SMK DARUL EHSAN RASMI

SMK DARUL EHSAN RASMI

Share

Page Rasmi SMK Darul Ehsan
Update terkini perkembangan aktiviti dan acara sekolah.

10/06/2026

Salam Sejahtera Tuan/Puan Kepimpinan PIBG & Guru Kelas,

Satu inisiatif besar, Juara Digital Pandai 2026 telah dilancarkan secara rasmi. Pertandingan peringkat kebangsaan ini bertujuan untuk memperkasakan literasi digital murid serta membantu mereka dalam pencapaian akademik melalui aplikasi Pandai.

Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama padu daripada pihak PIBG (sebagai penggerak ibu bapa) dan para Guru Kelas (sebagai pembimbing utama murid) untuk memastikan info penting ini sampai ke akar umbi.

Mohon kerjasama pihak Tuan/Puan untuk:

1️⃣ Sertai Group WhatsApp Rasmi melalui pautan di bawah untuk mendapatkan info first-hand dan bahan hebahan sekolah

2️⃣ Hadir ke Sesi Taklimat Online bersama wakil Pandai yang akan dijadualkan di dalam group tersebut (penerangan terperinci strategi menang Juara Digital & fungsi Pandai App)

3️⃣ Menjadi Jambatan Maklumat bagi memastikan tiada satu pun anak-anak/murid kita yang terlepas peluang keemasan untuk meraih Markah PAJSK Peringkat Kebangsaan ini

Link Group WhatsApp Khas (PIBG & Guru Kelas):
🔗 https://nakpandai.my/sel-pibg

Gandingan tenaga antara PIBG dan Guru Kelas adalah kunci utama kejayaan anak-anak kita. Terima kasih atas kerjasama dan komitmen luar biasa daripada pihak tuan/puan. ✨🤝

10/06/2026

"Setiap keputusan mempunyai cerita, dan setiap cerita memerlukan sokongan kita bersama."

Hari ini merupakan ruang terbaik untuk ibu bapa dan guru bersama-sama meneliti prestasi akademik murid, mengenal pasti kekuatan yang perlu diperkukuhkan serta aspek yang memerlukan penambahbaikan.

Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa merupakan kunci penting dalam membantu anak-anak mencapai kecemerlangan yang lebih baik pada masa hadapan.

Lock the date.


10/06/2026

✨ MENJELANG MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK TAHUN 2025 ✨

Setiap kejayaan bermula dengan usaha, doa dan pengorbanan yang berterusan.

Debaran semakin terasa! Hanya beberapa hari lagi sebelum berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Tahun 2025.

Jom saksikan video intro sebagai pembuka tirai kepada majlis yang penuh bermakna ini. Bersama-sama kita meraikan usaha, dedikasi dan kejayaan para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang.

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Anda adalah inspirasi kami!
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan.

09/06/2026

Debaran kian terasa..
Siapakah yang akan menjadi juara?
Mari sama-sama kita sokong pasukan PBB kita..
Saksikan Pertandingan Kawad Kaki PBB SMK Darul Ehsan 2026!

Photos from SMK DARUL EHSAN RASMI's post 07/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa SMK Darul Ehsan akan mengadakan Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Sekolah mengikut ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 10 Jun 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Dewan Terbuka PIBG, SMK Darul Ehsan

Sehubungan itu, seluruh warga DESS dijemput hadir bagi memberikan sokongan dan semangat kepada pasukan unit beruniform masing-masing yang akan bertanding.

Kehadiran dan sokongan anda amat dihargai dalam memeriahkan program serta menyuntik motivasi kepada para peserta.

"Sokongan Anda, Pembakar Semangat Mereka!"

Terima kasih. 😊

06/06/2026

PUTERI ADHAWEEYAH BINTI RAMLI (5A1) telah berjaya dipilih untuk mewakili Selangor ke Kejohanan Sofbol MSSM yang akan berlangsung pada 6-12 Jun 2026.

Mohon doa dari semua agar Puteri Adhaweeyah diberikan kesihatan, kekuatan, ketenangan dan kejayaan sepanjang menyertai kejohanan tersebut.

Teruskan berjuang, teruskan melakar kejayaan! 💪
Terima kasih kepada semua jurulatih dan guru pembimbing yang hebat!
!

Photos from SMK DARUL EHSAN RASMI's post 06/06/2026

KEPUTUSAN KEJOHANAN SOFBOL MSS SELANGOR 2026. ⚾️

Keseluruhan:
MSSD Gombak tempat ke-3🥉

Lelaki U18 : Pingat Gangsa 🥉
Perempuan U18 : Pingat Perak 🥈

Tahniah kepada pemain sofbol SMK Darul Ehsan yang terpilih mewakili Pasukan Sofbol MSSD Gombak dibawah bimbingan jurulatih CIKGU HISBULLAH BIN ABD WAHAB 💪
1. NOR RIZQI RAMADHAN BIN MANSOR (5A1)
2. PUTERI ADHAWEEYAH BINTI RAMLI (5A1)
3. PUTERI NUR BALQIS BINTI MOHD HANIF (5A3)
4. HARITH AIMAN BIN HANSUL NIDHAM (3E)
5. NURAIN BATRISYA BINTI MOHD HELMI (3E)
6. HAZIQ NAUFAL BIN AHMAD HATTA (3A)
7. DAYANA BINTI ABDULLAH (2K)
8. RAYYAN RIZQI BIN ABDUL RAZAK (1I)

Pelajar ke pemilihan MSSM.
1. PUTERI ADHAWEEYAH BINTI RAMLI (5A1)

Tahniah! Anda semua hebat!
!

05/06/2026

🎉 JOM KE HARI TVET NEGARA 2026! 🎉

TVET bukan sekadar pilihan pendidikan, tetapi laluan masa depan yang membuka peluang kerjaya berkemahiran tinggi dan berpendapatan kompetitif.

📍 Dataran Putrajaya
📅 5 – 7 Jun 2026 (Jumaat – Ahad)
🕘 9.00 pagi – 10.00 malam

🌟 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
✅ Pameran & demonstrasi TVET
✅ Penerokaan peluang kerjaya dan kerjaya TVET
✅ Aktiviti interaktif & pertandingan
✅ Hadiah menarik dan cabutan bertuah

👨‍👩‍👧‍👦 Bawa seluruh keluarga dan rasai sendiri pengalaman dunia TVET yang penuh inovasi, teknologi dan peluang masa depan.

📢 Untuk pengiktirafan PAJSK, ibu bapa/penjaga perlu:
1️⃣ Mengimbas kod QR yang dipaparkan di mana-mana pintu masuk acara.
2️⃣ Melengkapkan Google Form dan memuat naik gambar anak di lokasi program sebagai bukti kehadiran.

💙 TVET Pilihan Utama Kerjaya
Ayuh bersama-sama memeriahkan Hari TVET Negara 2026 dan terokai pelbagai laluan kemahiran yang membentuk masa depan negara.


04/06/2026

📢 HEBAHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM SMK DARUL EHSAN 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perhatian kepada semua guru dan murid SMK Darul Ehsan!
🏅 Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 10 Jun 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Dewan Terbuka PIBG

Mari bersama-sama memberi sokongan kepada para peserta dan menyemarakkan semangat disiplin, kerjasama serta kecemerlangan warga DESS!

Photos from SMK DARUL EHSAN RASMI's post 21/05/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan 29 Selayang Baru
Kuala Lumpur
68100