Pejabat Pendaftar UPNM

Pejabat Pendaftar UPNM

Share

Menjadi entiti yang cemerlang dan berkualiti dengan memberikan perkhidmatan sumber manusia.

07/06/2026

7 Jun 2026

Seluruh warga Pejabat Pendaftar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘇𝗶𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱, 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, ketenangan jiwa serta keberkatan dalam setiap urusan dan amanah yang dipikul.

Didoakan agar Puan Pendaftar terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan kecemerlangan dalam menerajui Pejabat Pendaftar serta menyumbang kepada kemajuan dan kecemerlangan UPNM.

Selamat Hari Lahir dan semoga dipermudahkan segala urusan.

06/06/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐖𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Selamat Hari Pustakawan 2026 kepada semua warga kerja Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim UPNM yang diketuai oleh 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐦𝐞𝐝 𝐃𝐳𝐮𝐥𝐤𝐚𝐫𝐧𝐚𝐢𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐦, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧 serta semua pustakawan UPNM iaitu:

1. Encik Khairul Anuar Bin Zainudin
2. Encik Mohd Najib Bin Abdullah
3. Encik Azraai Bin Abidin
4. Cik Noor Faezah Binti Shaari
5. Encik Mohamad Sani Bin Sanusi
6. Encik Norkamarizal Bin Kamarudin
7. Cik Wan Nor Mazliyana binti Wan Mansor

Hari Pustakawan Malaysia disambut pada 6 Jun setiap tahun bertujuan untuk menghargai sumbangan warga kerja perpustakaan dalam membina berperanan penting untuk pembangunan maklumat dan ilmu warga UPNM khasnya. Mengangkat tema 2026 ""𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀" adalah sangat signifikan kepada perkembangan PJTI sebagai pusat rujukan ilmu utama di UPNM.

#

05/06/2026

𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 / 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗧𝗜𝗥𝗔𝗙𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗔𝗙

Adalah dimaklumkan bahawa 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗿. 𝗥𝗶𝘁𝗮 𝗪𝗼𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗲 𝗠𝗲𝗲, 𝗣𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮, telah dilantik sebagai 𝗙𝗲𝗹𝗼 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁, 𝗦𝗵𝗶𝗻𝗮𝘄𝗮𝘁𝗿𝗮 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝘆, 𝗧𝗵𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗱 berkuatkuasa 22 Mac 2026 hingga 23 Mac 2029.

Seluruh warga UPNM merakamkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH atas lantikan ini.

Sekian untuk makluman warga kampus.

05/06/2026

𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 / 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗧𝗜𝗥𝗔𝗙𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗔𝗙

Adalah dimaklumkan bahawa 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗠𝗮𝗱𝘆𝗮 𝗧𝘀. 𝗗𝗿. 𝗡𝗼𝗿𝗹𝗶 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗔𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻, telah dilantik sebagai 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶, 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗗𝗲𝗸𝗮𝗻/𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗔𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 berkuatkuasa 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2027.

Seluruh warga UPNM merakamkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH atas lantikan ini.

Sekian untuk makluman warga kampus.

05/06/2026

𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 / 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗧𝗜𝗥𝗔𝗙𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗔𝗙

Adalah dimaklumkan bahawa 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗧𝘀. 𝗗𝗿. 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗠𝘂𝗷𝗮𝗵𝗶𝗱 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗭𝗮𝗶𝗱𝗶, 𝗣𝗲𝗻𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗙𝗮𝗸𝘂𝗹𝘁𝗶 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 & 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻, telah dilantik sebagai 𝗙𝗲𝗹𝗼 𝗣𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁, 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗮𝘀 𝗠𝘂𝗹𝗮𝘄𝗮𝗿𝗺𝗮𝗻, 𝗞𝗮𝗹𝗶𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿, 𝗜𝗻𝗱𝗼𝗻𝗲𝘀𝗶𝗮 berkuatkuasa 1 Januari 2027 hingga 1 Disember 2028.

Seluruh warga UPNM merakamkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH atas lantikan ini.

Sekian untuk makluman warga kampus.

Photos from Pejabat Pendaftar UPNM's post 03/06/2026

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗘𝗞𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗜𝗙 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡

Setinggi-tinggi TAHNIAH ucapkan kepada Lt Kol Ir. Shahrul Bin Sanusi (Bersara) atas pelantikan semula sebagai Pengarah Eksekutif, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UPNM.

Semoga amanah yang diberikan ini akan digalas dengan penuh Integriti serta Komitmen tinggi dan Perancangan Pembangunan Kampus lebih Strategik bagi pengurusan infrastruktur UPNM.

Di bawah Tadbir Urus UPNM30 berharap agar perlantikan ini menyokong aspirasi kecemerlangan berterusan. Selamat menjalankan amanah dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Photos from Pejabat Pendaftar UPNM's post 03/06/2026

22 Mei 2026 (Jumaat) - Sorotan penglibatan warga Pejabat Pendaftar UPNM dalam aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha 1447H.

Aktiviti ini menyaksikan semangat kerjasama dan kebersamaan yang tinggi dalam kalangan staf Pejabat Pendaftar. Turut hadir serta turun padang membantu menjayakan program ialah Puan Fazielah binti Mohamad, Pendaftar UPNM, yang bersama-sama warga staf melaksanakan pelbagai tugasan sepanjang aktiviti korban berlangsung.

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan ukhuwah yang dizahirkan melalui program ini terus memperkukuh hubungan sesama warga universiti serta menjadi amal kebajikan yang diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

31/05/2026

🪷 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐞𝐬𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟔 🪷

Semoga perayaan ini membawa ketenangan jiwa, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada seluruh warga UPNM yang beragama Buddha.

Ikhlas daripada seluruh warga Pejabat Pendaftar UPNM.

30/05/2026

🌾 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐬𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 & 𝐀𝐫𝐢 𝐆𝐚𝐰𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌾

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!
Gayu Guru Gerai Nyamai!

Semoga sambutan Pesta Keamatan dan Ari Gawai membawa kemakmuran, keharmonian dan kegembiraan, kepada semua. Raikan warisan budaya dengan penuh kesyukuran, perpaduan dan semangat kekeluargaan bersama insan tersayang.

Muga Hari Gawai tu mai pengaga, pengerindu enggau pengelantang pengidup ngagai kita sekeluarga.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sungai Besi, Sungai Besi
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00