09/06/2026
1 hari lagi untuk Sesi Libat Urus Matriks Pembelajaran.
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lembaga Peperiksaan Rasmi, Education Website, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
09/06/2026
1 hari lagi untuk Sesi Libat Urus Matriks Pembelajaran.
08/06/2026
Lembaga Peperiksaan akan menganjurkan Sesi Libat Urus Matriks Pembelajaran pada 10 Jun 2026. Antara bahagian lain yang akan turut membuat pembentangan ialah Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).
Maklumat program adalah seperti berikut:
đź“… 10 Jun 2026
🕣 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E12, Kompleks E Putrajaya
03/06/2026
📢 PERINGATAN INTEGRITI BUAT WARGA KPM
Setiap tindakan yang kita lakukan mencerminkan imej dan kredibiliti Kementerian Pendidikan.
Elakkan salah laku seperti ketidakhadiran bertugas, penyalahgunaan kuasa, tuntutan palsu, gangguan seksual, penerimaan hadiah tanpa kebenaran serta penyalahgunaan aset kerajaan.
Integriti bukan sekadar mematuhi peraturan apabila diperhatikan, tetapi melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa yang melihat.
âś… Amanah dalam tugas
âś… Telus dalam tindakan
âś… Bertanggungjawab dalam keputusan
Bersama-sama kita memperkukuh budaya integriti dan menolak sebarang bentuk salah laku demi kecemerlangan perkhidmatan awam dan masa depan pendidikan negara.
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia.
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Salam Aidiladha daripada Pengarah Peperiksaan dan warga Lembaga Peperiksaan.
Penghayatan erti pengorbanan membentuk ketabahan, keikhlasan, dan kecemerlangan dalam setiap usaha kita. Semoga ibadah dan kebaikan kita semua diterima Allah SWT.
21/05/2026
INFO:
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh dikemukakan kepada Lembaga Peperiksaan melalui saluran rasmi yang disediakan.
Hubungi kami melalui telefon, e-mel, hadir ke kaunter atau surat menyurat seperti maklumat yang tertera pada poster. Kerjasama anda membantu kami menyampaikan perkhidmatan yang lebih cepat, efisien dan berkualiti.
Terima kasih atas kerjasama dan kepercayaan anda terhadap perkhidmatan kami.
21/05/2026
PEMATUHAN DAN PEMERKASAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM SETIAP DOKUMEN RASMI PERKHIDMATAN AWAM
KENYATAAN MEDIA
PEMATUHAN DAN PEMERKASAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM SETIAP DOKUMEN RASMI PERKHIDMATAN AWAM
17/05/2026
TAHNIAH
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
YBrs. Dr. Haji Ahmad Rafee bin Che Kassim atas penganugerahan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Tahun 2026 sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.
GURU BITARA NADI NEGARA
Ikhlas daripada,
Pengarah Peperiksaan
& Warga Lembaga Peperiksaan
16/05/2026
Selamat Hari Guru buat warga pendidik.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen para guru dalam mendidik serta membentuk generasi masa depan negara. Semoga terus diberikan kekuatan dan semangat untuk menjalankan amanah dengan cemerlang.
“Guru Bitara, Nadi Negara”
“Tahun Ini, Tahun Kita”
15/05/2026
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 dengan tema “Guru Bitara, Nadi Negara” akan diadakan di Ipoh, Perak sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik yang terus komited dalam memperkasa agenda pendidikan negara serta melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing.
Semoga sambutan ini terus menjadi simbol penghargaan terhadap peranan guru sebagai tunjang pembangunan bangsa dan negara.