SMK Perempuan Air Panas Rasmi

SMK Perempuan Air Panas Rasmi

Share

High School

04/06/2026

Tak lengkap Sambutan Hari Guru tanpa pemenang Best Dress kan? πŸ˜†βœ¨

Sebab bila tema dah diberi, semua terus naik level jadi runway-ready! πŸ˜ŽπŸ’ƒ

Tahniah kepada para pemenang Best Dress Hari Guru β€” yang berjaya buktikan bahawa β€œdatang ke sekolah” boleh jadi satu fashion statement juga. πŸ”₯πŸ“š

Aura ada, gaya pun ada… memang susah nak lawan! πŸ€­πŸ†βœ¨

Photos from SMK Perempuan Air Panas Rasmi's post 04/06/2026

Tarikh: 22 Mei 2026
Program: Sambutan Hari Guru
Tempat: Dewan Tan Sri Zulhasnan

Maafkan admin sekali lagi sebab lambat posting gambar Hari Guru.πŸ˜†

Lepas raya, admin masuk mood cuti sekolah p**a. Dari urus majlis Hari Guru, terus sambung urus persiapan Hari Raya Aidiladha, lepas tu terus bertukar mode jadi suri rumah sepenuh masa. 🀭✨

Eh, lupa… admin masih single. 🫠 Tiber...

Tapi bak kata orang, lambat bukan bererti dilupakan.

Akhirnya, gambar-gambar Hari Guru berjaya timbul di timeline Facebook anda! πŸ‘‰πŸ»πŸ‘ˆπŸ»

Jom kita throwback kemeriahan Sambutan Hari Guru yang penuh warna, gelak tawa dan kenangan indah! πŸŽ‰

26/05/2026

Salam Aidil Adha buat semua. πŸŒ™πŸ
Semoga hari penuh pengorbanan ini membawa rahmat, kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua.

Ikhlas daripada warga,
SMK (P) Air Panas. ✨

26/05/2026

Maaf admin lambat upload… πŸ˜†
Admin busy pergi pasar, siang ayam. Nak raya, faham-faham jela. πŸ€­βœ¨πŸ„

Tapiiii…
Posting Hari Guru tetap kena jalan. 😎πŸ”₯

Grand entrance guru-guru bermula! ✨

Hari ni kita bukan garang…
Kita glamour dengan tema Casual Color Block.
β€οΈπŸ’›πŸ©·πŸ§‘πŸ’œπŸ’™πŸ’š

Siapa kata guru tak boleh serve look? πŸ˜†πŸ”₯

23/05/2026

Belum move on lagi dengan vibe Sambutan Hari Guru semalam kan? πŸ©·πŸ’™β€οΈπŸ§‘πŸ’œπŸ’›πŸ’š

Hold on, bawak bertenang semua. Gambar-gambar best sedang dalam perjalanan πŸ‘€πŸ“·

Photos from SMK Perempuan Air Panas Rasmi's post 20/05/2026

Tarikh: 20 Mei 2026
Program: Kejohanan Olahraga Tahunan SMK (P) Air Panas kali ke-58
Tempat: TAR UMT Skyview Arena

Padang menjadi saksi semangat, disiplin dan kesungguhan warga sekolah dalam mencipta kenangan serta kejayaan.

Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian mencuba, semangat berpasukan dan nilai kesukanan yang dibina sepanjang kejohanan berlangsung.

Tahniah kepada semua atlet, guru, urus setia dan warga sekolah yang menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan 2026. Tahniah kepada rumah sukan Bunga Kenanga, Bunga Telang, Bunga Matahari dan Bunga Raya atas kejayaan anda. Semoga semangat juang ini terus mekar dalam setiap langkah.πŸ’›πŸ’™πŸ’šβ€οΈ

19/05/2026

πŸ“£ ESOK HARI YANG DINANTI! πŸ“£

Padang bakal dipenuhi semangat, sorakan dan aksi penuh bertenaga! πŸ”₯πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

Jangan lepaskan peluang untuk bersama memeriahkan Kejohanan Olahraga Tahunan 2026 dan memberi sokongan kepada para atlet sekolah. πŸ…βœ¨

Jumpa esok! πŸ’™πŸ’šπŸ’›β€οΈ

16/05/2026

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik yang saya hormati dan kasihi.

Terima kasih atas segala usaha, pengorbanan dan keikhlasan yang dicurahkan dalam mendidik anak-anak bangsa. Di sebalik setiap kejayaan murid, pasti ada guru yang tidak pernah jemu membimbing, menyabar dan mendoakan mereka.

Semoga semua guru terus diberikan kekuatan, kesihatan dan semangat untuk menjalankan amanah yang sangat mulia ini.

Teruslah menjadi inspirasi, kerana jasa seorang guru akan sentiasa dikenang sepanjang hayat.

Photos from SMK Perempuan Air Panas Rasmi's post 16/05/2026

Tarikh: 14 Mei 2026
Program: Saringan dan Acara Akhir
Tempat: SMK (P) Air Panas

18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.πŸŒ™βœ¨

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan jiwa, menguatkan iman, serta melimpahkan rahmat dan keampunan buat kita semua.

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal ibadah, menyemai kasih sayang, dan mempererat ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Sekolah SMK (P) Air Panas.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


SMK (P) Air Panas
Kuala Lumpur
53200

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00