16/06/2026
Salam Maal Hijrah 1448H daripada kami di UM Giving!
Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi ia adalah transformasi jiwa dan minda ke arah yang lebih baik.
Mari kita mulakan dengan azam untuk menjadi insan yang lebih memberi, lebih prihatin, dan lebih bermakna buat masyarakat sekeliling.
Semoga tahun ini membawa keberkatan, kedamaian dan rezeki yang melimpah-ruah untuk kita semua.
12/06/2026
Penghargaan Istimewa kepada Rakan Penaja UM iFest 2026
UM Giving merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Wyndham Grand Bangsar KL, Top Glove Corporation Bhd, dan Yayasan MR D.I.Y. atas sokongan serta sumbangan luar biasa yang telah diberikan sepanjang penganjuran UM iFest 2026.
Setiap bentuk tajaan dan kerjasama yang dihulurkan telah memainkan peranan yang sangat penting dalam memeriahkan festival ini. Ia sekali gus berjaya memberikan satu pengalaman yang sangat bermakna kepada para pelajar, pengunjung, dan seluruh warga universiti.
Kejayaan cemerlang UM iFest 2026 pastinya tidak dapat dicapai tanpa kepercayaan dan komitmen berterusan daripada rakan-rakan strategik kami. Kita berkongsi aspirasi yang sama iaitu untuk memperkukuhkan budaya pemberian (philanthropy), kebersamaan, dan penglibatan komuniti secara proaktif.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar UM iFest pada tahun ini! Semoga jalinan kerjasama kukuh yang terjalin ini akan terus berkembang dan membawa impak serta manfaat yang lebih besar kepada masyarakat di masa hadapan.
11/06/2026
UM Giving merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan MR D.I.Y. atas sokongan dan tajaan yang diberikan sempena UM iFest 2026.
Tajaan Mystery Box yang disediakan telah menuerikam suasana UM iFedt2026 dan memberikan pengalaman yang bermakna kepada pelajar Universiti Malaya dan pengunjung.
Kerjasama yang terjalin ini mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong pembangunan komuniti serta memupuk budaya pemberian yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.
11/06/2026
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAYASAN MR. D.I.Y. !
UM Giving amat berbesar hati atas sokongan dan tajaan Mystery Box yang telah menyerikan UM iFest 2026.
Sambutan yang begitu menggalakkan daripada pelajar Universiti Malaya yang menyertai aktiviti ini pastinya menjadi antara memori paling bermakna sepanjang festival berlangsung. Terima kasih kerana bersama-sama kami dalam memupuk semangat pemberian, kebersamaan dan penglibatan komuniti.
Semoga jalinan kerjasama ini terus berkembang dan membuka lebih banyak peluang untuk mencipta impak positif bersama pada masa hadapan.
# UM121UMisOne
10/06/2026
Sorotan Hari Kedua UM iFest 2026
UM Giving merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepadaTop Glove Corporation Bhd atas sokongan dan tajaan “lucky draw” yang telah diberikan dalam menjayakan UM iFest 2026.
Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan sektor korporat dalam menyokong pembangunan pendidikan, kesejahteraan komuniti serta budaya pemberian yang mampan.
Terima kasih kerana bersama-sama kami dalam memperkukuh semangat kebersamaan dan mencipta impak positif kepada warga universiti dan masyarakat.
10/06/2026
Sorotan Hari Kedua UM iFest 2026
Terima kasih Top Glove Corporation Bhd atas sokongan dan tajaan “Lucky Draw” yang diberikan kepada UM iFest 2026!
Kerjasama ini bukan sahaja menyemarakkan kemeriahan UM iFest, malah memperkukuh budaya pemberian dan kebersamaan dalam komuniti universiti.
Bersama-sama, kita mencipta impak yang bermakna untuk masa depan yang lebih baik.
UniversityMalaya GivingBack CommunityImpact
09/06/2026
UM Giving berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Wyndham Grand Bangsar KL atas tajaan istimewa bagi sesi lucky draw sempena UM iFest.
Sokongan yang diberikan bukan sahaja menceriakan para pengunjung, malah mencerminkan semangat kebersamaan dalam memperkasakan budaya pemberian dan keterlibatan komuniti universiti. Terima kasih kerana bersama-sama mencipta impak yang bermakna.