04/06/2026
๐ข๐ข ๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ก๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐๐๐จ ๐๐๐ฃ๐ & ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ฅ๐๐๐ ๐ ๐จ๐๐ ๐๐
โจ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐๐๐ก, ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฆ๐ ๐โจ
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Warga SK Jalan Raja Muda merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada hari Isnin, 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.
Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebijaksanaan serta keberkatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam menerajui negara serta memayungi rakyat dengan penuh kedaulatan dan kebijaksanaan.
Sembah takzim daripada kami Warga SK Jalan Raja Muda
Daulat Tuanku
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.
Tahun Ini, Tahun Kita
โGuru Bitara Nadi Negaraโ
31/05/2026
๐ข HEBAHAN: SERTAI BENGKEL iPAD CREATIVE CHALLENGE SERIES 2026! ๐
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Apple Professional Learning Malaysia akan menganjurkan siri bengkel iPad Creative Challenge Series 2026.
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan menyerlahkan kreativiti murid menggunakan aplikasi terbina dalam iPad.
Siri bengkel ini akan bermula ESOK! ๐ช๐ผ๐ช๐ผ
Berikut adalah ketetapan program:
๐ Tarikh: 1 Jun 2026 (Isnin) - 5 Jun 2026 (Jumaat)
โ๏ธ Masa bengkel:
๐ฆ๐ป Sekolah Rendah: 10:00 pagi - 11:00 pagi
๐ง๐ปโ๐ Sekolah Menengah: 3:00 petang - 4:30 petang
๐ฒ Tindakan Guru/Murid:
Sila sertai saluran Telegram rasmi di bawah untuk mendapatkan pautan bengkel, maklumat lanjut, dan info terkini mengenai cabaran ini:
๐ฑ Pautan Sekolah Rendah:
๐๐ผ https://tinyurl.com/iPadCreative-2026
๐ฑ Pautan Sekolah Menengah:
๐๐ผ https://tinyurl.com/iPadChallenge-SM
๐ Markah PAJSK Negeri untuk yang sertai bengkel dan menjawab kuiz semasa bengkel. Ayuh, anak-anak SKJRM yang fasih digital ๐ช๐ผโจ
29/05/2026
๐๐๐ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAK) kali ke-43 ๐๐โจ
๐๏ธ 29 Mei hingga 7 Jun 2026
๐ World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
๐ Malaysia Membaca; Merayakan Buku
Jom luangkan masa cuti sekolah bulan Mei dan cuti raya haji di acara Pesta Buku Terbesar Malaysia!
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL kali ke-43) kembali dari 29 Mei hingga 7 Jun 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dengan tema Malaysia Membaca; Merayakan Buku.
Lebih 1200 reruai menanti untuk diterokaiโdaripada buku best seller, aktiviti interaktif, hingga program eksklusif untuk semua peringkat umur!
Antara tarikan utama:
โข Negara Tamu: Arab Saudi
โข Negeri Tamu: Pahang
โข Kementerian/Jabatan Tamu: Kementerian Pendidikan, Kementerian Perpaduan Negara & Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
โข Persidangan Antarabangsa: ASIAN Rights Fair (ARF)
โข Galeri Buku Kegemaran Pemimpin MADANI
โข Festival Sastera Kanak-kanak & Festival Kata
โข MIFLA Junior (Perhimpunan Pengawas Perpustakaan Sekolah)
โข 3 pentas aktiviti utama: Pentas Utama, Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 3
๐ Simpan tarikh ini & bersama kita Merayakan Buku!
๐ 29 Mei โ 7 Jun 2026
โฐ 10 pagi โ 10 malam
๐ WTCKL
26/05/2026
๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐ ๐โจ
Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh warga SK Jalan Raja Muda ๐โจ
Semoga hari yang penuh keberkatan ini mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan, kesyukuran dan kegembiraan buat kita semua. Mudah-mudahan semua amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati-Nya ๐คฒ๐ผ๐คฒ๐ผ
๐น Maaf zahir dan batin โบ๏ธ
24/05/2026
๐ง๐ปโ๐ซ๐จ๐ปโ๐ผ SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK JALAN RAJA MUDA ๐ง๐ผ๐ฉ๐ปโ๐ซ
๐๏ธ Tarikh : 22.05.2026 (Jumaat)
๐ Tempat : Dewan Nilam Sari
๐น Tema : Kampung People/Klasik
Alhamdulilah. Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada tahun ini. Terima kasih jua kepada barisan PIBG, Tn. YDP PIBG En. Bob Jeffry, Tn. NYDP En. Kamal Adli dan AJK Ibu Bapa, Pn. Noor Laili yang dapat hadir memeriahkan sambutan bersama warga SK Jalan Raja Muda ๐
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas segala ucapan, doa, hadiah dan ingatan daripada semua ibu bapa dan anak-anak SKJRM yang amat bermakna buat para guru โค๏ธโค๏ธ Alhamdulillah. Terima kasih semua ibu dan ayah! ๐ฅฐ๐ฅฐ Kami amat hargai! ๐ซถ๐ผ๐ซถ๐ผ
๐ธ Pantun Hari Guru ๐ธ
โจPergi ke taman memetik melati,
Harum mewangi si bunga raya,
Guru mendidik penuh dedikasi,
Jasa dikenang sepanjang masa.
๐ธ Pantun Terima Kasih ๐ธ
โจ Naik perahu di waktu pagi,
Singgah sebentar di Tanjung Jati,
Terima kasih daun keladi,
Atas ingatan dan budi diberi.
Terima kasih semua! โค๏ธโค๏ธ
โจ โGuru Bitara, Nadi Negaraโ โจ
22/05/2026
MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN 2026
๐ Dilampirkan surat makluman cuti & poster untuk rujukan tuan/puan.
๐ Sekolah akan beroperasi semula pada 8 JUN 2026 (ISNIN).
๐ Murid-murid diingatkan agar menggunakan masa cuti ini dengan bermanfaat dan sentiasa menjaga kesihatan serta keselamatan diri.
๐น Pihak sekolah mengucapkan โจ ๐ข๐ฎ๐ต๐ช๐ถ๐ช๐ฝ ๐๐ช๐ป๐ฒ ๐ก๐ช๐๐ช ๐๐ฒ๐ญ๐ฒ๐ต๐ช๐ญ๐ฑ๐ช โจkepada ibu bapa/penjaga & murid-murid yang meraikannya. Semoga Hari Raya Aidiladha yang disambut membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturahim ๐โจ
Hati-hati di jalan raya dan selamat bercuti! ๐๏ธ
Terima kasih โค๏ธ
16/05/2026
โจ Selamat Hari Guru! ๐๐โจ
Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik SK Jalan Raja Muda yang hebat dan dedikasi serta semua guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, membimbing dan membentuk anak bangsa dengan penuh kasih sayang dan dedikasi.
Sesungguhnya, tugas seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mendidik dengan hati yang ikhlas dalam menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar.
Di sebalik setiap kejayaan murid, terselit pengorbanan, kesabaran dan kecekalan seorang guru yang sentiasa berusaha membina generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan tanpa mengenal penat lelah demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik.
Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan setiap langkah para guru sentiasa diberkati serta dipermudahkan oleh Allah SWT.
Tahun Ini, Tahun Kita!
Guru Bitara Nadi Negara
Terima Kasih Cikgu! ๐น