11/06/2026
Teh tarik!
For further information, kindly contact me at: www.wasap.my/+60103377494
Arsikin Vision Management (002709246-A)
Kuala Lumpur
Visual Storyteller for Global Eyes๐
๐ธLed by global Award Winning Photographers
๐ธSpecialize in portraits, macro & landscape
Advocating ESG with impactful photography
#MalaysiaPhotographer
11/06/2026
Teh tarik!
17/05/2026
Salam & Hi!
Berita baik untuk mereka yang s**a melawat muzium.
Sempena Hari Muzium Antarabangsa yang diraikan pada 18 Mei, kemas**an ke muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) adalah PERCUMA!
16/05/2026
Don't create for the opportunity, create it.
15/05/2026
10/05/2026
Have a wonderful day!
09/05/2026
Amaran dari MCMC untuk semua.
KENYATAAN MEDIA
MCMC BERI AMARAN JANGAN HASIL DAN SEBAR KANDUNGAN 3R
09/05/2026
Mengapa Photo Story Outing (Authentic/Bukan Staging) Kurang Mendapat Tempat Di Malaysia Dan Mengapa Itu Satu BERITA BAIK.
Struktur komuniti fotografi di mana-mana pun memang lebih mudah berkembang pada genre yang:
* Mudah dianjurkan secara berkumpulan,
* Hasil cepat nampak,
* Kurang risiko sosial,
* Dan lebih โInstaGrammableโ.
Landscape, Milky Way, portrait model, street photography, waterfall, birding, semua ini sesuai untuk format โoutingโ. Orang bayar, datang lokasi, mentor tunjuk setting, semua orang balik dengan gambar. Ia scaleable. Tetapi photo story atau documentary photography beroperasi dengan logik yang hampir bertentangan.
Untuk buat photo story yang baik:
* ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐,
* ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐,
* Hubungan dengan subjek,
* Sensitiviti budaya,
* dan kadang-kadang perlu datang berkali-kali tanpa kamera pun.
Itu s**ar dibuat dalam format 20 orang turun serentak ke sebuah rumah. Bayangkan satu keluarga sedang hidup dalam kesusahan, atau seorang nelayan sedang melalui rutin harian mereka. Tiba-tiba datang 15 photographer dengan kamera besar, flash, dan semua mahu angle masing-masing. Secara manusiawi, ruang intim itu terus berubah. Kehadiran photographer sendiri sudah mempengaruhi realiti yang cuba dirakam.
Itulah beza besar antara:
* โmengambil gambar sesuatuโdan
* โmemahami kehidupan seseorangโ.
Ramai orang sebenarnya lebih selesa belajar teknik berbanding belajar empati. Teknik ada jawapan:
* Shutter speed sekian,
* Aperture, sekian sekian,
* ISO, sekian
* Lens sekian,
* Filter, sekian
* Editing macam ini.
Tetapi photo story tiada formula tetap. Ia lebih dekat dengan:
* Anthropology,
* Ethnographic
* Journalism,
* Sociology,
* Malah psychology.
Dan itu membuatkan ramai rasa tidak yakin. Satu lagi faktor besar di Malaysia ialah budaya fotografi kita lama dibentuk oleh:
* Camera club
* Jenama Kamera/Supplier Camera
* Kedai Kamera
* Untuk promote jenama tertentu, LED Light, flash
* Competition culture
* Salon photography
* Dan media sosial
Dalam ekosistem itu, gambar โsingle strong imageโ lebih dihargai daripada long-term storytelling. Orang tanya: โShot pakai lens apa?โ bukan: โBerapa lama kau kenal keluarga ni?โ
Sedangkan dalam documentary photography, hubungan dengan subjek adakalanya lebih penting daripada rsesi akaman fotografi, walaupun itu tujuannya. Sebab itu photographer seperti Marcus Yam, Lynsey Addario, W. Eugene Smith atau Carol Guzy sanggup habiskan masa berbulan atau tahun untuk satu satu isu.
Mereka bukan sekadar โcover eventโ, tetapi hidup bersama seseorang atau satu keluarga atau komuniti, untuk tempoh jangka waktu tertentu, bukan datang pagi, tengahari pulang ke hotel, esoknya pulang ke rumah masing-masing. Jurufoto dokumentari biasanya akan tinggal agak lama bersama sebuah keluarga atau komuniti sehingga mereka mula lupa kehadiran kamera.
Photo story lebih โberatโ dan lebih s**ar dilakukan secara mass outing. Namun workshop photo story bukan mustahil di Malaysia.
๐๐ฎ๐ฆ๐ ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ๐ง๐ฒ๐ ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐๐ซ๐๐๐ณ๐:
* ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐ค๐๐๐ข๐ฅ,
* ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ก๐๐ซ๐ข,
* ๐๐๐๐ข๐ก ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ง๐ญ๐จ๐ซ๐ฌ๐ก๐ข๐ฉ,
* ๐๐๐ข๐ญ๐ข๐ง๐ ๐๐๐ง ๐ฌ๐๐ช๐ฎ๐๐ง๐๐ข๐ง๐ ,
* ๐๐ญ๐ก๐ข๐๐ฌ,
* ๐๐๐ซ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ค๐๐ญ๐ข ๐ฌ๐ฎ๐๐ฃ๐๐ค,
* ๐๐๐ง๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐ญ๐ข๐จ๐ง,
* ๐๐๐ง ๐ฅ๐จ๐ง๐ -๐ญ๐๐ซ๐ฆ ๐๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ-๐ฎ๐ฉ.
Mungkin bukan โOutingโ, tetapi โField Immersionโ. Sebenarnya, kekurangan komuniti photo story di Malaysia juga boleh jadi peluang. Bila terlalu ramai buat gambar cantik, gambar staging, dengan talent yang berbayar, photographer yang mampu bercerita dengan mendalam melalui visual dan merakam kehidupan sebenar yang bukan dilakonkan akan lebih menonjol.
Dunia sekarang sudah penuh dengan imej. Yang semakin kurang ialah:
* Akses,
* Kepercayaan,
* Konteks,
* Dan kesabaran untuk memahami manusia.
Dan itu semua adalah asas documentary photography yang sebenar.
Note : Gambar Rakaman Ketika Pesta Regatta Lepa 2019 di Semporna, gambar warga emas sedang main kulintangan tu di dalam Lepa (Perahu) sepanjang pelayaran dari Kampung Nelayan di Semporna ke Dataran Lepa.
Note : As usual, seperti biasa, feel free to agree or disagree..
15 Kesilapan Owner Mirrorless Camera Selalu Buat
Ada beberapa โsilent killerโ yang ramai owner tak sedar sampai kamera rosak atau prestasi jatuh.
Antara kecuaian paling kerap:
1. Tukar lens dalam tempat berhabuk / berangin
Sensor mirrorless exposed terus sebab takde mirror macam DSLR. Habuk senang masuk dan melekat dekat sensor.
Ramai baru perasan bila ada tompok hitam dalam gambar especially langit atau aperture f/11 ke atas.
2. Biarkan shutter terbuka masa tukar lens
Sesetengah model buka shutter bila off. Kalau tersentuh atau kena habuk kasar, shutter curtain boleh rosak. Curtain mirrorless sangat nipis.
3. Guna blower terlalu dekat sensor
Nak bersihkan sensor tapi tiup kuat sangat sampai terkena sensor atau shutter. Ada yang bengkok shutter sebab blower.
4. Cabut bateri atau memory card masa kamera masih writing
Ini boleh corrupt file atau rosakkan card slot. Mirrorless banyak process data laju especially burst & video.
5. Overheat sebab record video terlalu lama.
Especially compact body macam Sony ZV series atau body kecil. Orang biar dalam kereta panas, sambung shoot 4K nonstop.
6. Tak tutup kamera bila tukar lens.
Sensor ada static charge sikit bila on. Habuk lagi mudah melekat.
7. IBIS damage sebab hentakan
Mirrorless moden ada IBIS (sensor stabilization).
Kalau kamera jatuh walaupun nampak ok luar, alignment sensor boleh lari.
Simptom: gambar blur sebelah, video wobble pelik.
8. Mount lens berat tanpa support
Guna tele besar tapi pegang body sahaja. Lama-lama mount stress. Especially adapter + heavy lens combination.
9. Sentuh sensor dengan cotton bud biasa. Ni memang mimpi ngeri technician. Coating sensor boleh calar.
10. Tak aware electronic shutter issue
Electronic shutter boleh sebabkan banding bawah LED atau rolling shutter untuk subject laju. Ramai ingat kamera rosak padahal setting issue.
11. Biarkan bateri kosong terlalu lama
Battery mirrorless cepat drain walaupun off sikit-sikit.
Kalau simpan sampai 'totally dead' berbulan, battery 'health' jatuh.
12. Guna charger murah / fake battery.
Mirrorless sensitif voltage. Kadang jadi 'overheating', battery bloat, atau 'motherboard issue".
13. Tak update firmware.
Mirrorless sekarang macam mini computer. Firmware kadang fix autofocus, overheating, lens compatibility.
14. Pakai strap screw plate terlalu ketat
Tripod plate jenis metal kadang tekan battery door atau body frame sampai crack halus.
15. Expose sensor pada direct sunlight tanpa lens cap.
Especially bila lens tele menghadap matahari. Boleh jadi macam magnifying glass pernah berlaku sensor burn.
Untuk Jurufoto yang banyak outdoor, wildlife, KL panas lembap ni, tiga benda paling penting sebenarnya:
1.disiplin tukar lens,
2.kawal haba,
3.sensor cleaning yang betul.
Mirrorless mahal bukan sebab body jeโฆ sensor + IBIS dia memang manja sikit dibanding DSLR lama yang โlasak askarโ.
07/05/2026
Hari Quranic Madani:
Night Reset โ Bersatu Dalam Saf
๐ Bukit Bintang, Kuala Lumpur
๐ 8 Mei 2026 (Jumaat)
โฐ 8:00 PM โ 11:00 PM
Ayuh hadir bersama mengimarahkan malam dengan solat berjemaah, bacaan Surah Al-Mulk dan tazkirah penuh pengisian.
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
Jangan lupa bawa sejadah dan hati yang tenang.