Pasti D'Penara Bandar Tun Razak

Pasti D'Penara Bandar Tun Razak

Share

Sebarang pertanyaan boleh berhubung di no
019-2865611 (Haji Halid)

016-3577211 (Cg.dhila)

19/06/2026
19/06/2026

Aktiviti kelas 4AnNur : 16/06/26
*Matematik: Pengukuhan Nombor 1*

15/06/2026

Objektif Pembelajaran:
✅Murid dapat mengecam huruf Tho , Zho (ظ), Ain (ع), Ghain (غ) dan Nga (ڠ) dengan betul.
✅Murid dapat menyebut huruf Tho , Zho (ظ), Ain (ع), Ghain (غ) dan Nga (ڠ) dengan sebutan yang betul dengan bimbingan guru.
✅Murid dapat menyuaikan huruf yang sama.

14/06/2026

🌙 Program Manasik Haji Cilik 🌙
Objektif Program: ✅ Memberi pendedahan awal kepada murid tentang ibadah haji dan umrah.
✅ Memperkenalkan rukun serta amalan asas haji melalui simulasi yang menyeronokkan.
✅ Memupuk kecintaan terhadap syiar Islam dan Baitullah dalam kalangan murid.
✅ Menerapkan nilai disiplin, kesabaran dan kerjasama sepanjang aktiviti dijalankan.

Alhamdulillah, Program Manasik Haji Cilik telah berlangsung dengan jayanya. Murid-murid berpeluang mempelajari dan menghayati ibadah haji melalui aktiviti simulasi seperti tawaf, saie dan wukuf dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan bermakna.
Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan pihak yang terlibat atas sokongan serta kerjasama yang diberikan. Semoga program ini memberi manfaat dan menanam rasa cinta kepada Islam dalam jiwa anak-anak sejak kecil.
🕋 "Melentur buluh biarlah dari rebungnya, menyemai cinta kepada Islam sejak usia dini." 🤍✨

13/06/2026

🕋✨ 1 Hari Lagi Menuju Program Manasik Haji! ✨🕋

Alhamdulillah, hanya berbaki 1 hari sahaja lagi sebelum anak-anak PASTI Bandar Tun Razak mengikuti Program Manasik Haji.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang ibadah haji melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Mereka akan belajar serta merasai sendiri tatacara menunaikan haji seperti tawaf, saie dan melontar jamrah mengikut simulasi yang disediakan.

Semoga program ini dapat menanam rasa cinta kepada Islam, Baitullah serta menyemai impian dalam hati anak-anak untuk menjadi tetamu Allah pada masa hadapan. 🤲❤️
Mohon doa daripada semua agar program yang bakal berlangsung ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

"Belajar hari ini, menggapai impian menjadi Dhuyufurrahman suatu hari nanti." 🕋✨

Photos from Pasti D'Penara Bandar Tun Razak's post 10/06/2026

Kreativiti 5 Al faqih
10/6/2026
(RABU)

Photos from Pasti D'Penara Bandar Tun Razak's post 09/06/2026

Sambutan Hari Guru Peringkat Cawangan PASTI D'Penara 🌷
Alhamdulillah, majlis Sambutan Hari Guru telah berlangsung dengan meriah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa atas kerjasama, sokongan dan sumbangan makanan yang diberikan. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk mengundi bagi Anugerah Guru. Jasa dan penghargaan anda amat bermakna buat kami semua. ❤️

🏆 Senarai Penerima Anugerah:
Guru:
🧑‍🏫 Guru Tegas – Cikgu Siti

🧑‍🏫Guru Rajin – Cikgu Ani

🧑‍🏫Guru Penyayang – Cikgu Salina

🧑‍🏫Guru Santai – Cikgu Ida

🧑‍🏫Guru Manis – Cikgu Asilah

🧑‍🏫Guru Gen Z – Cikgu Afiqah

Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan dedikasi. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada warga PASTI D'Penara. 🌹🥰

18/01/2025

MONTAJ KENANGAN BERSAMA

🏫 PASTI D'PENARA BLOK D

👩🏻‍🏫Cikgu Ani
👩🏻‍🏫Cikgu Ida
👩🏻‍🏫Cikgu Laila

Cikgu rakamkan kenangan kalian dalam video ini.

Inilah gambar kenangan bersama mereka,
Cikgu doakan walau di mana pun semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Semoga kalian menjadi anak soleh/ah yang akan menjadi saham akhirat terbesar buat ibu ayah kalian. Terus melangkah anak anak melakar kejayaan demi kejayaan .

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00