04/06/2026
Pusat Asasi Sains Universiti Malaya
Selamat Datang Ke Page Rasmi Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (Pasum)
04/06/2026
04/06/2026
*Salam Sejahtera*
Untuk makluman, keputusan penempatan kolej kediaman bagi pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan Program Diploma Universiti Malaya bagi Sesi Akademik 2026/2027 akan mula diumumkan pada 15 Jun 2026 melalui laman sesawang rasmi Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya.
๐ Pelajar boleh membuat semakan penempatan melalui pautan berikut:
๐ https://hep.um.edu.my/accommodation
Sekian, terima kasih.
21/05/2026
๐PASUM amat berbangga dengan setiap kejayaan dan pengiktirafan yang diterima oleh warga PASUM. Semoga lebih banyak kejayaan dapat terus diraih pada masa hadapan. Diharapkan pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh staf untuk terus memberikan yang terbaik, bukan sahaja demi kecemerlangan PASUM, malah dalam memperkukuhkan perjalanan kerjaya masing-masing. ๐ซ
Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima :
Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2026:
๐น ChM Wan Nurhidayah A.Karim
๐นEn. Muhamad Ilzam Ishak
Naib Johan Perseorangan Lelaki (Karom) Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2026:
๐น Encik Wan Arif Wan Mahmood
15/05/2026
๐นBukan mudah menjadi seorang pendidik.
Di sebalik senyuman di dalam kelas, tersimpan segala penat lelah, pengorbanan waktu, dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa pernah berkira demi melihat anak-anak didik berjaya.
Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik PASUM.
Terima kasih kerana tidak pernah jemu menjadi cahaya, pembimbing dan sumber inspirasi dalam mencorakkan masa depan pelajar. โค๏ธ๐
"Guru Bitara Nadi Negara"
12/05/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Norli Anida Abdullah dan Pn. Wan Nurhidayah A. Karim atas kejayaan projek mereka yang terpilih ke peringkat seterusnya dalam UM Deep Tech (UMDT) Accelerator Programme 5.0 serta diluluskan bagi penerimaan geran di bawah program ini.
Kejayaan ini membuktikan bahawa inovasi di PASUM mempunyai potensi komersial untuk pasaran. ๐
Semoga pencapaian mereka menjadi pencetus semangat dan inspirasi buat kita semua di PASUM untuk terus berinovasi serta berani melangkah ke dunia keusahawanan teknologi.
Syabas sekali lagi! ๐โจ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya
Kuala Lumpur
56100