15/06/2026
Malaysia kaya dengan sumber air. Namun, adakah kita benar-benar menghargai nilainya yang bersifat multidimensi?
Kertas penyelidikan ini menyentuh mengenai pelbagai dimensi air dalam kerangka pembangunan negara, termasuk struktur tarif air di Malaysia, penggunaan air per kapita, hubungan antara sektor air dan tenaga, bagaimana pertimbangan politik menentukan sistem tarif, serta implikasi pertumbuhan pusat data dan ekonomi digital terhadap sumber air negara.
Penyelidik kami turut membuat kupasan ringkas mengenai jurang ketara antara sektor airš§dan sektor tenagaā”ļødalam dasar pembangunan Malaysia, antaranya bagaimana naratif dan perbezaan āframingā menjadikan sektor tenaga lebih āpolicy-visibleā berbanding sektor air.
š Penulis & Penyelidik: Sofiya Tamizi
š Penasihat: Dr. Azmi Aris
Kertas penuh boleh dimuat turun di sini:
https://0af72450-51e1-4a63-abf9-73b3d3ea6814.usrfiles.com/ugd/d4db15_32c37d55d753457cb24ff6bd2a7ff8c6.pdf
Laman web rasmi: www.lubnaresearchcenter.com
15/05/2026
Wacana Ringkas Jumaat #2
Sang Reformis Agama
Dalam konteks reformasi agama, Malaysia berhadapan dengan tantangan yang kompleks dan dinamik. Memahami makna agama, ia merupakan sistem kepercayaan dan amalan individu kepada sang pencipta yang berbentuk spiritual. Dalam dunia serba kompleks ini, agama sering kali dimanfaatkan oleh golongan tertentu sebagai alat eksploitasi, pengekalan status quo serta ugutan melalui pengawalan naratif yang selektif.
Agama adalah candu. Begitulah ungkapan yang pernah diutarakan oleh Karl Marx dalam A Contribution to the Critique of Hegel's Philosophy of Right. Beliau menukilkan kalimah ini kerana di zamannya tersebut, beliau berhadapan dengan ribuan, malah ratusan ribu masyarakat yang terpedaya dengan tipu-daya agamawan yang gagal menyedari atau lalai tentang hakikat penindasan berlaku oleh golongan borjouis.
Karsandas Mulji, seorang jurnalis dari etnik Gujarat era India Moden memperlihatkan beliau berjuang menentang aparat elit agama yang menggunakan dalil-dalil dewa Hindu sebagai alat untuk memuaskan nafsu serakahnya. Beliau menentang budaya kontroversial iaitu āCharan Sevaā yang diperkenalkan oleh seorang Maharaj, Junadath untuk meniduri wanita dalam upacara spiritual.
Di Barat kurun ke-18, Voltaire melawan institusi-institusi gereja kerana dikatakan mengawal dogma masyarakat di Perancis ketika itu hingga dibuang negeri ke England. Di Timur Tengah, Muhammad Abduh membangkitkan keperluan pemikiran Islah dan Tajdid bagi melawan golongan anti-rasionalisme yang jumud, taklid membuta tuli dan asabiyah dalam bermazhab.
Di Tanah Melayu era 1950-an, terdapat seorang reformis yang memperjuangkan idea Islah dari taklid yang berbeza menerusi gagasan Kaum Muda. Individu tersebut adalah Hasyim A. Ghani dari Negeri Sembilan. Bezanya, Hasyim A. Ghani lebih tertumpu fundamental kepada usul fiqh yang dilihat bercanggah dengan amalan Islam Kaum Tua.
Antara Eksploitasi dan Ketaatan
Eksploitasi sering kali dikaitkan dengan konsep ketaatan. Dalam konteks sejarah, eksploitasi bermula melalui satu sistem yang dicipta untuk membentuk kepatuhan dan ketaatan. Di India, sistem ini berkait dengan sejarah India Kuno yang dikenali sebagai sistem kasta yang merupakan satu bentuk stratifikasi sosial yang membahagikan masyarakat kepada lapisan-lapisan yang berbeza berdasarkan kelahiran, pekerjaan dan status sosial.
Di Timur Tengah, eksploitasi dan ketaatan berlaku untuk mengawal status dan pergerakan buruh binaan di negara-negara Teluk Arab demi mendapatkan izin dan sokongan dari majikan mereka untuk tinggal dan bekerja secara sah. Jika di Eropah, sistem feudal adalah sistem paling pop**ar selepas kejatuhan Empayar Rom Barat yang mana serf (petani) adalah kump**an yang menjadi alat penindasan kepada vasal (aristokrat kecil) dan lord (tuan tanah).
Eksploitasi di dalam GISB sering kali dikaitkan dengan konsep ketaatan mutlak kepada pemimpin. Ia dikaitkan dengan penggunaan pengaruh agama dan spiritual bagi memastikan kepatuhan pengikut terhadap budaya dan tradisi mereka tanpa perlu persoal tentang kewajaran berbuat demikian.
Malaysia Moden memerlukan Sang Reformis Agama
Apabila berbicara soal reformis agama, bukan bererti Malaysia menolak hukum-hakam dan usul-fiqh Islam. Malaysia perlu menolak salah guna kuasa agamawan yang mempengaruhi masyarakat umum tentang ketaksuban dalam agama yang melampau hingga mencetuskan fitnah dalam kalangan kita. Ini kerana, agama memerlukan sebahagian pemikiran rasional yang keluar dari kepompong jumud serta fahaman radikalisme.
Bagaimana saudara sesama muslim boleh melazimi eksploitasi dalam kalangan kanak-kanak, penipuan sijil halal Jakim dan membiarkan aktiviti meliwat di premis sendiri? Bagaimana tokoh-tokoh agamawan lebih memilih perdebatan tentang perbezaan mazhab dan fikrah politik sedangkan awlawiyat (keutamaan) adalah pengukuhan fundamental Islam dalam kalangan masyarakat yang tenat memahami makna Islam.
Dalam masa sama, Islam di Malaysia ini lebih bersifat medium yang lebih memecah-belahkan keharmonian kaum dan agama. Bahkan, wujud elemen takfiri sesama agama meskipun hanya bercanggah dan berbeza pendapat melalui fikrah politik.
Reformis agama tidak semestinya datang dari parti-parti Islamis, bahkan ia boleh hadir dari mana-mana aktivis dalam organisasi-organisasi Islamis yang lain.
Pada alaf ke-21, Malaysia memerlukan sang reformis agama yang benar-benar dapat meyakinkan masyarakat umum tentang bahaya ketaksuban dalam beragama dan mengajar kepentingan wasatiyah dalam segala aspek kehidupan.
20/03/2026
Every year, Alam Flora and SWCorp release a statement on how much food waste is produced throughout Ramadhan.
Ramadhan is leaving, and hereās the question worth thinking about; Did we change our habits and control our food intake/portions?
In every Ramadhan, Malaysian bazaars are full, tables are full, and somehow the bins are full too. Food untouched, drinks wasted, and some more leftovers we swore weād finish later (but we didnāt).
Ramadhan teaches discipline. It teaches us to hold back and to understand hunger beyond ourselves. But somewhere between iftar buffets and ājust in caseā portions, that lesson gets a little lost.
So, be mindful of the habits we are carrying into Syawal and remember; every plate wasted isnāt just about us. Itās resources, water and energy that quietly contributing to a cycle (footprint) we donāt always see.
āAidilfitri Mubarak from LUBNA and team. May this Hari Raya carry the lessons forward to us.
27/02/2026
Friday Brief #1
Why is Ramadan often labelled as the āmother of food wasteā? ā»ļø
Ramadan is meant to discipline the soul. But every year, it quietly reveals something about our consumption habits.
In 2024, Alam Flora has reported a significant rise in solid waste collection compared to 2023 and the upward trend has been visible since 2019.
2019 - 208,143 metric tonnes nationwide
2022 - 252,521 metric tonnes nationwide
2024 - 54,000 metric tonnes mainly concentrated in Kuala Lumpur, Putrajaya and Pahang.
These are not just numbers. They represent meals thrown away while many families are still struggling to bring food to the table.
The culture of overbuying during Ramadan creates an unbalanced pattern of consumption. Markets are full, bazaars are vibrant, but our bins are fuller. Ramadan is meant to be a madrasah that teaches moderation. However, it risks becoming a season of having, consuming and wasting too much.
Excessive solid waste does not only create pressure on municipal systems. Decomposing food releases greenhouse gases (GHG) that contribute to environmental degradation. Little do we realize that what feels like a personal buying decision can scale into a wider climate concern.
Within the framework of MaqÄsid Syariah, food waste is not simply an individual ethical issue. It reflects how well we protect the public interest (maslahah) and manage resources responsibly. Stewardship is not symbolic, but it is practical and measurable.
We might also look at global practices on how food waste is reduced during Ramadan;
In the UK, structured community iftars use pre-registration systems to estimate attendance. No registration means no food.
In the USA, technology-enabled food rescue networks such as Too Good To Go, Feeding America and Food Rescue US help redistribute surplus meals more efficiently.
Across parts of the Middle East (for example, Egypt), the concept of Mawa'ed al Rahman (public charity iftar tables) also helps to channel food directly to those in need instead of landfills.
The question is; are we really fasting, or we are just choosing a different hour to over-consume?
Ramadan is not only about shaping individual character, but also about to strengthen our awareness of environmental responsibility and collective accountability. When we throw out food, we donāt just waste a meal. But we waste all the water and energy that went into producing it.
Reference:
https://alamflora.com.my/wp-content/uploads/2024/12/Siaran-Media_Kutipan-Sisa-Pepejal-Meningkat-3600-Tan-Metrik-Pada-Bulan-Ramadan-2-April-2024.pdf
https://consumer.org.my/make-this-ramadhan-spiritually-enriching-avoid-food-and-plastic-waste/
https://www.mgtc.gov.my/2025/03/ramadan-for-the-planet-small-changes-big-impact-this-holy-month-dalilawati-zainal/
16/01/2026
Bilakah kali terakhir anda memegang atau menyedari kewujudan duit syiling 1 sen?
Sejak tahun 2008, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menghentikan pengeluaran duit syiling 1 sen secara berperingkat. Susulan itu, Mekanisme Penggenapan diperkenalkan bagi jumlah akhir bil (boleh dilihat pada resit pembayaran) dalam transaksi tunai.
Infografik ini mengupas mengenai dasar pengeluaran duit syiling 1 sen di Malaysia sebagai langkah penyesuaian terhadap perkembangan teknologi kewangan (fintech).
š°Small coin, big policy question.
06/12/2025
Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 telah memperlihatkan bahawa politik Sabah semakin rencam.
Penyelidik LUBNA, Alif Fahmi menyebut dalam artikelnya; "Manifesto PH lazimnya menekankan isu nasional seperti anti-rasuah, subsidi bersasar dan harga rahmah yang walaupun relevan secara umum, tetapi tidak langsung menyentuh keperluan khusus rakyat Sabah seperti tuntutan peruntukan 40 peratus, pembangunan pedalaman, autonomi fiskal, pengurusan hasil petroleum dan hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)."
GRS dan Warisan p**a terus mendominasi, manakala Pakatan Harapan mencatatkan penyusutan undi terutamanya di kawasan bandar. Ini menunjukkan Sabah terbukti merupakan sebuah negeri yang mengundi secara 'localism-driven' dan bukan berasaskan ideologi nasional.
Pautan: https://www.lubnaresearchcenter.com/researcharchive/analisis-pilihan-raya-umum-dewan-undangan-sabah%3A-prestasi-ph-serta-dinamika-grs-dan-warisan
11/11/2025
š Perdagangan timbal balas (reciprocal trade) seharusnya seimbang antara kedua-dua pihak. Namun realitinya, kuasa tawar-menawar tidak sentiasa setara.
Prinsip āreciprocityā bertujuan membuka ruang perdagangan yang adil dan saling menguntungkan. Tetapi sejauh mana ia benar-benar memberi manfaat yang setara kepada Malaysia masih menjadi persoalan dasar.
Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia š²š¾ dan Amerika Syarikat šŗšø lebih kepada menawarkan perlindungan sementara daripada tarif, dan ia bukanlah satu-satunya langkah Malaysia dalam menangani cabaran geoekonomi dan geopolitik global.
āReciprocal tradeā sounds fair, but is it really equal?
www.lubnaresearchcenter.com
28/10/2025
[Diplomacy 101] Of Diplomacy and Cookies; The Subtle Art of Balance.
Have you ever thought about how diplomacy can be quite āsimilarā to a cookie?
The art of diplomacy is much like baking cookies. If itās too hard, it breaks easily. If itās too soft, it falls apart. Diplomatic ties must sit in that sweet spot; firm enough to hold, yet flexible enough to adapt.
The cookie analogy explains it best. Imagine diplomacy as the process of baking the perfect cookie. If Malaysiaās posture were too rigid, too hard like an overbaked biscuit, our relationships might crack under pressure or break when challenged. If Malaysia became too soft, like an undercooked dough, we might lose credibility or appear unable to stand firm.
Following the ASEAN Summit 2025, which witnessed the visit of US President Donald J. Trump to Malaysia, many might still wonder about Malaysiaās principle in conducting its foreign diplomacy at the regional and international levels.
In this Diplomacy 101 piece, we explain briefly how Malaysiaās foreign policy is not about picking or switching sides, but knowing the right approach when engaging with others, including the major powers.
Diplomacy similar to a cookie? Absolutely, because itās all about keeping the world from crumbling!
Link: https://www.lubnaresearchcenter.com/researcharchive/%5Bdiplomacy-101%5D-of-diplomacy-and-cookies%3B-the-subtle-art-of-balance
04/09/2025
Kedudukan Malaysia Dalam Kerangka Semi-Periferi.
Tulisan ini membincangkan kedudukan Malaysia dalam teori Sistem Dunia (World-Systems Theory) dengan menilai aspek ekonomi, geopolitik dan diplomasi.
Artikel ini juga menyorot cabaran perangkap pendapatan sederhana (middle-income trap) serta prospek Malaysia untuk beralih daripada status "semi-periphery" kepada "core state" melalui pembaharuan struktur ekonomi, pendidikan dan strategi luar negeri yang lebih proaktif.
Artikel penuh di pautan berikut:
https://www.lubnaresearchcenter.com/researcharchive/kedudukan-malaysia-dalam-kerangka-semi-periferi
24/07/2025
Memahami Wacana Timur dan Barat Melalui Naratif Clarke.
Banyak perbincangan di pelbagai ruang awam yang sering menyebut mengenai bagaimana Barat kelihatan seolah-olah lebih 'dominan' berbanding Timur. Persoalannya, adakah benar segalanya hanyalah berkaitan soal penindasan Barat terhadap Timur?
Dalam wacana pasca-kolonial, kita sering terikat dengan naratif dominasi dan penguasaan Barat terhadap Timur seperti yang dihujahkan oleh Edward Said dalam Orientalism.
Namun, dalam sebuah buku berjudul 'Oriental Enlightenment' yang ditulis oleh J.J. Clarke, beliau telah membuka beberapa sisi lain yang menunjukkan bahawa Barat bukan semata-mata sekadar menjajah, tetapi juga belajar dan menghargai falsafah Timur secara terbuka.
Naskhah ini ditulis oleh Alif Fahmi di pautan berikut;
https://www.lubnaresearchcenter.com/researcharchive/memahami-wacana-timur-dan-barat-melalui-naratif-clarke