14/05/2026
Kenapa walaupun anak dah rajin salin nota tapi mereka masih cepat lupa?
Masalah selalunya bukan terletak pada “berapa banyak nota” yang anak tulis tetapi pada cara otak anak-anak memproses nota tersebut.
Kemahiran mencatat nota dan kemahiran memori sebenarnya adalah saling berkait rapat.
Apabila anak tahu cara susun isi penting, guna kata kunci, warna, simbol atau teknik tertentu — otak anak-anak akan lebih mudah faham, simpan dan ingat semula maklumat yang telah ditulis.
Sebab itulah ada anak-anak yang belajar lama, tapi susah nak ingat.
Ada p**a anak-anak yang belajar sekejap sahaja tapi lebih kuat melekat dalam ingatan.
✍️ Nota yang berkesan bukanlah nota yang cantik.
🧠 Nota yang berkesan ialah nota membantu otak “melekatkan” ilmu dengan baik.
Kalau anak umur 10–17 tahun masih belajar dengan cara salin bulat-bulat tanpa strategi, mungkin sudah tiba masa mereka belajar teknik belajar yang lebih efektif.
Mereka perlu belajar teknik menulis nota berkesan dan teknik memori penguat daya ingatan.
Osman Affan SmartStudy,
Memori Kuat, Potensi Hebat!
13/05/2026
3 PUNCA mengapa pelajar ada masalah memori / daya ingatan,
1️⃣ Lambakan Maklumat (Information Overload)
Pelajar cuba sumbat terlalu banyak fakta dalam satu masa. Tanpa teknik susunan yang betul, otak akan "jam" dan membuang maklumat tersebut untuk beri ruang kepada info baru.
2️⃣ Hafalan Tanpa Gambaran (Rote Memorization)
Ramai pelajar hanya hafal perkataan demi perkataan. Masalahnya, otak manusia lebih mudah ingat GAMBAR berbanding teks. Kalau tidak ada "visual", memang susah maklumat nak lekat lama-lama dalam minda.
3️⃣ Masalah 'Recall' Masa Exam
Tahu tapi tak boleh keluar! Ini puncanya maklumat disimpan dalam "folder" yang salah dalam otak. Bila stres dalam dewan peperiksaan, "pintu" memori terus tertutup rapat.
---
Berita baiknya? Memori bukan bakat semulajadi, ia adalah KEMAHIRAN yang boleh dilatih. 🧠✨
Nak tahu cara tukar fakta bosan menjadi visual yang senang dihafal? Jumpa saya di bengkel Memory Master Pro nanti!
09/05/2026
🔥 ANAK SUSAH INGAT, CEPAT P**A LUPA?
🔥 TAK TAHU NAK TULIS NOTA MACAM MANA?
🔥 BELAJAR LAMA TAPI CEPAT LUPA?
Jangan risau.
Cuti sekolah ini, bantu anak anda untuk 'upgrade' cara belajar mereka dengan 2 bengkel ONLINE yang sangat MUDAH DIFAHAMI! 🚀
🧠 MEMORY MASTER PRO
Belajar teknik kuatkan memori supaya:
✅ Ingat lebih cepat
✅ Fokus lebih tajam
✅ Lebih yakin semasa belajar & exam
📒 NOTEMASTER PRO
Belajar teknik nota kreatif & sistematik supaya:
✅ Nota lebih kemas & mudah faham
✅ Ulang kaji jadi lebih cepat
✅ Belajar jadi lebih seronok
💻 ONLINE via Zoom
⏰ Hanya 2 jam setiap sesi
💥 Harga promo SERENDAH RM29 sahaja!
📅 JADUAL BENGKEL
🧠 MEMORY MASTER PRO
📌 Isnin, 25 Mei 2026 (8-10 malam)
📌 Sabtu, 30 Mei 2026 (8-10 malam)
📌 Khamis, 4 Jun 2026 (8-10 malam)
📒 NOTEMASTER PRO
📌 Ahad, 24 Mei 2026 (8-10 malam)
📌 Jumaat, 29 Mei 2026 (8-10 malam)
📌 Rabu, 3 Jun 2026 (8-10 malam)
👨🏫 Dibimbing oleh:
OSMAN AFFAN
Malaysian Certified Memory Trainer
Pengasas Teknik Belajar Berkesan SmartStudy®
⚠️ SLOT TERHAD!
Ramai ibu bapa dah mula daftar untuk cuti sekolah 2026.
👉 Dapatkan maklumat lanjut cara mendaftar di ruangan komen.
24/04/2026
Cuba jawab dengan JUJUR & IKHLAS 😊
Subjek mana paling mencabar sekarang?
📘 Matematik
📗 Sejarah
📙 Sains
📕 Bahasa Melayu
📓 English
Tulis di ruangan komen. Kami nak bantu dengan tips selepas ini.
24/04/2026
Kebanyakan pelajar lama duduk membaca tapi masih susah nak ingat.
Cuba teknik ini hari ini:
1. Sebelum baca, cari soalan tentang apa yang bakal dibaca.
2. Semasa membaca, baca sambil cari jawapan.
3. Selepas membaca, tutup buku and imbas kembali apa yang sudah dibaca.
Saya SmartStudy, bukan sekadar baca dengan cara lama.
24/04/2026
Tidak perlu tunggu mood datang.
Mulakan 10 minit sahaja hari ini.
Buat SEDIKIT setiap hari lebih baik daripada buat BANYAK tetapi sekali-sekala.
23/04/2026
[PERHATIAN IBU BAPA: TRANSFORMASI KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK ANDA]
Adakah anda sering melihat anak anda menghabiskan masa berjam-jam di meja ulang kaji, namun masih bergelut untuk mengingati apa yang dipelajari?
Masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar berusia 10 hingga 17 tahun bukanlah kekurangan usaha, sebaliknya ketiadaan teknik pembelajaran yang sistematik dan efektif.
Kami memahami kebimbangan anda. Oleh itu, kami membawakan solusi strategik melalui siri video SmartStudy NoteMaster Pro.
Program ini dirancang khusus untuk membantu para pelajar menguasai kemahiran kritikal dalam menguruskan maklumat dan memperkukuh daya ingatan mereka.
Mengapa SmartStudy NoteMaster Pro Penting Untuk Anak Anda?
• Teknik Mengenal Kata Kunci (Note-Filtering): Melatih pelajar untuk mengenal pasti fakta utama dan mengelakkan pembaziran masa dengan menyalin nota yang terlalu panjang.
• Strategi Pengukuhan Memori: Menggunakan kaedah saintifik untuk memindahkan maklumat ke dalam memori jangka panjang, membolehkan anak anda mengingat fakta dengan lebih pantas dan tepat.
Dengan penguasaan teknik yang betul, anak anda bukan sahaja dapat meningkatkan keputusan akademik, malah dapat mengurangkan tekanan mental serta membina keyakinan diri yang lebih tinggi.
Pelaburan dalam pendidikan adalah jaminan masa depan yang cemerlang. Jangan biarkan anak anda terus buntu dengan kaedah lama yang tidak lagi relevan dengan silabus masa kini.
👇 Sila tinggalkan komen "INFO" untuk butiran lanjut mengenai modul dan pendaftaran.
16/04/2026
“Ramai pelajar ingat nota yang cantik adalah penting untuk skor A dalam peperiksaan. SALAH!
Nota yang betul ialah bukan nota yang cantik tetapi nota yang otak kita senang nak ingat.”
Ini adalah realiti ramai anak-anak kita, pelajar di Malaysia hari ini. Ramai yang terlalu fokus nak buat nota cantik sampai terlupa tujuan sebenar mereka buat nota itu sendiri.
Nota bukan pertandingan seni. Nota ialah alat untuk membantu daya ingatan.
Mari saya kongsikan beberapa tip menulis nota yang betul.
Pertama, berlatih untuk tulis nota menggunakan ayat kita sendiri.
=========
Jangan salin bulat-bulat dari buku teks. Kita pilih perkataan, ayat atau isi penting dan cuba tulis semula mengikut apa yang kita faham.
Sebagai contoh, untuk nota tentang “Fotosintesis” , kita boleh tulis “cara pokok buat makanan guna cahaya matahari.”
Kedua, pendek tapi padat.
==========
Jangan tulis satu muka surat penuh macam karangan. Ambil isi penting sahaja seperti tarikh, formula, fakta utama atau kata kunci.
Kita tidak mahu nota kita jadi macam buku teks.
Ketiga, guna warna dengan bijak.
==========
Warna bukan untuk cantik semata-mata. Guna warna untuk bezakan tajuk, isi penting, atau formula. Bila kita buka nota, mata terus ternampak isi atau perkara-perkara yang penting.
Keempat, buat nota mengikut gaya kita sendiri.
=========
Ada orang s**a peta minda. Ada s**a kata kunci sahaja. Ada s**a jadual. Ada p**a yang s**a lukis gambar.
Jangan ikut gaya orang lain kalau gaya itu tidak sesuai dengan kita.
Gunakan mana-mana gaya yang kita rasa paling sesuai dengan diri kita sendiri.
Kelima, belajar teknik memori.
==========
Teknik memori ialah teknik untuk mengingat atau menghafal apa yang telah kita pelajari. Menulis nota sangat memerlukan aplikasi teknik memori.
Semakin banyak teknik memori kita belajar dan aplikasikan, semakin mudah kita ingat apa yang kita tulis dalam nota.
Jadi mulai malam ini, jangan lagi kejar nak buat nota paling cantik dalam dunia.
Kejarlah nota yang bila kita baca… terus faham, terus ingat dan terus yakin bila kita masuk dewan peperiksaan.
Osman Affan SmartStudy®,
Memori Kuat, Potensi Hebat!
02/09/2025
Anak-anak mudah lupa?
Susah nak ingat?
Lemah daya ingatan?
Jom Mendaftar!
Alhamdulillah. Pendaftaran Bengkel Online SmartStudy® NoteMaster Pro Premium sudah dibuka.
Insyaallah dalam posting seterusnya saya akan terangkan lebih lanjut mengenai apa yang bakal diperolehi melalui bengkel ini.
https://akademismartstudy.com/pages/notemasterpro
Jom!
Memori Kuat, Potensi Hebat!