27/05/2026
Salam Aidiladha 1447H β¨π
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga SK Taman Tun Dr Ismail (2), ibu bapa serta para murid yang diraikan. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah dan menyemai nilai keikhlasan serta pengorbanan dalam kehidupan kita semua. ππ
Ikhlas daripada,
Puan Serimashayu binti Abd Majid
Guru Besar
SK Taman Tun Dr Ismail (2)
22/05/2026
Sekalung tahniah diucapkan kepada Cikgu Ammar bin Genari@Azhari atas pelantikan sebagai Ketua Jurulatih Kontinjen Kuala Lumpur bagi Pasukan Ragbi MSSWPKL. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang serta membawa kejayaan buat kontinjen Kuala Lumpur dalam kejohanan MSSM.
Tahniah juga diucapkan kepada adik Muhammad Afiq Rizqin bin Jasman kerana berjaya terpilih mewakili murid SKTTDI2 dalam Pasukan Ragbi MSSWPKL. Semoga terus bersemangat, berdisiplin dan memberikan prestasi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga TTDI SHARK RAGBI untuk terus komited dan berusaha dalam setiap sesi latihan. Kepada semua murid ragbi SKTTDI2, teruskan hadir latihan seperti sediakala selepas tamat MSSM nanti kerana setiap usaha dan pengorbanan pasti akan membuahkan hasil pada masa hadapan.
Terima kasih buat barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa, rakan-rakan atlet dan semua yang sentiasa memberi kerjasama, sokongan dan semangat.
22/05/2026
Tahniah diucapkan kepada warga SK Taman Tun Dr. Ismail 2 atas kejayaan mara sebagai 15 Finalis TASEEM KL 2026 bagi kategori:
π Tarian Irama Malaysia
πΆ Traditional Melayu DUO
Kejayaan ini merupakan hasil usaha, komitmen dan semangat luar biasa murid-murid, guru pembimbing dan kerjasama serta sokongan daripada ibu bapa dalam mengetengahkan keindahan seni budaya negara. π
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi sokongan dan semangat.
Semoga pasukan SKTTDI 2 terus cemerlang dan berjaya memberikan persembahan terbaik di peringkat seterusnya.
Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah! πͺπβ¨
Guru Pembimbing :
π¨π»βπ«Cikgu Muhammad Donald Yusof
π§π»Cikgu Halimatun
22/05/2026
CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 2 BERMULA! π
Selamat bercuti!π
Semoga cuti kali ini dimanfaatkan dengan aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga tersayang.
β¨ Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha
β¨ Jaga diri dan keselamatan walau di mana berada
β¨ Rehat secukupnya dan jumpa semula dengan semangat baru!
π Sesi PDPC akan disambung semula pada 8 Jun 2026.
Selamat bercuti semua! π
20/05/2026
β¨ Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru 2026 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya. β¨
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa atas kerjasama, sokongan dan bantuan dalam memastikan anak-anak dapat menjayakan sambutan ini dengan penuh semangat dan ceria. β€οΈ
Tahniah juga kepada semua murid yang telah membuat persembahan dengan begitu yakin, kreatif dan menghiburkan. Setiap usaha dan keberanian kalian amat membanggakan warga sekolah. π
Terima kasih kepada semua guru, murid dan warga sekolah yang bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Guru tahun ini. Semoga kenangan indah ini akan terus terpahat di hati semua. π
20/05/2026
TEMPAT KE-6 dalam Pertandingan SAIEF Aerodance Terbuka Peringkat Kebangsaan 2026 yang telah berlangsung di KL Gateway Mall, Kuala Lumpur. πβ¨
Walaupun persaingan sangat sengit, kalian tetap berjaya memberikan persembahan terbaik dengan penuh semangat, disiplin dan kerjasama yang membanggakan. Kejayaan ini menjadi pengalaman berharga dan langkah awal untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. π
Syabas kepada semua peserta, jurulatih dan guru pengiring atas usaha dan komitmen yang diberikan! β€οΈ
15/05/2026
πΉ Selamat Hari Guru 2026 πΉ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua warga pendidik yang sentiasa sabar mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu demi masa depan anak bangsa.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang tidak ternilai. Semoga seluruh guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam mendidik generasi pewaris negara. β¨
βGuru Bitara, Nadi Negaraβ
Ikhlas daripada,
Guru Besar & Warga
SK Taman Tun Dr Ismail 2 π
13/05/2026
PELUANG KE PERINGKAT KEBANGSAAN: JUARA DIGITAL PANDAI 2026 π
Assalamuβalaikum dan Selamat Sejahtera Ibu Bapa/Penjaga sekalian,
Pihak sekolah ingin mengajak tuan/puan untuk turut serta dalam program Juara Digital Pandai 2026. Ini adalah peluang keemasan untuk anak-anak kita menguasai kemahiran digital masa kini dan membina keyakinan diri di peringkat Kebangsaan.
Oleh itu, ibu bapa diminta untuk menyertai satu group WhatsApp rasmi bersama Pandai bagi mendapatkan maklumat lanjut dan tindakan seterusnya.
Kenapa Ibu Bapa perlu sertai group ini?
β
Sesi Taklimat Online: Penerangan jelas tentang cara penyertaan dan penggunaan Pandai App.
β
Sijil & Markah PAJSK: Membantu anak-anak mengumpul markah kokurikulum peringkat tertinggi.
β
Bimbingan Digital: Anak-anak akan didedahkan dengan modul literasi digital yang sangat berguna.
Jangan biarkan anak tuan/puan ketinggalan. Sila sertai Group Hebahan Rasmi sekarang untuk maklumat sesi penerangan dan pendaftaran:
π Klik Link WhatsApp Ini: https://nakpandai.my/jdp-kl-ibu-bapa
Terima kasih atas sokongan tuan/puan dalam menyokong potensi digital anak-anak kita!
08/05/2026
π KEJOHANAN RAGBI MSSWPKL 2026 π
Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada atlet ragbi SKTTDI2 atas kejayaan merangkul NAIB JOHAN dalam Kejohanan Ragbi MSSWPKL 2026! π₯π₯
Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat:
β¨ Coach Ammar
β¨ Pengurus Pasukan, Ustazah Syifainnur
β¨ Guru Pengiring, Cikgu Zuriatul dan Ustazah Nik Zaliana
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada :
β¨Muhammad Faris Arjuna bin Mohd Firdaus (ANUGERAH PEMAIN HARAPAN)
Terima kasih atas segala usaha, komitmen dan pengorbanan dalam membimbing pasukan sehingga mencapai kejayaan yang begitu membanggakan ini.
Buat semua atlet TTDI Sharks, tahniah kerana telah bermain dengan penuh semangat, disiplin dan kesungguhan. Kalian telah memberikan aksi terbaik dan mengharumkan nama sekolah! πͺπ½π
Ucapan terima kasih juga kepada barisan pentadbir, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan, doa dan semangat sepanjang kejohanan berlangsung. Segala jasa dan sokongan amat dihargai. π€
π₯ TAHNIAH TTDI SHARKS! π₯
Terus melakar kejayaan dan melangkah lebih jauh pada masa akan datang!