Kolej Poly-Tech MARA

Kolej Poly-Tech MARA

Share

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) is higher education provider and licensed under MOE. Visit www.kptm.edu.my Managed by Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (MARA Corp).

We offer a wide range of educational opportunities in the field of Information Technology, Computer Science, Health Sciences. The History of KPTM
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), formerly known as Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) was established as a private higher educational institution under the Private Higher Educational Institutions Act 1996 (Act 555) in September 2003. Bhd., a wholly owned su

Photos from Kolej Poly-Tech MARA's post 13/06/2026

HITS SARAWAK 2026 PERKASA AKSES PENDIDIKAN TINGGI DAN PERLUAS PELUANG PENGAJIAN UNTUK ANAK SARAWAK

KUCHING, SARAWAK, 13 Jun 2026 – Program Higher Education Institution Tour Series (HITS) Sarawak 2026 yang berlangsung hari ini berjaya menghimpunkan ratusan pelajar sekolah menengah dan lepasan SPM bagi mendapatkan maklumat berkaitan peluang melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi, khususnya di bawah rangkaian pendidikan MARA.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, yang turut menzahirkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperluaskan akses pendidikan berkualiti kepada anak-anak Sarawak.

YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang ketika ditemui berkata, inisiatif seperti ini membuktikan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memastikan anak-anak Sarawak tidak tercicir daripada peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atas faktor kewangan.

“Pendidikan merupakan pemangkin utama pembangunan modal insan. Sokongan yang diberikan melalui pelbagai bentuk bantuan dan insentif ini diharap dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik serta menyumbang semula kepada pembangunan negeri Sarawak pada masa hadapan,” katanya.

Sempena program tersebut, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) telah menyampaikan bantuan persekolahan berjumlah RM20,000 kepada 172 pelajar daripada enam buah sekolah menengah di Sarawak bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga dalam menyediakan keperluan persekolahan.

Sekolah-sekolah yang menerima manfaat bantuan tersebut ialah:
SMK Matang Jaya (33 pelajar)
SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) (33 pelajar)
SM Sains Kuching (33 pelajar)
SM Sains Kuching Utara (33 pelajar)
SMK Kota Samarahan (20 pelajar)
SMK Muara Tuang (20 pelajar)
Setiap pelajar menerima bantuan sebanyak RM100, sekali gus mencerminkan keprihatinan YPM terhadap kebajikan dan keperluan pendidikan generasi muda.

Dalam perkembangan berkaitan, program tersebut turut memperkenalkan pelbagai inisiatif dan insentif khas pendidikan untuk pelajar Sarawak hasil kerjasama strategik antara Yayasan Sarawak, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

Melalui kelulusan penajaan pendidikan oleh Yayasan Sarawak bertarikh 20 April 2026, pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di KPTM dan UPTM berpeluang menikmati pelbagai bantuan, antaranya:
Laptop percuma bernilai sehingga RM3,000 kepada pelajar yang layak;
Bantuan buku sebanyak RM300;
Bantuan kewangan khas RM600 sebanyak dua kali bayaran dengan jumlah keseluruhan RM1,200;
Insentif graduan pulang ke Sarawak sebanyak RM300 bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia atau Sabah ke Sarawak.

Selain itu, KPTM dan UPTM turut menawarkan:
Pengecualian bayaran pendaftaran dan pengesahan berjumlah RM400; dan
Insentif tiket penerbangan sebanyak RM300 kepada pelajar Sarawak yang layak.

Pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi Yayasan Sarawak dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan untuk tujuan penilaian.

Inisiatif bersepadu ini dijangka dapat meningkatkan akses pendidikan tinggi dalam kalangan anak-anak Sarawak, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, di samping menggalakkan lebih ramai lepasan SPM melanjutkan pengajian dalam bidang profesional yang ditawarkan oleh KPTM dan UPTM.

Penganjuran HITS Sarawak 2026 mencerminkan komitmen berterusan institusi pendidikan MARA dalam menyediakan laluan pendidikan yang inklusif, berkualiti dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.










12/06/2026

🔥 𝐆𝐞𝐭 𝐫𝐞𝐚𝐝𝐲 𝐟𝐨𝐫 𝐇𝐈𝐓𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔

Satu acara. Ribuan peluang. Pengalaman yang luar biasa menanti anda.

Stay tuned. The future starts here. 🚀

NextLevelofExcellence

11/06/2026

📢𝟏 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢! 🎉

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Higher Education Tours (HITS) 2026 yang bakal berlangsung di 𝐏𝐥𝐚𝐳𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚, 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠, 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤

📍 𝐏𝐥𝐚𝐳𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚, 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠, 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
📅 𝟏𝟐 – 𝟏𝟒 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
⏰ 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦

Temui pelbagai peluang pendidikan tinggi, dapatkan konsultasi secara terus, serta ketahui maklumat terkini mengenai program pengajian, biasiswa dan penajaan yang ditawarkan.

✨ Masa depan bermula dengan langkah pertama. Ayuh rancang perjalanan pendidikan anda bersama kami!

KEMAS perkenal laluan ijazah setahun untuk pendidik tabika 10/06/2026

KERJASAMA AKADEMIK KEMAS BERSAMA UPTM DAN KPTM

PUTRAJAYA, 9 Jun – Tenaga pengajar Tabika KEMAS kini berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh hanya setahun.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Datuk Mohd Hanafiah Man berkata, peluang itu direalisasikan melalui kerjasama strategik bersama Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dan Kolej Poly-Tech MARA.

Menurut beliau, kerjasama tersebut membolehkan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) KEMAS diberikan akreditasi.

Bacaan lanjut di:
https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/kemas-perkenal-laluan-ijazah-setahun-untuk-pendidik-tabika/









KEMAS perkenal laluan ijazah setahun untuk pendidik tabika PUTRAJAYA, 9 Jun – Tenaga pengajar Tabika KEMAS kini berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh hanya setahun.RINGKASAN BERITA AI − KEMAS bekerjasama dengan UPTM dan Kolej Poly-Tech MARA untuk mengakreditasi Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK). Laluan pen...

08/06/2026

🚀 Higher Education Tours (HITS) 2026 kini kembali‼️

Jom kunjungi kami di Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak dari 12 – 14 Jun 2026 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang pendidikan, program pengajian serta laluan kerjaya masa hadapan anda.

📍 Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak
📅 12 – 14 Jun 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam

Temui kami dan mulakan langkah pertama ke arah masa depan yang lebih cemerlang!

Photos from KPTM Ipoh's post 07/06/2026

TAHNIAH KPTM IPOH, CIPTA NAMA DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS!

KPTM Ipoh mencatat sejarah dan rekod dalam Malaysia Book of Records menerusi Program Largest Simultaneous ESG Community Program KPTM Ipoh 2026.

Program ini melibatkan 975 pelajar, 150 staf dan komuniti di 44 lokasi sekitar Meru, Chemor, Klebang, Manjoi, Tasek dan Jelapang.









05/06/2026

🚨 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆, 𝐀𝐑𝐄 𝐘𝐎𝐔 𝐑𝐄𝐀𝐃𝐘? 🚨

Karnival Higher Education Tour 2026 bakal menemui anda di Plaza Merdeka 🔥

Jom datang beramai-ramai untuk meneroka pelbagai peluang pendidikan, mendapatkan khidmat nasihat pengajian dan merancang langkah terbaik untuk masa depan anda.

🎓 Pilihan program pengajian
🎓 Peluang melanjutkan pelajaran
🎓 Konsultasi pendidikan secara percuma
🎓 Aktiviti menarik sepanjang karnival

📍 𝐏𝐥𝐚𝐳𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚, 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠, 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
🗓️ 𝟏𝟐 – 𝟏𝟒 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
⏰ 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦

Tak kira anda pelajar SPM, STPM, lepasan diploma atau ibu bapa yang sedang mencari institusi pengajian terbaik untuk anak-anak, inilah masanya untuk mendapatkan maklumat secara terus!

✨ Jumpa anda di sana!

Photos from Kolej Poly-Tech MARA's post 04/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT: PERBINCANGAN ANTARA KPTM SDN. BHD. DAN JPNIN

4 Jun 2026, Khamis - Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) membuat kunjungan hormat ke Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN), Putrajaya, hari ini.

Kunjungan delegasi KPTMSB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, Tuan Haji Radzuan bin Razali, Pengurus Kanan Menjalankan Tugas Pengarah Jabatan Pendidikan Berterusan, En Khairul Azman bin Mohamed Kasim, Pengarah KPTM Kota Bharu, YM Tuan Haji Raja Izuddin bin Raja Ahmad, Dekan Fakulti Pendidikan KPTM Kota Bharu, Dr Mazeni binti Ismail dan Pengurus Unit Latihan & Jaringan Industri KPTM Kota Bharu.

Manakala daripada JPNIN disertai Ketua Pengarah, En Zulkifli bin Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha KPN, Tuan Mohamad Sobri bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), En Norzahiruddin Amin bin Husin dan beberapa pegawai lain.

Kunjungan ini bertujuan mengadakan sesi perbincangan sebagai mencari peluang dan potensi kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara KPTMSB dan JPNIN pada masa akan datang.









31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Allah SWT mengurniakan ke bawah Duli Tuanku kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.









31/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha.

Semoga sambutan Hari Wesak kali ini membawa ketenangan jiwa, kebijaksanaan dalam tindakan serta mengeratkan lagi semangat keharmonian, kasih sayang dan saling menghormati dalam masyarakat majmuk negara kita.









Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan 7/91
Kuala Lumpur
56100

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:30 - 16:30
Tuesday 09:00 - 13:00
14:30 - 16:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:30 - 16:30
Thursday 09:00 - 13:00
14:30 - 16:30
Friday 09:00 - 12:00
15:00 - 16:30