MAIWP Professional College

MAIWP Professional College

Share

Sebuah kolej milik penuh MAIWP yang menawarkan program sijil, diploma dan profesional yang berkualiti.

08/06/2026

🌟 TEMUI KAMI DI MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN 2026! 🌟

Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) berbesar hati menyertai Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2026 anjuran Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT).

πŸ“š Terbuka kepada lepasan SPM, ibu bapa dan para pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang melanjutkan pengajian, tajaan pendidikan serta program-program diploma yang ditawarkan di KPMAIWP.

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu secara langsung dengan wakil KPMAIWP dan mengetahui pelbagai kelebihan pengajian yang disediakan, termasuk peluang bantuan kewangan serta laluan pendidikan yang sesuai untuk masa depan anda.

πŸ“… Tarikh: 9 Jun 2026
πŸ•˜ Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Kuala Lumpur

✨ Ayuh kunjungi reruai KPMAIWP dan mulakan langkah pertama ke arah kecemerlangan akademik serta kerjaya yang gemilang!



IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

04/06/2026

πŸŽ“ JELAJAH PENDIDIKAN KPMAIWP SELANGOR 2026 πŸŽ“

Masih tercari-cari hala tuju selepas SPM? Nak sambung belajar tapi tak pasti program mana yang sesuai? Atau risau tentang kos pengajian?

πŸ“ Inilah peluang anda!

KPMAIWP membawakan Jelajah Pendidikan Selangor 2026 untuk membantu lepasan SPM, ibu bapa dan masyarakat mendapatkan maklumat terus daripada konsultan pendidikan kami.

βœ… Semakan kelayakan program
βœ… Khidmat nasihat pendidikan percuma
βœ… Penerangan tajaan dan bantuan pengajian
βœ… Permohonan kemasukan secara terus di lokasi
βœ… Pelbagai pilihan program diploma dan sijil yang memenuhi keperluan industri

🌟 Jangan biarkan peluang berlalu begitu sahaja. Masa depan bermula dengan keputusan yang dibuat hari ini.

Datang berjumpa dengan kami dan ketahui bagaimana KPMAIWP boleh menjadi jambatan menuju kerjaya dan masa depan yang lebih cerah.

πŸ“… 06 Jun 2026
πŸ“ Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor
πŸ“ Masjid At-Taqwa Pekan Banting, Banting
πŸ•˜ 9.30 pagi – 12.30 tengah hari

πŸ“… 07 Jun 2026
πŸ“ Masjid Pekan Sekinchan, Sekinchan
πŸ“ Masjid Asy-Syarif, Meru
πŸ•£ 8.30 pagi – 12.00 tengah hari

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk pertanyaan dan permohonan.

KPMAIWP β€” Satu Peluang, Seribu Langkah



IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU πŸ‘‘βœ¨

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Pengerusi & Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta seluruh Warga Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP).

Memohon ke hadrat Allah SWT semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dipanjangkan umur, diberkati kesihatan yang baik, dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT untuk terus menerajui negara dengan adil dan saksama.

Daulat Tuanku! πŸ‡²πŸ‡Ύ



IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

Photos from MAIWP Professional College's post 27/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Aidiladha Gathering with KPMAIWP International Students βœ¨πŸŒ™

In conjunction with the Aidiladha celebration, a special gathering with 28 KPMAIWP's students including international students from Cambodia, Azerbaijan, and Myanmar was held at the residence of Dr. Zarita Zainuddin, one of our esteemed lecturers.

The event was filled with warmth and a strong sense of togetherness, and was also attended by Assoc. Prof. Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Chief Executive Officer of KPMAIWP.

The programme not only strengthened the bond between the KPMAIWP community and its international students, but also provided the students with an opportunity to experience the joy and cultural significance of Aidiladha celebrations in Malaysia. ❀️🀝

Special thanks to Dr. Zarita for the warm hospitality and for hosting such a meaningful gathering for everyone present.

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha, Zulhijah 1447H πŸ•‹πŸ•ŠοΈ

Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka (penduduk Madinah) memiliki dua hari raya untuk bermain-main di masa Jahiliyah. Maka Baginda SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah." > β€” (Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Aidiladha bukan sekadar sambutan, malah ia merupakan manifestasi keimanan, pengorbanan, dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada Pencipta. Bersempena hari yang mulia ini, mari kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan sebenar dalam kehidupan seharian kita.

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta Warga KPMAIWP.

IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

26/05/2026

34 TAHUN EVOLUSI DAN KECEMERLANGAN KPMAIWP

Satu perjalanan, seribu memori, sejuta impian.

Semasa berlangsungnya program teambuilding di Bayou Lagoon, Melaka baru-baru ini, seluruh warga Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) telah berhimpun bagi meraikan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan KPMAIWP yang ke-34.

Sejak ditubuhkan pada 23 April 1992, institusi ini telah melalui pelbagai fasa transformasi yang matang:

➑️1992: Ditubuhkan sebagai Institut Profesional Baitulmal (IPB)
➑️Seterusnya: Dikenali sebagai Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
➑️2025: Dijenamakan semula secara rasmi sebagai Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP)

Majlis sambutan milestone penting ini telah diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif KPMAIWP, Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low Abdullah. Kehadiran beliau bersama warga kerja mencerminkan kesatuan tekad untuk membawa KPMAIWP ke mercu kejayaan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Selamat Ulang Tahun Ke-34 KPMAIWP! Terima kasih kepada MAIWP dan seluruh pimpinan atas kepercayaan dan sokongan kepada KPMAIWP sejak penubuhan serta warga KPMAIWP yang sentiasa mendepani cabaran demi memartabatkan pendidikan anak bangsa.



IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

26/05/2026

MAJLIS APRESIASI HARI GURU WARGA PENSYARAH KPMAIWP

Mendidik bukan sekadar kerjaya, ia adalah satu pengorbanan yang tiada sempadan.

Mengambil kesempatan sempena program teambuilding di Bayou Lagoon, Melaka yang lepas, Kolej Profesional Baitulmal MAIWP (KPMAIWP) telah mengadakan Sambutan Hari Guru khas bagi meraikan dan menghargai jasa seluruh warga pensyarah institusi ini.

Majlis apresiasi ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPMAIWP. Kehadiran beliau membuktikan penghargaan yang tinggi pihak pengurusan terhadap komitmen luar biasa para pendidik dalam melahirkan modal insan yang berilmu dan berakhlak.

Terima kasih warga pensyarah KPMAIWP atas segala usaha, kesabaran, dan dedikasi yang dicurahkan selama ini. Semoga terus cekal dan bersemangat dalam memartabatkan dunia pendidikan!

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pensyarah KPMAIWP! πŸŽ“πŸŒŸ



IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

25/05/2026

Setinggi-tinggi Tahniah Diucapkan! 🌟

Seluruh warga KPMAIWP ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Profesor Datin Dr. Rusni binti Hassan atas pengiktirafan luar biasa sebagai Tokoh Kembara Takaful di pentas Takaful Star Awards 2026! πŸ†βœ¨

Kejayaan dan sumbangan bakti beliau dalam industri Takaful sentiasa menjadi sumber inspirasi buat kita semua untuk terus memacu kecemerlangan. Terima kasih kerana sentiasa mengharumkan nama institusi!

Ikhlas daripada:
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP).

IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

Photos from MAIWP Professional College's post 25/05/2026

MEMPERKUKUH JALINAN PENDIDIKAN SERANTAU

Kolej Profesional MAIWP berbesar hati menerima kunjungan delegasi rasmi dari barisan kepimpinan Pemerintah Kota Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia.

Dalam kunjungan penuh bermakna ini, Yang Terhormat Bapak Yota Balad, Wali Kota Pariaman telah menyatakan hasrat dan keyakinan agar KPMAIWP menjadi institusi pengajian tinggi pertama pilihan bagi menghantar anak-anak muda Pariaman melanjutkan pengajian di Malaysia.

Beliau turut berkongsi visi besar sebagai Pemerintah Kota Pariaman untuk melahirkan generasi hafiz Al-Quran dengan sasaran β€œsatu rumah, seorang tahfiz” demi memperkukuh pembangunan ummah pada masa hadapan. Dalam merealisasikan aspirasi tersebut, KPMAIWP dilihat sebagai rakan strategik yang tepat kerana institusi ini bernaung di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mempelopori pembangunan ummah melalui pemerkasaan aspek sosioekonomi, pendidikan dan kerohanian.

Delegasi turut dibawa meninjau fasiliti dan persekitaran kampus KPMAIWP yang telah melalui fasa transformasi dan pemerkasaan infrastruktur demi menyediakan ekosistem pendidikan yang lebih moden, kondusif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Turut mengiringi delegasi ialah:
β–ͺ️ Dr. Yosneliwati Yota Balad
β–ͺ️ Drs. Afrizal Azhar, Sekretaris Daerah
β–ͺ️ Ibu Hertati Taher, Kepala Dinas Pendidikan

Manakala pengurusan tertinggi KPMAIWP diwakili oleh:
β–ͺ️ En. Mohamad Amzari Aziz, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pentadbiran dan Operasi)
β–ͺ️ Pn. Rohayu Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik dan Penyelidikan)
β–ͺ️ Puan Rokiah Yunus, Pendaftar
β–ͺ️ Ustaz Mohd Fakurazi Ghazali, Ketua Sekolah Pengajian Islam dan Sains Kemanusiaan
β–ͺ️ Pn. Nur Hidayah Muhamad Johari, Ketua Sekolah Perakaunan, Pengurusan dan Teknologi
serta para pegawai KPMAIWP.

Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan strategik Malaysia–Indonesia dalam memperluaskan akses pendidikan berkualiti, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda serantau untuk membina masa depan yang gemilang.

Photos from MAIWP Professional College's post 25/05/2026

Karnival Soul Journey 3.0 | 22 Mei 2026

Baru-baru ini telah berlangsung Karnival Soul Journey 3.0 yang dianjurkan oleh warga Kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) sebagai satu inisiatif kebajikan dan kebersamaan dalam kalangan kakitangan.

Karnival ini merupakan kesinambungan daripada siri program Soul Journey sebelum ini, namun tampil dengan impak yang lebih besar dan suasana yang kekal santai. Dalam edisi kali ini, kakitangan KPMAIWP sekali lagi membuka gerai dengan menjual pakaian pre-loved serta pelbagai jenis makanan pada harga yang sangat berpatutan bagi menggalakkan penyertaan dan sokongan padu daripada warga kampus.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low Abdullah bersama barisan pengurusan tertinggi KPMAIWP yang turut sama meluangkan masa memeriahkan suasana karnival serta memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif kebajikan ini.

Lebih bermakna, hasil jualan daripada karnival ini akan disumbangkan ke Tabung Infaq Pelajar KPMAIWP bagi membantu pelajar yang memerlukan, sekali gus memupuk semangat berkongsi rezeki dan nilai keprihatinan yang tinggi dalam kalangan warga institusi.

Diharapkan penganjuran program seperti ini bukan sahaja terus mengeratkan ukhuwah sesama kakitangan, malah menjadi platform utama untuk menyemai budaya sedekah, kebajikan, dan kebersamaan dalam komuniti KPMAIWP.



IKHLAS | ILTIZAM | IHTIRAM | IHSAN | ITTIHAD

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00