Akademi Al-Quran Ar Rayyan

Akademi Al-Quran Ar Rayyan

Share

PENDIDIKAN TERAPI AL QURAN & IBADAH UNTUK PELAJAR ISTIMEWA ( AUTISME & OKU )

019-9748382 ( ADMIN )

AKADEMI AL-QURAN AR RAYYAN ditubuhkan oleh Kelas Al Quran Ideal dgn kerjasama Yayasan FAQEH bagi memberi ruang dan peluang untuk anak-anak Autism celik dan cinta Al Quran serta bagi melatih & membentuk anak-anak istimewa ini lebih istimewa dengan penerapan terapi Wudhu', terapi Al quran, Ruqyah & Zikir. Menyediakan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran berkualiti bagi memenuhi agenda pendidika

09/06/2026

๐Ÿฅฝ VR: JOM JEJAK SEJARAH HIJRAH NABIโœจ

Pernah terfikir bagaimana suasana perjalanan Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah?

Kini anda berpeluang merasainya sendiri melalui VR Experience: Jom Jejak Sejarah Hijrah Nabi yang dibawakan khas di Surau Ar Rayyan.

โœจ Menampilkan pelbagai kisah dan pengajaran daripada peristiwa Hijrah yang penuh dengan pengorbanan, keberanian dan keimanan.

Antara yang menarik:
๐Ÿ“– Kisah Hijrah Rasulullah SAW
๐Ÿ•Œ Perjalanan Dakwah Islam
๐Ÿฅฝ Pengalaman VR yang interaktif dan mengujakan
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa

๐Ÿ’ฐ RM19 ( 1 kisah perjalanan hijrah )
๐Ÿ•™ 10.00 Pagi โ€“ 10.00 Malam
๐Ÿ“ Surau Ar Rayyan

๐ŸŒŸ Pilihan pengalaman VR yang lain turut tersedia pada hari program ( boleh add on )

Jom ramai-ramai bawa keluarga dan sahabat untuk menghayati sejarah Hijrah dengan cara yang lebih menarik dan berbeza!

Anjuran:
Surau Ar Rayyan

09/06/2026

๐ŸŒ™ HIJRAH MINDSET 1448H:
LEVEL UP! โ€“ The Young Muhajir ๐ŸŒ™

Sempena kedatangan tahun baharu Hijrah 1448H, Surau Ar Rayyan menjemput anak-anak, remaja dan seluruh komuniti untuk menyertai program khas yang menggabungkan elemen ilmu, motivasi, teknologi dan ukhuwwah.

โœจHijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi mengubah cara berfikir, melihat dan bertindak

๐Ÿ“… Tarikh: 14 Jun 2026 (AHAD)
๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa: Selepas Asar hingga selepas Isyak
๐Ÿ“ Tempat: Surau Ar Rayyan
๐Ÿ‘ฅ Terhad kepada 100 peserta sahaja

๐ŸŽฏ Antara tarikan program:
โœ… Pengisian motivasi Hijrah Mindset 1448H
โœ… Aktiviti interaktif dan santai
โœ… Pengalaman VR (Virtual Reality) (pilihan tambahan)
โœ… Jamuan Satay Bakar Panas-Panas

๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan: RM14.48 (sempena 1448H)
๐ŸŽฎ VR Experience: Tambahan RM19

Jom mulakan tahun baharu Islam dengan semangat baharu, pemikiran baharu dan azam untuk menjadi Muslim yang lebih baik.

๐Ÿ“ฒ Tempat adalah terhad.
Sebarang pertanyaaan boleh terus berhubung ustazah : 019-9748382

Jomm Daftar ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ

https://forms.gle/mh8PF52f91BLK3wW9

Anjuran : Surau Ar Rayyan

04/06/2026

Throwback Aktiviti Simulasi Korban Sempena Hari Raya Aidiladha โ™ฅ๏ธ

Aktiviti ini bertujuan mendidik anak-anak istimewa tentang erti pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT. Melalui simulasi korban, mereka dapat mengenali kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. serta memahami pengorbanan seorang ayah dan ibu dalam membesarkan anak-anak.

Semoga pengalaman ini menjadi asbab mereka membesar dengan hati yang lebih bersyukur, penyayang dan menghargai setiap pengorbanan insan di sekeliling mereka. โค๏ธ๐Ÿคฒ๐Ÿป

23/05/2026

Bulan Zulhijjah ๐Ÿค
Bulan untuk kita ternak pahala, perbaiki hati dan dekatkan diri kepada Allah.

Dalam sibuknya dunia, jangan lupa ada hari-hari terbaik yang Allah hadiahkan untuk kita gandakan amal.
Sedikit kebaikan yang dibuat dengan ikhlas, insyaa Allah besar nilainya di sisi Allah ๐ŸŒท

22/05/2026

Simulasi korban untuk praktikal pelajar autisme di AQR ๐Ÿค

โ€œBoleh ke mereka cabut bulu ayam? Bukan mereka geli ke?โ€
โ€œBoleh ke mereka faham makna korban dan Aidiladha?โ€

Sahabatโ€ฆ
Itulah kadang-kadang mentaliti kita terhadap anak autisme.

Sedangkan mereka juga mampu belajar, memahami dan merasai pengalaman hidup dengan cara mereka sendiri. Dalam simulasi ini, mereka belajar keberanian, fokus, sensory dan juga makna ibadah ๐Ÿค

Jangan terlalu cepat meragui kemampuan anak-anak istimewa.
Mereka bukan tak mampu, mereka cuma perlukan peluang dan bimbingan ๐ŸŒท

20/05/2026

โœจ SAMBUTAN HARI GURU AQR 2026 โœจ

โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€ ๐Ÿค

Istimewa buat semua guru yang sentiasa sabar mendidik, membimbing dan menyinari perjalanan anak-anak syurga kami โœจ๐Ÿงฉ

๐Ÿ“… Hari : Khamis
๐Ÿ—“ Tarikh : 21/05/2026
๐Ÿ•’ Masa : 3:00 pm โ€“ 5:00 pm

Semoga majlis ini menjadi tanda kasih dan penghargaan buat insan hebat bergelar guru ๐Ÿค



20/05/2026

โœจ ALHAMDULILLAH โœจ

Dengan penuh rasa syukur,
program Larian Kesedaran Autisme 2026 telah berjaya diiktiraf bagi markah PAJSK peringkat kebangsaan ๐Ÿค๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Satu pencapaian yang sangat bermakna hasil usaha, doa dan sokongan daripada pelbagai pihak dalam menjayakan misi kesedaran autisme untuk masyarakat.

Terima kasih buat:
๐ŸŒŸ semua sekolah, guru, ibu bapa & murid
๐ŸŒŸ para peserta, sukarelawan & rakan kolaborasi
๐ŸŒŸ seluruh komuniti yang terus menyokong perjuangan kesedaran autisme ini

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya lebih banyak ruang yang inklusif, penuh kasih sayang dan penerimaan buat anak-anak autisme di Malaysia ๐Ÿงฉ๐Ÿ’™

Tahniah & syabas kepada semua yang terlibat!

โ€œBersama meraikan kepelbagaian, memacu kesedaran.โ€ โœจ

20/05/2026

โœ… Nantikan Official Video Takbir Raya
anjuran khas Surau Ar Rayyan ๐Ÿค

Semoga alunan takbir ini menjadi asbab hati kita lebih dekat dengan Allah, menyatukan ukhwah dan menghidupkan suasana Aidiladha dengan penuh syukur serta cinta ๐Ÿ˜

Photos from Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan's post 19/05/2026
19/05/2026

Guruโ€ฆ
ada erti yang mereka belum tahu tentang dirimu.

Di sebalik senyuman dan ketegasanmu,
ada penat yang disimpan diam-diam,
ada doa yang tidak pernah putus untuk anak-anak didikmu.

Mungkin hari ini mereka belum memahami pengorbanan itu,
tetapi suatu hari nanti,
mereka akan mengenang seorang insan yang pernah percaya pada diri mereka saat dunia meragui.

Terima kasih kerana terus kuat mendidik,
walau lelah, walau tidak selalu dihargai.

Selamat Hari Guru ๐Ÿค
Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi pahala yang terus mengalir dan cahaya buat dunia akhirat

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


2, Jalan Bullion Mewah, Taman Bullion Mewah
Kuala Lumpur
68100(BERSAMAKELASALQURANIDEAL