30/05/2026
Jom luangkan masa cuti sekolah bulan Mei dan cuti raya haji di acara Pesta Buku Terbesar Malaysia!
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL kali ke-43) kembali dari 29 Mei hingga 7 Jun 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dengan tema Malaysia Membaca; Merayakan Buku.
Lebih 1200 reruai menanti untuk diterokai—daripada buku best seller, aktiviti interaktif, hingga program eksklusif untuk semua peringkat umur!
Antara tarikan utama:
• Negara Tamu: Arab Saudi
• Negeri Tamu: Pahang
• Kementerian/Jabatan Tamu: Kementerian Pendidikan, Kementerian Perpaduan Negara & Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
• Persidangan Antarabangsa: ASIAN Rights Fair (ARF)
• Galeri Buku Kegemaran Pemimpin MADANI
• Festival Sastera Kanak-kanak & Festival Kata
• MIFLA Junior (Perhimpunan Pengawas Perpustakaan Sekolah)
• 3 pentas aktiviti utama: Pentas Utama, Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 3
📌 Simpan tarikh ini & bersama kita Merayakan Buku!
🗓 29 Mei – 7 Jun 2026
⏰ 10 pagi – 10 malam
📍 WTCKL
09/05/2026
📸✨ KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-58 SKPD 2026 ✨📸
Terima kasih kepada semua warga sekolah, ibu bapa dan peserta yang telah bersama-sama memeriahkan Kejohanan Olahraga SK Polis Depot Kali Ke-58 Tahun 2026 🏆❤️
Untuk kenangan dan perkongsian bersama, berikut merupakan pautan album gambar sepanjang kejohanan berlangsung 👇🏻
🔗 https://photos.app.goo.gl/r9uMKebNVYAKLoDg6
Selamat melihat dan mengimbau momen-momen terbaik sepanjang kejohanan! 📷✨
Kejohanan Olahraga kali ke-58 SKPD 2026 · May 8 – 9 📸
Shared album · Tap to view!
09/05/2026
🏆 KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK POLIS DEPOT KALI KE-58 2026 🏆
Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Tahunan SK Polis Depot Kali Ke-58 telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mei 2026 di PULAPOL KL 🎉
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid, guru, ibu bapa dan seluruh warga sekolah. Pelbagai acara balapan, perbarisan rumah sukan serta aktiviti sukan telah dijalankan dengan penuh semangat kesukanan dan kerjasama ❤️💙💛💚
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, guru, jawatankuasa pelaksana serta ibu bapa yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan kali ini 👏🏼✨
Semoga program ini terus menjadi platform untuk mencungkil bakat murid serta memupuk semangat disiplin, perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga SKPD 💪🏽🏃🏻♂️🏃🏻♀️
08/05/2026
📣✨ KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK POLIS DEPOT KE-58 2026 ✨📣
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semua ibu bapa dan warga SK Polis Depot dijemput hadir bagi memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan SK Polis Depot kali ke-58 🏆🎉
🗓️ 9 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi – 1.00 tengah hari
📍 PULAPOL KL
Mari hadir bersama untuk menyaksikan pelbagai acara menarik:
🏃♂️ Acara olahraga
💃 Persembahan Aerodance
🎺 Persembahan pancaragam
🚩 Perbarisan lintas hormat rumah sukan
👨👩👧👦 Larian ibu bapa
dan banyak lagi!
Kehadiran anda pastinya memberi semangat dan kenangan indah buat anak-anak ❤️
🚗 Perhatian:
Parking di padang kawad mestilah menghadap padang.
Jumpa anda di sana! 🔥
08/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera
MAKLUMAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2026
🗓️ 9 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi - 1.00 tengah hari
📍 PULAPOL KL
Ibu bapa para atlet dijemput hadir bagi memeriahkan kejohanan 🥰✨
UNIT SUKAN
SKPD
08/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
GAMBAR SUKANEKA DAN TARIK TALI SKPD 2026
Berikut merupakan pautan Google Photos untuk acara pada hari ini.
✅ Gambar-gambar dari jurugambar rasmi telah dimuat naik.
🔗 https://photos.app.goo.gl/JSzCLSLXH16cNVGD7
🤝🏻 Ibu ayah yang ingin berkongsi gambar-gambar menarik sepanjang program ini, bolehlah memuat naik gambar anda di pautan yang dikongsi juga.
Selamat berehat, para atlet.
Semoga kemenangan milik anda! 💪🏻✨
28/04/2026
Wira Siber SKPD!🛡️💻
Tahniah! Bengkel Rookie Cyber Hero telah pun selesai dijalankan dengan jayanya. Syabas kepada semua peserta yang komited menimba ilmu sepanjang bengkel ini.
Kini anda sudah bersedia dengan "senjata" ilmu untuk menghadapi Peringkat Kelayakan Kuiz Cyber Hero yang akan datang! 🏆
Apa selepas ini?
✅ Ulang kaji nota bengkel yang diberikan.
✅ Tunggu pengumuman tarikh kuiz kelayakan.
✅ Buat yang terbaik untuk jadi Cyber Hero SKPD!
Terima kasih kepada NACSA, KPM, dan MDEC atas peluang keemasan ini. Jumpa anda di peringkat kuiz! ⚡
28/04/2026
Program Pengenalan Sukan Baharu (Digital Dodgeball)
🗓 26 April 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Sunway Velocity Mall (Main Atrium)
Program Pengenalan Sukan Baharu (Digital Dodgeball) telah disertai oleh dua orang wakil guru dari Sekolah Kebangsaan Polis Depot, iaitu Cik Nasha Law binti Mohd Nazir dan En. Muhamad Iman Nurhakim bin Mohamad Redzuwan, bagi memberi pendedahan berkaitan sukan moden yang menggabungkan teknologi digital serta elemen interaktif.
Sepanjang program, peserta telah:
🔹 Mengikuti sesi penerangan berkaitan konsep digital dodgeball
🔹 Menyertai aktiviti permainan secara hands-on menggunakan teknologi interaktif
🔹 Mengenali kaedah pelaksanaan serta potensi sukan ini dalam aktiviti kokurikulum
Program ini merupakan kerjasama antara HADO Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Diharapkan program seperti ini dapat membuka peluang kepada guru untuk memperkenalkan sukan yang lebih inovatif dan menarik kepada murid, seterusnya meningkatkan penglibatan mereka
25/04/2026
PENGUJIAN LENCANA AHLI PENUNGGANG BASIKAL & LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS
🗓️ 25 April 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi-1.00 tengah hari
📍 SK Setiawangsa
Seramai 8 murid telah lulus pengujian Lencana Ahli Penunggang Basikal, termasuklah 2 murid dari PPKI. Manakala seramai 9 murid telah lulus pengujian Lencana Kemajuan Keris Emas. Kedua-dua lencana ini merupakan pencapaian murid dalam Peringkat Daerah.
Semoga usaha kepengakapan anak-anak sentiasa disambut baik oleh ibu bapa dan guru-guru 🥰
_Unit PKK SK Polis Depot_
_03 Setiawangsa_
25/04/2026
📚 KURSUS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
🗓 25 April 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Perpustakaan SK Polis Depot
Kursus ini telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan kemahiran kepada pengawas PSS dalam menguruskan pusat sumber secara lebih sistematik dan berkesan. Antara pengisian utama termasuk peranan pengawas, pengurusan jadual bertugas, proses pinjaman dan pemulangan buku serta pengendalian rekod NILAM.
Pelaksanaan kursus yang disertai dengan latihan amali dan simulasi telah membantu meningkatkan keyakinan serta kefahaman pengawas dalam menjalankan tugas.
Diharapkan usaha ini dapat memperkasakan pengurusan PSS serta melahirkan pengawas yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan berdaya saing. 💪📖