akan bercuti pada 23 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026. Sesi persekolahan kembali beroperasi pada hari Isnin (8 Jun 2026).

📌Murid-murid diingatkan agar menggunakan masa cuti ini dengan bermanfaat dan sentiasa menjaga kesihatan serta keselamatan diri.

🕋✨Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada ibu bapa/ penjaga & murid-murid yang meraikannya. Semoga Hari Raya Aidiladha yang disambut membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturahim. 🕋✨

🚗Hati-hati di jalan raya dan selamat bercuti!

Sekian, wassalam_.

Yang benar,
(Ustazah Mazliza Othman)
KETUA GURU KAFA MKWK

18/05/2026
18/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU SESI 2026 👨🏻‍🏫

05/05/2026

Jangan lepaskan peluang serta serlahkan kreativiti anda sempena Hari Guru 2026! 🎉

01/04/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KAFA MASJID KHALID AL-WALID 2026

🗓️ 2.4.2026 (Khamis)
⏰ 2:30 ptg hingga 5:15 Petang

👳🏻 Lelaki:
Berbaju melayu + sampin + songkok*

🧕🏻 Perempuan:
Baju kurung / jubah & seumpamanya*

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

21/03/2026

Takbir Raya 🌙

08/02/2026

Esok!!!

26/01/2026

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN & CERAMAH ANTI BULI

Telah berlangsung Majlis Watikah Pelantikan Pengawas KAFA Masjid Khalid Al-Walid, sesi 2026. Ia sebagai langkah memperkukuh kepimpinan murid berteraskan disiplin, amanah dan sahsiah terpuji.

Turut diadakan Ceramah Kesedaran Anti Buli oleh PDRM Jalan Tun Razak, bertujuan meningkatkan kesedaran serta membanteras gejala buli di peringkat awal. Terima Kasih Balai Polis Jalan Tun Razak atas kesudian meluangkan masa bersama anak-anak Kafa Masjid Khalid Al-Walid.

"Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada"

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Padang Tembak, Kampung Datok Keramat
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 14:00 - 17:00
Tuesday 14:00 - 17:00
Wednesday 14:00 - 17:00
Thursday 14:00 - 17:00
Friday 14:30 - 17:30